keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

23 May 2014

sah ...kerajaan UMNO-BN bersubahat dengan rejim syaitan albashar syria...bila mendakwa seorang lelaki atas tuduhan mengalakkan keganasan di syria....!!!



ANGGOTA polis membawa keluar tertuduh, Mohd. Khairil Mi (tengah) yang didakwa kunun kununnya menggalakkan keganasan untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria, November lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

PORT DICKSON - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menggalakkan keganasan di Syria pada November tahun lepas.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairil Mi, 27, didakwa menggalakkan keganasan untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah inap desa di Jalan 1/12, Taman Intan Perdana di sini antara pukul 10 malam 1 Nov 2013 dan tiga petang 3 Nov 2013 mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkod oleh Majistret M. Mageshwary yang menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Mohd. Khairil diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin dan Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir. - Bernama

16 May 2014

peraturan lalu lintas atau kerajaan cari duit tepi untuk tampung BRIM....dah lah rakyat di beban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kini kerajaan guna polis menjejaki pesalah mulai Jun untuk kutip tertunggak RM 570 Juta...!!!



KUALA LUMPUR – Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam ‘Ops Warta’ mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.

Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.


“Tindakan kami ini ialah untuk memastikan peraturan lalu-lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, 4.25 juta waran tangkap telah dikeluarkan.

Mohd Fuad berkata, melalui Ops Warta trafik yang dijalankan sejak September 2013 hingga Selasa lepas, 308,160 pemeriksaan dibuat dalam 9,743 operasi penguatkuasaan yang dijalankan, dengan 7,583 tangkapan terhadap individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Menurutnya, dalam tiga bulan pertama tahun ini, 114,115 kes kemalangan direkodkan, 1,512 daripadanya kemalangan maut yang meragut 1,623 nyawa.

Pengguna motosikal menjadi penyumbang tertinggi dari segi angka korban kemalangan iaitu 1,014 orang, diikuti pengguna kereta (332), pejalan kaki (125), lori (47), pacuan empat roda (31) dan basikal (30), bas (10), van (7) dan kenderaan lain (27).

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad mengaskan mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas ‘marshall’ tanpa kehadiran rasmi polis trafik akan diambil tindakan undang-undang.

“Tidak terdapat dalam undang-undang mengenai tugas marshall di jalan raya…keperluan bantuan tugas marshall mesti dengan kehadiran rasmi polis trafik dalam acara kebangsaan atau antarabangsa seperti yang dilihat dalam acara berbasikal Le Tour de Langkawi,” jelasnya.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan terutama apabila marshall menahan pergerakan trafik bagi melancarkan perjalanan sesuatu konvoi. – BERNAMA