keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label JAKIM. Show all posts
Showing posts with label JAKIM. Show all posts

21 June 2014

JAKIM memperlekehkan KKM...hanya jabatan kimia layak mengesahkan halal....apakata jabatan kimia juga boleh di 'di beli ' macam JAKIM oleh taukeh DNA babi CADBURY....?



KUALA LUMPUR: Insiden coklat Cadbury yang mulanya dikesan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum disahkan sebaliknya oleh Jabatan Kimia, benar-benar mencetuskan polemik di kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Keputusan analisis Jabatan Kimia itu mewujudkan persoalan - mengapa analisis itu dijalankan sedangkan keputusan telah dikeluarkan oleh KKM terlebih dahulu. Mengapa tidak keputusan KKM itu yang digunakan?

Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha hanya keputusan Jabatan Kimia sahaja diperakui dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), bahkan juga di mahkamah, memandangkan hanya Jabatan Kimia pakar untuk ujian berkenaan.

AKREDITASI OLEH JABATAN STANDARD

Beliau berkata makmal Jabatan Kimia diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

Katanya makmal KKM diberi akreditasi oleh Jabatan Standard hanya untuk membuat ujian terhadap produk berasaskan daging serta ikan dan bukan makanan yang telah diproses.

Othman menjelaskan ujian yang dilakukan oleh KKM itu adalah ujian yang dibuat terhadap sampel dari pasaran semata-mata, yang mungkin boleh terdedah kepada pencemaran.

Katanya sampel makanan bukan sahaja perlu diambil di kilang iaitu bermula daripada ia mula diproses, tetapi juga seluruh rantaian pengeluaran produk berkenaan termasuk setiap bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, mesin dan peralatan yang digunakan.

"Analisis bagi menentukan halal haram bukannya mudah... masyarakat mungkin nampak ia sangat mudah, seolah-olah letak makanan atas piring mikroskop terus nampak ada DNA atau tidak.

"Sedangkan ia sangat teknikal dan memerlukan penelitian serta prosedur yang ketat, selari dengan konsep dari 'ladang ke atas meja' bagi memastikan tidak ada proses yang terlepas pandang," katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

AUDIT DENGAN TELITI

Bagaimana proses permohonan sijil halal dijalankan bagi memastikan yang benar-benar halal sahaja memperoleh sijil berkenaan?

Othman berkata pemohon perlu mengisi borang permohonan secara online melalui sistem e-Halal sebelum permohonan itu diproses dengan teliti.

Katanya mereka perlu mengisytihar semua produk dan bahan ramuan yang digunakan termasuk pembekal untuk setiap bahan dan juga status sama ada bahan yang digunakan itu mempunyai pensijilan halal atau tidak.

"Sekiranya setiap bahan mentah dan ramuan yang digunakan itu telah mendapat sijil halal daripada Jakim atau badan luar negara yang diiktiraf, mereka boleh gunakan sijil itu sebagai sokongan.

"Kita sangat teliti. Kalau kita ada keraguan terhadap bahan itu, kita akan ambil sampel dan hantar ke Jabatan Kimia dahulu semasa audit sebelum kita beri kelulusan," katanya.

Beliau berkata audit juga akan dibuat di kilang pemprosesan bagi memastikan aspek halal lain turut dipatuhi.

"Bahan ramuan akan diperiksa sama ada sama dengan yang diisytihar termasuk memeriksa invois pembelian dan bukti-bukti pembelian serta bukti penggunaan produk itu.

"Proses pembuatan produk turut ditekankan termasuk aliran pemprosesan, peralatan, kebersihan persekitaran dan pekerja," katanya.

PEMERIKSAAN MENGEJUT

Othman berkata Jakim juga mewajibkan setiap syarikat multinasional untuk mempunyai sistem jaminan halal atau eksekutif halal dalaman bagi memantau sendiri perjalanan kilang sentiasa mengikut pematuhan halal.

"Kita juga bersetuju agar syarikat membuat pemantauan dalaman sendiri dengan mengambil sampel bahan ramuan dan hantar ke makmal yang diakreditasi untuk kepastian mereka," katanya.

Beliau berkata selepas sijil halal diperoleh, pemeriksaan pemantauan secara mengejut akan dibuat di premis berkenaan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pemantauan mengejut akan dilakukan lebih daripada sekali dalam setahun terhadap syarikat yang berisiko tinggi iaitu produk yang berasaskan daging dan ayam, minyak dan lemak, rumah sembelih, tiada sistem kawalan halal, tiada eksekutif halal dan Jawatankuasa Halal Dalaman,

Sekiranya aduan awam diterima, beliau berkata Jakim bersama agensi penguatkuasa berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), KKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan akan membuat serbuan mengejut.

"Pemantauan susulan iaitu pemeriksaan verifikasi turut dibuat sekiranya tindakan pembetulan diambil oleh syarikat gagal mematuhi MPPHM," katanya.

KATEGORI KESALAHAN

Beliau berkata terdapat tiga kategori kesalahan utama di bawah MPPHM iaitu kesalahan kecil, kesalahan besar dan kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan termasuk penarikan balik sijil halal.

Antara kesalahan kecil yang melibatkan teknikal boleh diberi amaran dan arahan pembetulan seperti kesalahan seperti kebersihan premis, peralatan, pekerja dan persekitaran, kawalan makhluk perosak serta lain-lain kesalahan berkaitan kebersihan dan sanitasi.

Kesalahan besar yang dilakukan pula boleh mengakibatkan tindakan penggantungan sijil halal atau sekiranya diputuskan oleh Panel Pengesahan Halal Malaysia, sijil halal syarikat berkenaan boleh ditarik balik.

Katanya antara kesalahan termasuklah perubahan dan penambahan pembekal atau pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri atau daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf selain menggunakan logo halal Malaysia pada produk yang tidak mendapat sijil halal Malaysia.

Selain itu, pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal, memberi pinjam atau serah sijil halal asal kepada premis atau syarikat lain, ubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil halal dan menukar atau menambah bahan ramuan yang diisytiharkan di dalam borang permohonan tanpa kebenaran bertulis.

KESALAHAN SERIUS

Othman berkata kesalahan serius yang melibatkan syariah dan teknikal boleh menyebabkan sijil halal ditarik balik, antaranya pengesahan status halal oleh autoriti agama yang diiktiraf terhadap produk, bahan ramuan ataupun peralatan yang digunakan.

"Kesalahan syariah lain, penggunaan bahan haram setelah memiliki sijil halal, percampuran atau penyimpanan bahan atau produk halal bersama yang haram, penggunaan peralatan bercampur aduk dengan halal dan haram, memproses haiwan yang tidak sempurna mati dan sembelihan, serta penggunaan alat kejutan sehingga menyebabkan haiwan mati.

"Kesalahan teknikal pula seperti perpindahan premis atau kilang dan perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa maklum, penyembelih tidak memiliki tauliah atau tauliah penyembelih tamat tempoh, membawa masuk bahan haram dan menggunakan bahan terlarang," katanya.

Jika sabit kesalahan tindakan boleh diambil menurut Akta Perdagangan 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta kepada syarikat, manakala individu, maksimum RM1 juta dan penjara tiga tahun.

Secara amnya pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan halal adalah meliputi pengeluar, pengilang produk, pengedar, penjual, pengeluar sub-kontrak, pembungkusan semula, premis makanan, rumah sembelih dan logistik.


BERNAMA

20 June 2014

kiub babi knorr pulak dah...!!!





Memandangkan isu halal masih panas sekarang, beberapa produk di pasaran menjadi bualan ramai.

Salah satu yang kecoh diperkatakan adalah produk Knorr yang begitu sinonim digunakan suri rumah Malaysia terutama kiub ayam, kiub ikan bilis dan Tomyamnya.

Sebenarnya ramai sudah maklum di negara luar terutama Thailand, produk popular Knorr adalah kiub khinzir. Namun bahan masakan tersebut tidak pula pernah kelihatan berlegar di pasaran tempatan.

Bagaimanapun apabila gambar kiub khinzir ini diperoleh, ia ligat dikongsikan di laman sosial dengan pesanan ‘hati-hati agar tidak terbeli’.

Hakikat sebenarnya, produk Knorr Malaysia yang dihasilkan kilang Unilever mempunyai pensijilan halal sah dan syarikat terbabit tidak pernah mengeluarkan produk tidak halal untuk pasaran negara ini.

15 June 2014

blogger macai melantak coklat cadbury ada DNA babi bila pegawai JAKIM enggan turut serta...!!!



Satu program memakan coklat Cadbury dilaporkan telah diadakan hari ini dianjurkan oleh penggiat media sosial dan blogger di Wisma Nusantara, di Kuala Lumpur

Difahamkan pada program itu, coklat berkenaan hanya dijamah oleh para blogger tetapi pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut hadir enggan menjamahnya.

Sebab mengapa wakil Jakim enggan menjamah coklat berkenaan tidak diketahui.

Sebelum ini, pada 3 Jun lepas seorang pegawai Jakim pernah mmebuat kenyataan sedia memakan coklat berkenaan pada bila-bila masa bagi membuktikan kebenaran pensijilan halal yang diberikan oleh badan itu di negara ini.

Program itu diberi nama “Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif”.

Menurut penganjur program berkenaan, program itu antara lain bertujuan mempertahankan kenyataan halal yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Cadbury Malaysia berhubung isu DNA babi (porcine) dalam coklat yang dibangkitkan beberapa pihak, kebelakangan ini.

Selain itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

Tindakan pegawai Jakim yang tidak diketahui sebabnya itu boleh mewujudkan kekeliruan khususnya apabila ada pegawai Jakim pernah mengeluarkan kenyataan berbeza.

Kenyataan itu sebelum ini dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah yang berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal

14 June 2014

dah melampau ...minyak babi digunakan supaya mee kuning tahan lama...err JAKIM dan menteri agama buat apa...goyang buah sendiri ke sambil makan komisen...?



Sebelum terlambat ingin saya kongsikan disini,  kebanyakkan produk mee diluar yang diproses oleh orang bukan islam perlu berjaga-jaga kerana ada yang menggunakan minyak babi untuk mengelakkan ia lekit. Nak tahu caranya mudah saja. Apabila kita beli sebungkus mee kuning dikedai dan disimpan didalam peti ais semalaman, jika kita masih nampak bentuk mee kuning yang jelas dan cantik, maka maknanya ia munggunakan minyak babi.

Kerana molekul-molekul dalam minyak babi ini boleh memberi tahan kepada struktur mee. Tetapi jika kita bila mee kuning yang diproses oleh bumiputra biasanya struktur mee kuning selepas keluar daripada peti ais, daripada plastik kita dah nampak 'blur' dan tidak jelas kerana molekul-molekul minyak sawit tidak boleh memberi tahan kepada bentuk mee ini.

Oleh itu belilah mee kuning buatan bumiputra. Selain selamat kandungan asid borik kurang. Fungsi asid borik ini untuk menjadikan mee kuning supaya tahan lama. Jika kita simpan mee kuning berhari-hari dan ia masih elok itu tandanya kandungan asid borik adalah tinggi. Maka janganlah kita suka sangat ya,

Sampai-sampaikan mesej ini, supaya kita terlepas soal jawab disana nanti. .

11 June 2014

bihun kembang tekak...DNA babi jadi JAKIM telinga pekak...!!!



Kuala Lumpur: Meloyakan serta menjijikkan. Itu gambaran terhadap sebuah kilang memproses bihun di Jalan Ipoh, Batu Caves apabila dikesan menjalankan aktiviti pemprosesan bahan itu di dalam premis yang amat kotor.

Malah tindakan pengusaha kilang produk itu juga langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam apabila menggunakan logo halal tidak sah selain memaparkan lambang masjid bagi meyakinkan pembeli.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu tersebar meluas di laman sosial Facebook sejak semalam yang mendedahkan cara proses serta pembungkusan bihun itu yang dilakukan secara manual tanpa menitik beratkan aspek kebersihan.

Daripada beberapa gambar yang didedahkan melalui laman sosial itu turut memaparkan gelagat beberapa pekerja warga asing sedang membungkus bihun berkenaan tanpa memakai sarung tangan serta pakaian sesuai.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat reaksi apabila daripada Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menerima laporan berhubung perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurut Pengarah Hab Halal JAKIM Hakimah Mohd Yusoff, pihaknya menegaskan syarikat terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta tidak pernah memiliki sijil sah halal daripada JAKIM.

"Bagaimanapun, syarikat ini bertindak menggunapakai logo halal sendiri pada pembungkusan produk keluarannya.

Ini bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima.


01 June 2014

rupanya JAKIM ubah laporan asal CADBABI kerana di tekan...!!!



ada beberapa isu yang menyebabkan majlis fatwa memberi fatwa mengarut bahwa  babi halal di makan  dan  dengan alasan yang ianya  x dapat di elakkan.antaranya ialah :

1. Pegawai Jakim mendedahkan bahawa JAKIM akan mengubah laporan asal berkaitan status halal coklat cadbury.

2. Tujuan sebab nak menyelamatkan syarikat tersebut.

3. Ini juga dibuat bagi menyelamatkan dua syarikat lain yang juga pemegang saham kepada syarikat yang produce Cads.

4. Perkara itu dibuat bagi melindungi syarikat daripada kerugian yang besar.

5. Saman2 yang bakal dihadapi oleh Cads adalah munasabah sehingga menyebabkan mereka takut.


Kenapa mereka sanggup membiarkan diri ditekan.

Adakah syarikat Cadbury ialah boss di negara ini?

Bagaimana kapitalis boleh menekan undang2 di negara neh?

Memang pelik la kalau nak rasa simpati pada JAKIM dan KKM. Ini adalah satu hujah untuk kita bagitau kepada rakyat betapa teruknya sistem penguatkuasaan dan pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM dan KKM sehingga sewenang2nya boleh ditekan oleh pihak2 tertentu.

Tak bodoh nak mampos ke namanya tue?

Wa pun tak la nak percayakan kata2 di atas tanpa sebarang bukti konkrit. Just nak sampaikanla.. kalau betul maka agensi yang bermasalah sekali lagi. JAKIM dan KKM la jawapannya.


Dan satu lagi. KERUGIAN?

Cads bukan bodoh. Dorang bisnes punya orang. HARAM di Malaysia belum tentu HARAM di negara orang lain. Pembalut coklat boleh ditukar dan diimport ke luar negara untuk dijual sebagai coklat yang tidak halal. Bahkan mereka boleh jualkan sebagai product lain dengan pembalut lain (jenama lain) yang tidak halal.

Isunya bukan kandungan babi dalam coklat.Isunya pembalut yang ada sekarang ada cop halal sedangkan ia tak halal disebabkan dna babi tadinya tue.

Dia orang ada banyak strategi marketing untuk memastikan mereka takan kerugian di negara neh by any cara pun. Wa tak rasa syarikat2 neh akan bodoh2 pergi ugut dan tekan JAKIM dan sebagainya untuk tukar laporan melainkan apa yang wa nampak ialah 'rundingan damai' sedang berlangsung.

Ini kerana ahli2 perniagaan neh bayar cukai kepada kerajaan. Dan kerajaan pula ada tanggungjawab untuk memastikan kelangsungan pembayar2 cukai ini supaya mereka berkemampuan untuk terus terusan membayar cukai.

Yakni, suka tak suka kena la lindungi 'banker' mereka dari bankrupsi dan kerugian. Jika mereka rugi, kerajaan juga rugi. Apatah lagi jika syarikat2 ini juga terlibat sebagai penaja yang membabitkan urusan politik.

Jika rundingan damai itu betul dan mementingkan kebaikan semua pihak, wa tak menolak ia patut dilakukan secara berhemah.

Jika rundingan damai itu mendorong kepada pemanipulasian hak pengguna maka wa rasa memang bullshit lah agensi2 penguatkuasaan di negara neh.

Cuma apa yang wa  kesali ialah ;

1. Babi dikesan pada 27 feb 2014

2. Sehingga 22 mei ia didiamkan tanpa apa2 perkhabaran dari JAKIM dan KKM.

3. Sehinggala ia leak di public barulah terhegeh2 KKM dan JAKIM bertindak.

Sebelum itu. Dari 27 feb sampailah ke 22 mei. Apa yang dia orang semua buat? Siapa tahu jawapannya? wau pun tak tau.

Lue fikirlah sendiri ek.

30 May 2014

BABI halal di makan kata majlis fatwa ...gila ke apa orang tua sesat ini..?

Coklat tercemar DNA babi ‘halal dimakan’, kata Majlis Fatwa Kebangsaan





Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. – Bernama