keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

15 June 2014

jarang jarang belaku atau sekadar lakonan....polis saman polis....kah kah kah....!!!



Gambar ini betul-betul menunjukkan seorang anggota Polis Trafik yang begitu komited mempunyai tahap integriti yang tinggi apabila mengeluarkan saman kepada sebuah kereta.

Kenderaan yang disaman itu ialah kereta juga digunakan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia dalam menjalankan tugas lain berbeza daripada tugas meronda.

Bagaimanapun lokasi tugas membanggakan anggota trafik ini tidak diketahui berlaku di mana tetapi sekali jelas sekali ia berlaku di Malaysia.

Jarang sekali lensa kamera disajikan dengan foto begini yang menggambarkan kekuatan tugas seorang polis apabila menjalankan tugas.

Tapi orang ramai pula mengecam dan mengkritik polis termasuk mencemar imej mereka sebagai penerima rasuah.

Sejak kebelakangan ini pun, sudah banyak video dan bukti tugas sebagai anggota polis yang dilakukan dengan tegas dan berhemah tersebar.

Antara contohnya ialah foto seorang polis trafik yang bertindak mengoyak wang kertas RM20 yang cuba diberikan sebagai sogokan oleh seorang pemandu bagi mengelak dikenakan tindakan saman

16 May 2014

bikin malu ajer...panah anjing, lelaki berkopiah ini diburu polis




POLIS akan menahan secepat mungkin lelaki yang dikatakan memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya Balakong, Selasa lepas secepat mungkin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata buruan ke atas lelaki itu dimulakan selepas seorang individu membuat laporan polis di Balai Polis Taming Jaya semalam berhubung insiden itu.

“Kita akan tangkap dia sebaik sahaja kita tahu lokasi dia berada kerana kita menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana kekejaman ke atas haiwan,” katanya menurut laporan Malay Mail.


Gambar anjing berkenaan masih terlekat anak panah menjadi viral di internet semalam dengan orang ramai mengutuk keras tindakan lelaki yang tidak berhati perut.

Lelaki berkenaan yang turut disebarkan gambarnya dilihat memakai baju Melayu, kain pelikat dan berkopiah tetapi tergamak melakukan kekejaman sebegitu rupa ke atas haiwan.

Suspek melepaskan dua anak panah dari busur dipercayai miliknya selepas anjing itu berada di hadapan pintu pagar rumahnya dan enggan beredar.

Sementara itu, aktiviti hak asasi mahu si pelaku dihukum dengan setimpal.

Presiden Hak Asasi Haiwan Malaysia N Surendran berkata suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 44 Akta Haiwan 2006 kerana kekejaman ke atas haiwan.

“Jika disabitkan kesalahan dia bakal berhadapan denda RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Anjing berkenaan kini dijaga oleh tempat perlindungan anjing Malaysian Dogs Deserve Better dan mendapat rawatan akibat kecederaannya di Klinik Veterinar di Subang Jaya

peraturan lalu lintas atau kerajaan cari duit tepi untuk tampung BRIM....dah lah rakyat di beban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kini kerajaan guna polis menjejaki pesalah mulai Jun untuk kutip tertunggak RM 570 Juta...!!!



KUALA LUMPUR – Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam ‘Ops Warta’ mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.

Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.


“Tindakan kami ini ialah untuk memastikan peraturan lalu-lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, 4.25 juta waran tangkap telah dikeluarkan.

Mohd Fuad berkata, melalui Ops Warta trafik yang dijalankan sejak September 2013 hingga Selasa lepas, 308,160 pemeriksaan dibuat dalam 9,743 operasi penguatkuasaan yang dijalankan, dengan 7,583 tangkapan terhadap individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Menurutnya, dalam tiga bulan pertama tahun ini, 114,115 kes kemalangan direkodkan, 1,512 daripadanya kemalangan maut yang meragut 1,623 nyawa.

Pengguna motosikal menjadi penyumbang tertinggi dari segi angka korban kemalangan iaitu 1,014 orang, diikuti pengguna kereta (332), pejalan kaki (125), lori (47), pacuan empat roda (31) dan basikal (30), bas (10), van (7) dan kenderaan lain (27).

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad mengaskan mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas ‘marshall’ tanpa kehadiran rasmi polis trafik akan diambil tindakan undang-undang.

“Tidak terdapat dalam undang-undang mengenai tugas marshall di jalan raya…keperluan bantuan tugas marshall mesti dengan kehadiran rasmi polis trafik dalam acara kebangsaan atau antarabangsa seperti yang dilihat dalam acara berbasikal Le Tour de Langkawi,” jelasnya.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan terutama apabila marshall menahan pergerakan trafik bagi melancarkan perjalanan sesuatu konvoi. – BERNAMA