keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label lelong. Show all posts
Showing posts with label lelong. Show all posts

16 May 2014

surat peribadi Mahatma Ghandi kepada anak bakal dilelong




London: Sebuah firma lelongan yang pernah membuka bidaan darah dan wasiat Mahatma Gandhi kini tampil menawarkan tiga pucuk surat yang pernah ditulis tokoh terkemuka dunia itu mengenai kebimbangan terhadap sikap anak sulungnya, Harilal.

Firma lelongan Mullock berharap, set surat ditulis pada Jun 1935 itu dapat mencecah bidaan sehingga £100,000 (RM541,200) Dalam satu daripada surat berkenaan Ghandi menulis: “Kamu perlu tahu, masalah yang kamu hadapi lebih sukar daripada mendapatkan kemerdekaan negara in


“Manu memberitahu aku beberapa perkara berbahaya mengenai kamu.

Dia menyatakan kamu merogolnya sejak dia belum pun berusia lapan tahun menyebabkan dia cedera dan terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.” Manu yang dinyatakan Ghandi dalam surat itu merujuk kepada anak perempuan Harilal yang tinggal bersamanya di Sabarmati Ashram.

Dalam satu kenyataan, Mullock memberitahu, surat berkenaan ditulis Ghandi di Gujarati dan berada dalam keadaan baik.

“Ia diperoleh daripada keluarga Gandhi.

“Setakat yang kami tahu, ia tidak pernah didedahkan kepada awam dan memberikan maklumat baru dan penting mengenai hubungan Gandhi dan anak lelakinya yang bermasalah,” kata firma berkenaan.

Dalam satu lagi surat Ghandi menulis: “Sila beritahu aku perkara sebenar.

Adakah kamu masih terbabit dengan alkohol dan perbuatan tidak bermoral? Saya rasa lebih baik kamu mati daripada kembali bergelumang dengan alkohol.” Siri surat berkenaan adalah sebahagian daripada Jualan Dokumen Sejarah Mullock pada 22 Mei nanti.

Pusat lelongan berkenaan sebelum ini sudah menjual 50 barangan peribadi Gandhi yang jarang dilihat termasuk titisan darahnya dengan harga keseluruhan lebih daripada RM1.5 juta.

Aset paling mahal adalah wasiat yang ditinggalkan Gandhi untuk anaknya.

Ia dijual pada harga RM297,656 diikuti selendang yang selalu dipakainya pada harga RM216,477.



19 April 2014

laptop yang pernah diguna bekas Presiden AS dilelong



CLINTON menggunakan sebuah komputer riba dari rumah seorang rakannya untuk menghantar e-mel kepada Glenn di Arkansas pada 7 November 1998.

WASHINGTON - Sebuah komputer riba yang pernah digunakan Bill Clinton pada tahun 1998 untuk menghantar e-mel Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama telah dijual dalam satu lelongan di online pada harga AS$60,667 (RM196,439).

Pengumuman lelongan itu dibuat sebuah firma lelongan, RR Auction kelmarin.

Namun, ia tidak mendedahkan nama pembeli komputer riba Toshiba Satellite.

Komputer itu pada mulanya milik seorang doktor di White House, Robert Darling yang kemudian meminjamkannya kepada Clinton.

Darling meminjamkan komputer itu kerana seorang angkasawan AS, John Gleen mahu menghantar e-mel kepada Clinton.

Ketika itu Glenn berada di dalam kapal angkasa lepas, Discovery pada November 1998.

Clinton pula berada di Arkansas untuk melawat rakan-rakannya semasa dia menerima e-mel tersebut.

Dia merupakan bekas Presiden AS yang memerintah dari tahun 1993 hingga 2001