keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label Nabi Muhammad SAW. Show all posts
Showing posts with label Nabi Muhammad SAW. Show all posts

07 April 2014

tak guna adakan malam cinta rasul bermusim kunun nak tunjuk sayangkan nabi....tapi masih kekalkan perangai babi bila kekalkan rasuah , penyelewengan dan menindas rakyat...!!!



Kita  tidak  perlu  bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam.

Mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

Kita  cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita wajar tak main-main. Kita tak wajar bermusim dalam perkara ini.

Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.Ini  sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan program Malam Cinta Rasul, malam kelmarin

Kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.

Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat

Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi.


27 February 2014

musnahkan tapak rumah nabi...ada akalkah...?



Kaherah: Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan. “Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia,” kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi. “Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja. Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW). Pemimpin Saudi yang menafikan Nabi Muhammad dilahirkan di situ menentang sebarang rancangan pemuliharaan kawasan sejarah yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah atas alasan ia akan dijadikan tempat penyembahan.

Keluarga diraja Saudi tahun lalu menolak rancangan awal untuk menggantikan kawasan bersejarah itu dengan stesen kereta api untuk kegunaan jemaah haji atau membina perpustakaan baru. Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam pembinaan sekitar Masjidil Haram berkata, sebuah kompleks moden, termasuk sebuah istana dan kediaman imam akan dibina di kawasan itu.