keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label android. Show all posts
Showing posts with label android. Show all posts

21 May 2014

semakin banyak aplikasi di platform android semakin banyak bahaya aplikasi palsu yang menyamar dan menjadi ancaman virus



APLIKASI palsu menular di setor telefon pintar.



VIRUS Shield antara aplikasi anti virus palsu pertama dikesan.




CUBA meniru ciri Kaspersky.

Platform Android antara sasaran utama apatah lagi ia diiktiraf sistem operasi paling meluas digunakan dalam telefon pintar yang mengundang kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Mengikut laporan peng­­analisis IDC dalam laporannya, ‘IDC Worldwide Mobile Phone Tracker 2014′, pada suku keempat 2013, Android menguasai 78.1 peratus keseluruhan pengguna telefon pintar dunia.


Manakala iOS berada di tangga kedua dengan 17.6 peratus sementara dan Windows Phone di tempat ketiga dengan tiga peratus.

Ia bermakna, jika ha­nya satu peratus pengguna Android terpedaya dengan aplikasi palsu ini, kesannya akan menjadi sangat buruk.

Terkini, Kaspersky Lab menemui dua aplikasi palsu yang cuba meniru produk Kaspersky.

Aplikasi palsu pertama ditemui di Windows Phone Store yang mana ia agak janggal kerana biasanya Google Play Store yang menjadi sasaran berdasarkan tahap populariti­nya.

Penerbitan aplikasi palsu ini menggunakana nama Kaspersky Mobile walhal Kaspersky Lab tidak pernah mengeluarkan produk de­ngan nama terbabit.

Aplikasi palsu ini meminta peng­guna membayar sejumlah wang untuk memindah turunnya yang bermakna pembangun aplikasi palsu ini mendapat bayaran terus apabila pengguna mahu menggunakannya.

Aplikasi palsu kedua pula ditemui di Google Play Store yang sangat popular menggunakan nama palsu Kaspersky Anti Virus 2014.

Sekali lagi tiada produk untuk peranti yang pernah dikeluarkan Kaspersky Lab.

Salinan skrin yang digunakan aplikasi palsu di Google Play Store itu kesemuanya ditiru terus dari aplikasi sebenar Kasper­sky Internet Security untuk Android oleh Kaspersky Lab.

Menurut Penganalisa Malware Kanan Kaspersky Lab, Roman Unuchek, kemunculan aplikasi palsu anti virus berbayar ini bermula dengan Virus Shield di Google Play Store.

“Kini banyak aplikasi palsu seperti ini muncul dengan penipu yang mahu membuat duit mudah ini berjaya menjual beratus malah beribu aplikasi palsu ini kepada pengguna yang kurang teliti dan mudah tertipu.

“Ia ditambah dengan antaramuka dan skrin seakan menyamai aplikasi sebenar,” katanya.

Beliau menjangkakan, aplikasi palsu ini akan terus muncul dan sukar dibendung.

“Apa yang pasti, mekanisma sekuriti yang digunakan penyedia setor aplikasi tidak dapat membendung kemunculannya tetapi pengguna sendiri harus mempunyai kesedaran membandingkan antara aplikasi tulen dan palsu,” kata Unuchek.

Aplikasi palsu bukan pertama kali muncul seperti yang berlaku ke atas Kaspersky Labs. Penjenayah siber akan menggunakan pelbagai eksploitasi yang aktif untuk menyebarkan spyware atau mengaut untung mudah yang boleh digunakan untuk mendapat akses kepada sistem operasi peranti.

Malah, terdapat peningkatan bilangan program jahat dikesan cuba menceroboh kedai aplikasi online, terutama Google Play seterusnya memasukkan aplikasi palsu yang lain pula bertujuan mencuri data semata-­mata.

Walaupun Google me­nyemak dan menapis semua aplikasi baru yang bakal merosakkan rancangan jahat terbabit, masih terdapat ‘lubang bocor’ untuk diceroboh.

05 April 2014

ccleaner beta untuk android membersihkan log panggilan , cache dan nyahpasang applikasi















CCleaner sentiasa menjadi salah satu alat penyelenggaraan kegemaran kita  semua pada Windows. Sekarang applikasi  berkenaan  telah datang ke Android dengan pelbagai ciri-ciri untuk membersihkan, mengekalkan, dan mengoptimumkan Android device anda

Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengosongkan cache aplikasi dan data, aplikasi pemasangan yang tidak diingini secara pukal, memadam sejarah penyemak imbas atau log panggilan, dan juga mengeluarkan data clipboard anda. Beberapa fungsi sedia ada dalam Android sendiri. Walau bagaimanapun, ianya mempunyai ciri-ciri setempat (ditambah dengan yang baru beberapa) adalah sangat mudah di kendalikan..

Untuk menggunakan beta CCleaner yang, anda perlu mendaftar untuk Komuniti Google + di sini  dan kemudian memasang aplikasi dari pautan di below.


CCleaner | Google Play Store melalui Piriform

02 March 2014

telefon android paling selamat



Pendatang baru, Blackphone tampil dengan versi PrivOS yang dikatakan telefon pintar Android paling selamat di dunia bersama pemprosesan Quad Core 2GHz selain paparan 4.7 inci HD IPS dan menyokong rangkaian LTE.

Lebih dari itu, ia dilengkapi kapasiti RAM 2GB dan setoran 16GB, namun tidak akan didatangkan sekali dengan slot kad mikroSD.
Pengeluarnya membangunkan Blackphone dengan kamera 8.0 megapiksel di samping kamera depan 1.3 megapiksel.


selanjutnya

19 February 2014

pertambahan serangan malware terhadap sistem berasaskan android



Ancaman mudah alih terutama virus jenis malware dilihat semakin membimbangkan selari dengan peningkatan telefon pintar yang digunakan orang ramai. Laporan agensi keselamatan siber, Kaspersky Lab (Kaspersky), sehingga hujung bulan lalu saja didapati 200,000 sampel diuji makmalnya mengandungi malware yang meningkat sebanyak 34 peratus berbanding pada November tahun lalu.

Dalam masa dua bulan, hanya 148,000 sampel direkodkan yang masih menunjukkan peningkatan dalam peranti mudah alih berasaskan Android. Lebih membimbang­kan, Kaspersky menjang­kakan penjenayah siber akan terus menumpukan kegiatan tidak bermoral mereka ke atas peranti Android yang kini mencecah 10 juta serangan terhadap aplikasi dalam Google Play. Sehingga 30 Januari tahun ini, sejumlah 1,103,104 aplikasi dimuatkan dalam Google Play.

Bagi kebanyakan kes serangan malware, penjenayah siber akan menyerang serta memasukkan ‘Trojan’ jenis Carberp mudah alih yang pertama kali dikesan di Rusia yang berniat jahat dalam aplikasi bagi dipindah turun pengguna. Pengguna yang memindah turun aplikasi daripada Google Play dikatakan akan turut memindah turun mal­ware tanpa disedari. Ia dilihat bukan perkara mengejutkan kerana Android mendominasi pasaran telefon pintar iaitu sekitar 75 peratus selain ia menggunakan platform terbuka.

Lang­kah pencegahan ancaman siber termasuk malware, adalah  perkara biasa yang berlaku dalam kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin canggih. Kita lihat beberapa insiden seperti penyebaran malware atau program komputer yang dicipta untuk tujuan mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian kini berlaku, namun ia masih terkawal di Malaysia.

Malaysia masih lagi mampu menangani ancaman itu secara berkesan menerusi ekosistem dan mekanisme keselamatan siber sedia ada supaya tidak menjejaskan fungsi dan perkhidmatan kritikal negara ini. Kadar penembusan pelanggan mudah alih di Malaysia yang tinggi sebanyak 143.5 peratus berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga memberi kesan kepada serangan terhadap peranti mudah alih. Selain itu, kecenderu­ngan berkongsi di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya membuka peluang kepada penjenayah siber..

Satu lagi agensi keselamatan siber, Fortinet melalui makmal FortiGuard Labs Fortinet FortiGuard Labs melaporkan, terdapat 300 jenis keluarga malware Android dan lebih 400,000 aplikasi Android yang berbahaya. Dalam kenyataannya, Fortinet berkata, jumlah mal­ware meningkat dengan ketara dalam keluarga malware Android dan lebih 400,000 aplikasi Android yang berbahaya. “Penggunaan telefon pintar secara meluas dan peluang mengakses sistem pembayaran secara ‘online’ turut memberi peluang kepada penjenayah. Fortinent berkata, antara faktor telefon pintar menjadi tumpuan utama malware mudah alih termasuk penggunaan ‘geo-tagging’ dan kamera yang menyediakan ruang untuk gangguan pe­ngintipan kepada pemiliknya.

Sementara itu, Trend Micro Inc (TMI) memaklumkan syarikatnya berjaya me­nyekat lebih 80 bilion malware pada 2013 berbanding tujuh bilion pada tahun sebelumnya. Syarikat terbabit juga mendapati sera­ngan baru yang digelar ‘Ransomware’ dikesan menjadi taktik malware dalam usaha mencuri data perbankan online yang bersembunyi di sebalik pencurian data pengguna biasa. “Sehingga kini, sebanyak 85,000 kes Ransomware yang dipintas TMI,” kata kenyataan yang dikeluarkan agensi berkenaan. Negara besar seperti Amerika Syarikat dan Brazil masih tersenarai sebagai negara yang terkesan dengan jumlah serangan malware perbankan online yang banyak. “Kami juga mendapati satu juta aplikasi Android berisiko tinggi dijangkiti virus. “Android antara sistem operasi (OS) paling popular di Asia,” katanya.

Sementara itu, Malaysia, Jepun dan Taiwan antara negara yang terjejas teruk akibat sera­ngan tertumpu kepada sektor tertentu seperti teknologi maklumat (IT), penerba­ngan, ketenteraan dan laman web kerajaan. Penyerang terus memperluaskan teknik dengan fokus kepada akses terhadap maklumat penting dalam kerajaan seperti penyalahgunaan dokumen jenis .DOC atau .RTF yang memberi kesan kepada perisian Office 2003, 2007 dan 2010 dan dianggarkan 900 laporan dibuat setiap bulan, sekali gus menunjukkan ancaman siber sesuatu yang membimbangkan. Kebanyakan mangsa adalah pengguna Internet dan mereka yang menjalankan perniagaan secara online berikutan perkembangan pesat dalam bidang perdagangan elektronik..

Penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) bermula 15 November lalu bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial. Akta berkaitan keselamatan siber di Malaysia

• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562)
• Akta Jenayah Komputer 1997 (akta 563)
• Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564)

Dasar Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Policy - NCSP) 2006. Melalui NCSP, infrastruktur maklumat kritikal negara harus sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan berdaya tahan daripada sebarang ancaman dan serangan siber.

BAGAIMANA untuk melaporkan mengenai serangan malware?

 E-mel: cyber999@cybersecurity.my (masukkan maklumat seperti sumber serangan, lokasi, masa serangan SMS: 15888. Gunakan format berikut - CYBER999 REPORT ke 15888 Telefon: 1-300-88-2999 (waktu pejabat), +6019-266 5850 (24/7) Faks: +603-8945 3442

Langkah keselamatan elak malware menyerang telefon pintar

1. Jangan aktifkan ‘mod pembangun’ atau developer mode dalam peranti anda.
2. Jangan aktifkan ‘pindah turun aplikasi daripada pihak ketiga’.
3. Hanya pindah turun aplikasi daripada saluran yang sah.
4. Apabila pindah turun aplikasi baru, baca dengan teliti permintaan pemba­ngun aplikasi berkenaan.
5. Gunakan perisian perlindungan.

14 February 2014

Notifikasi Untuk Skrin Kunci Android



Tahun lalu, Qualcomm telah melancarkan satu aplikasi yang dikenali sebagai BatteryGuru yang berfungsi untuk meningkatkan hayat bateri telefon pintar anda. Bagi tahun 2014 nampaknya syarikat ini bakal melancarkan satu lagi aplikasi bagi telefon pintar Android yang menggunakan sistem pemproses Snapdragon mereka sendiri – Aplikasi Qualcomm Snapdragon Glance (beta) yang berfungsi untuk memberi notifikasi pada skrin kunci anda. Masih dalam peringkat beta, Snapdragon Glance memberi notifikasi pada skrin kunci supaya anda tidak lagi perlu menurunkan panel notifikasi seperti yang ditetapkan pada setiap peranti Android. 

Aplikasi ini mengeluarkan notifikasi dari aplikasi yang anda sering gunakan serta panggilan telefon. Namun jika anda tidak mahu menerima notifikasi dari mana-mana aplikasi yang terdapat pada telefon anda, Snapdragon Glance, membenarkan anda untuk menutup notifikasi bagi aplikasi tersebut. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma oleh mana-mana telefon pintar Android yang menggunakan sistem pemproses Snapdragon serta sistem Andoid versi 4.0 ke atas. Namun, untuk mendapatkan aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi BatteryGuru terlebih dahulu.