keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

28 June 2014

ada yang perati kemalangan tu dari jauh...siapa..?....eeee macam seram ajer....



Kelmarin, telah berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan lori tangki hingga meragut nyawa seorang peronda lebuhraya.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan peronda yang menghala ke Kuala Terengganu diberhentikan di lorong kecemasan.

Pemandu lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh kereta ini hingga mengakibatkan Razali Ishak, 44, yang berada di dalamnya maut tersepit.

Rakan sekerja Razali bagaimanapun terselamat selepas dikeluarkan oleh orang ramai.

Seperti biasa, gambar sebegini mula dibanjiri komen takziah dan al-fatihah namun pada masa sama ramai turut bertanyakan tentang satu entiti ganjil yang terdapat di dalamnya.



Ia adalah imej berupa seseorang seolah-olah sedang memerhatikan kereta yang remuk ini dari jauh.
Memandangkan kawasan kemalangan adalah semak samun, ramai berasa ganjil mengapa ‘pemerhati’ terbabit boleh berada di situ.

Bagaimana pula pendapat anda?

Apa pun, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Razali Ishak dan mendoakan semoga rohnya diterima dalam kalangan orang beriman



03 March 2014

kisah seram dan nenek kebayan yang merayau





Sebut sahaja nenek kebayan, minda kita akan menggambarkan seorang nenek tua yang dilihat berjalan secara terbongkok-bongkok menyusuri jalan yang tidak diketahui. Sebuah kisah seram nenek kebayan yang dikaitkan dengan satu kejadian di sebuah asrama di Maktab Tentera Darat. Sejauh manakah dakwaan ini? Kami akan berkongsi artikel ini bersama anda untuk sama-sama kita nilaikan sejauh kebenaran kisah ini.

KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden.

Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.

DAM! DAM! DAM!

Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Sunyi sepi. Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!

Kini tinggallah dia keseorangan. Tiada siapa dapat membantunya. Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.

Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, sampailah hari ini. Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.

Kisah ini belum berakhir. Di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak pula berlaku satu kejadian menakutkan. Dini hari itu, seorang pelajar mengejutkan kawan di sebelah katil untuk menemaninya ke bilik air.

“Aku takutlah… aku dengar cerita tandas kita berhantu,” kata pelajar yang hendak ke tandas itu.

Sahabatnya tidak menjawab, hanya tersenyum dan menemaninya ke tandas. Selepas membuang hajat, pelajar pertama itu pergi ke singki untuk membasuh muka. Sebaik-baik paip dibuka dia terkejut. Yang keluar bukannya air, tetapi darah!

Dia menjerit memanggil sahabatnya yang masih di dalam bilik air. Tetapi suara yang menyahut panggilannya amat menakutkan. Garau dan pelik. Pelajar yang sedang ketakutan itu terus mengetuk pintu bilik air untuk mengajak kawannya pulang. Dan, kreeet…

Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, sebaliknya lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!

Sebuah asrama puteri di Kelantan pula terkenal dengan kisah seorang nenek yang duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

Mengikut cerita, suatu malam seorang pelajar menyanyi-nyanyi seorang diri. Tiba-tiba pelajar itu terdengar ada suara pelik mengiringi nyanyiannya. Suara itu seperti suara seorang nenek dan alunannya amat meremangkan bulu roma.

Pelajar itu cepat-cepat menarik selimut dan memejamkan matanya. Dia cuba melelapkan mata tetapi gagal.

“Katil nombor satu dah tidur. Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga… pura-pura tidur!” tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan tua.

Pelajar itu menjengukkan kepala dan terkejut apabila melihat ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Menggerunkan

Anda pernah dengar cerita ini? Pasti pernah, bukan. Semua kisah misteri yang diceritakan itu ialah kisah-kisah seram yang sangat popular dalam kalangan pelajar asrama. Tanyalah kepada para pelajar asrama di mana-mana juga di negara ini, rata-rata tahu akan cerita tersebut.

Cuma persoalannya, adakah kejadian-kejadian itu benar-benar berlaku? Kalau berlaku, di mana?

Saya sengaja letakkan lokasi asrama-asrama tertentu, tetapi anda pergilah ke asrama berkenaan, pasti mereka menafikannya. Sebab, memang tidak ada kejadian seumpama itu berlaku di sana. Sedangkan, cerita yang sampai ke telinga kita mengatakan, memang kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.

Mengapa ini terjadi? Dalam bidang kajian paranormal, kisah-kisah itu dikategorikan sebagai urban legends, atau lebih mudah difahami, cerita dongeng seram popular. Di Barat, ia dipanggil urban legends (dongeng bandaran), tetapi dalam konteks negara kita, istilah tersebut agak kurang sesuai.

Kembali kepada topik perbincangan kita: Perhatikan, cerita dongeng seram popular ini mempunyai beberapa ciri.

Pertama, ia berlaku kepada kawan kepada kawan, bukan kepada pencerita itu sendiri. Sebagai contoh,cerita tersebut disampaikan oleh pelajar bernama Maria.

Kata Maria, ia berlaku kepada kawannya, Shima. Apabila ditanya kepada Shima, pelajar itu mengatakan, sebenarnya ia terjadi kepada kawannya yang lain, Aishah. Begitulah seterusnya… tiada penghujung.

Untuk pengetahuan anda, apa yang sebenarnya berlaku adalah dalam rantaian sahabat itu, mereka saling mempercayai. Jadi bagi meringkaskan cerita, si A akan memendekkannya dengan berkata, ia berlaku kepada sahabatnya, B. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Cerita dongeng seram popular ini ringkasnya tidak diketahui berlaku kepada siapa, dan di mana. Ia tersebar dari mulut ke mulut, ke serata pelosok daerah.

Kedua, terdapat pelbagai versi. Sebagai contoh, ada versi mengatakan sebenarnya cerita seram di tandas itu berlaku ketika menjelang subuh. Pelajar lelaki itu pula melihat darah keluar daripada paip singki semasa mahu memberus gigi.

Versi lain pula mengatakan dia tidak pengsan di tandas, tetapi di dorm apabila mendapati kawannya itu sebenarnya sedang nyenyak tidur. Begitulah juga dengan kisah-kisah seram lain.

Ketiga, urban legends mengandungi pengajaran moral dan amaran. Misalnya, cerita pertama untuk menakutkan pelajar supaya jangan ponteng sembahyang Jumaat. Cerita nenek di atas almari pula bertujuan menakut-nakutkan pelajar supaya tidur pada waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.

Ciri keempat, cerita itu sangat aneh, janggal dan kadang kala lucu. Perhatikan cerita pertama itu. Tidak logik langsung ada pelajar yang sanggup menyorok di dalam almari untuk ponteng sembahyang Jumaat.

Tidak masuk akal pintu almari boleh terkunci dari luar, begitu juga tidak mungkin pelajar tersebut tidak dengar kawan-kawannya yang lain bergelak ketawa, berbual serta sibuk mengemas barang sebelum pulang ke kampung masing-masing.

Kisah-kisah urband legends ini lebih kurang sama cirinya dengan kisah hantu kum kum, hantu stoking dan lelaki tua penyabit kepala. Kisah-kisah itu sangat menarik dan kononnya ia berlaku di sesebuah tempat. Namun apabila dijejaki, semuanya palsu.

Hakikatnya, apa yang berlaku ialah semua kisah tersebut tersebar kerana ia menjadi bahan cerita paling digemari semasa para penghuni asrama ini berkumpul sebelum memejamkan mata. Ada juga dikatakan, antara cerita itu yang sebenarnya telah diubah suai daripada kisah-kisah urban legends di luar negara.

28 February 2014

lukisan kanak kanak yang menyeramkan



Lukisan biasanya kerap menghiasi rumah atau bilik kita. Mulai dari lukisan pemandangan, lukisan haiwan lucu hingga lukisan bersosok manusia. Selama ini lukisan Monalisa terkenal kerana kemisteriusannya. Tidak hanya Monalisa, ada banyak lukisan lain yang menyimpan misteri, salah satunya lukisan ini.

Lukisan bergambar budak laki-laki sedang menangis ini dinamakan Crying Boy. Lukisan yang kelihatan suram ini ternyata menyeramkan dan menyimpan kutukan !!!! Legenda mengenai kutukan pada lukisan Crying Boy ini bermula pada tahun 1988, ketika sebuah rumah meletup dan terbakar di Heswall, Inggeris.

Lukisan satu ini dihasilkan secara besar-besaran dan banyak dibeli oleh keluarga-keluarga yang kemudian memasang lukisan ini di rumah mereka. Lukisan ini diketahui merupakan karya seorang seniman Sepanyol bernama Franchot Seville, seperti dilansir oleh Scary For Kids. Lukisan yang menggambarkan kanak-kanak sedang menangis ini terus 'rolling terornya.'

Tak lama kemudian di Bradford terjadi kebakaran lagi, dan lukisan ini dijumpai dalam rumah, masih tidak rosak sedikit pun. Ketua  bomba di Yorkshire pada akhirnya mengamati kejanggalan yang berlaku berkaitan rumah yang terbakar dan lukisan anak menangis tersebut. Ada banyak kes rumah yang terbakar dan di dalamnya terdapat lukisan tersebut.

Rentetan kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan ini membuat banyak orang beranggapan bahawa ada sesuatu yang jahat dalam lukisan tersebut yang menyebabkan kebakaran. Mereka percaya bahawa lukisan tersebut membawa kutukan. Orang-orang kemudian bertanya-tanya tentang siapa sebenarnya rupa budak laki-laki dalam lukisan ini. Pelukis lukisan, Seville mengatakan bahawa kanak-kanak ini adalah kanak-kanak yang ditemuinya di suatu tempat.

Anak itu bernama Don Bonillo, dan dia diketahui lari dari rumah setelah melihat orang tuanya meninggal dalam kebakaran. Anak itu hilang  dari rumah kerana setiap kali rumah yang ditinggalinya selalu terbakar. Tak ada yang tahu asal api tersebut . Selepas melukis gambar anak ini, Seville menjadi kaya namun studio tempatnya melukis terbakar habis.

Setelah banyak rumah terbakar, orang-orang yang mempunyai lukisan ini ketakutan dan memutuskan untuk membakar lukisan ini sebelum terjadi sesuatu yang buruk