keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

04 July 2014

lain orang yang merogol anwar pulak di salahkan...dah di malukan dengan cubaan buang kes yang gagal kini cuba nak kaitkan dengan anwar pulak...memang kerajaan haramjadah....!!!.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh  memburukkan imej Malaysia




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memburukkan imej Malaysia apabila berkata kerajaan cuba berselindung berhubung isu diplomat yang didakwa di New Zealand atas kesalahan mencabul kehormatan, kata Putrajaya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi jurucakap kerajaan Malaysia berkata, tindakan Anwar adalah untuk mendapatkan manfaat politik peribadinya.

"Anwar turut berkata, Malaysia mengendalikan kes itu secara 'mengejutkan' dan 'kemelut.'

"Anwar secara konsisten sering sengaja memburukkan reputasi Malaysia kepada media antarabangsa," kata kenyataan itu.

Kenyataan Putrajaya itu berkata, Anwar mengeluarkan kenyataan dalam temuramah bersama media New Zealand, stuff.co.nz, bercanggah dengan kerajaan New Zealand yang berterima kasih kepada Malaysia atas "integriti yang ditunjukkan ketika menangani kes ini".

New Zealand juga berkata, Malaysia bertindak "dengan sepenuh kepercayaan" dan "komited" untuk mendakwa pesalah kepada proses pendakwaan yang lebih teratur.

Kenyataan dikeluarkan Putrajaya itu turut mengambil contoh sikap Anwar yang turut memburukkan Malaysia berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Putrajaya hari ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Muhammad Rizalman Ismail, 38, akan dihantar ke New Zealand dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan (Mindef).

"Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, bekas pembantu staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan dan rogol," kata kenyataan Putrajaya semalam.

Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar New Zaeland, Murray McCully.

Menurut kenyataan itu, tindakan menghantar Rizalman ke New Zealand itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapinya.

Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Rizalman.

Sebelum ni, media mendedahkan diplomat negara, Rizalman terlibat dalam jenayah rogol dan rompak di New Zealand tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik.

Isu tersebut menimbulkan kontroversi di New Zealand, terutama kegagalan mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.

Pentadbiran Perdana Menteri New Zealand John Key juga dikritik hebat, terutamanya kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan.

Diplomat tersebut didakwa mengikuti wanita berusia 21 tahun ke rumah dan kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa melakukan rompakan dalam insiden yang sama.

Bagaimanapun, beliau “lari” dari New Zealand dan pulang ke Malaysia dengan menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei.



1 comment :

  1. Umno BN sendiri sudah burukkan imej Malaysia selama 50 tahun ini.......tak perlu anwar untuk buatkan....

    Imej negara sudah pun diburukkan oleh beruk beruk BN - cara kes MH370 dikendalikan telah menampilkan 'kebolehan' menteri-menteri dan pegawai-pegawai atasan Malaysia di mata dan pentas antarabangsa. ..

    sekarang nak cuba minta imuniti di plomat di kekalkan...di negara ini boleh lah buat macam tu...kat negara luar..jangan haraplah... !!!


    Ketua Pembangkang mungkin hanya menegur untuk memperbetulkan yang tak betul yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu hubungan luar dua hala antara Malaysia dan NZ. Sepatutnya kerajaan berterima kasih kepadanya ...

    ini tidak di kutuknya....memang haramjadah kerajaan negara ini...

    ReplyDelete