keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label gay. Show all posts
Showing posts with label gay. Show all posts

01 July 2014

memalukan...lelaki melayu gay bakal di ambil tindakan kata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)



komputer lama yang menjadi peneman Zul di rumahnya. di Blok 1, Flat Taman Semarak, Nilai.

Seremban: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas seorang lelaki Melayu yang mengaku menjalin hubungan sejenis dengan seorang lelaki warga Kanada ketika mereka ditahan di sebuah rumah di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, di sini, 21 Jun lalu.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah ketika dihubungi berkata, pihaknya kini menyiasat kes terbabit sebelum tindakan diambil.

Katanya, jika maklumat berkaitan hubungan sejenis itu sah, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki Melayu itu serta warga Kanada terbabit.

“Buat masa ini kami menyiasat kes itu dan jika benar kejadian berlaku, ia sangat memalukan,” katanya.

kelmarin dilaporkan, seorang lelaki Melayu dikenali sebagai Zul, 45, mengaku dirinya gay dan tinggal bersama lelaki warga Kanada berusia 50 tahun di flat berkenaan.

Menurut laporan, kedua-dua lelaki terbabit ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bersama remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran ketika operasi memburu warga asing dijalankan.

Berdasarkan laporan juga, Zul yang ditemui di rumahnya kelmarin tidak malu mengakui dirinya gay dan memaklumkan tinggal bersama warga Kanada terbabit di negara itu selama 16 tahun sejak 1990.



28 June 2014

jiran remaja OKU pulak bermasalah....pasangan gay dan anjing tak dapat di pisahkan...memang kerja gila...!!!



ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.

Nilai: “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.