keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label najib pandikutty. Show all posts
Showing posts with label najib pandikutty. Show all posts

28 June 2014

‘kabinet XXL’ Najib sekadar habiskan beras





kabinet sardine cap ayam otak kangkung....satu satunya di dunia....bravo


Rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi faedah kepada rakyat dan bukan sekadar untuk meramaikan majlis.

Dengan bilangan jemaah kabinet yang ramai, rakyat berhak mendapat faedah yang lebih banyak dan menaruh harapan yang lebih tinggi.

Oleh sebab perdana menteri suka (benda yang) besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan kita adalah kabinet XXL Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras sahaja.

Najib pada Rabu melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.

Beliau turut melantik Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga lagi naib presiden MCA – Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun – masing-masing dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pendekatan yang digunakan Najib sangat berbeza dengan almarhum ayahandanya yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.

Najib lebih sukakan sambutan besar-besaran walaupun melawat ke kawasan parlimennya sendiri.

Nampaknya perdana menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung,

Mengenai rombakan kabinet , nampaknya jemaah menteri Najib lebih besar dari Korea Utara dan Uganda.

Jumlah kabinet Malaysia juga mengatasi purata kabinet dunia iaitu sebanyak 30 orang.Penambahan bilangan anggota kabinet Najib kepada 35 orang mungkin berupa rekod nasional. Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila kita menghitung anggota Kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30.

Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.


26 June 2014

tolong najib hina hukum hudud dapat jawatan menteri dari pintu belakang lubang taik....tiga menteri baharu di umumkan oleh si haramjadah...!!!



PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pelantikan tiga Menteri penuh dan tiga Timbalan Menteri baharu daripada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) MCA dan Gerakan ke dalam barisan Kabinetnya.

Perdana Menteri ketika membuat pengumuman itu menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan manakala Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, Najib turut menamakan tiga Naib Presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan pelantikan Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Najib mengesahkan bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan itu.

Pelantikan Siew Keong pula sebagai menepati janji dibuat Najib yang menawarkan jawatan Menteri kepada Presiden Gerakan itu jika beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

Pada PRK itu, Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi ke atas calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

“Saya gembira wakil MCA kembali dalam Kabinet begitu juga Gerakan,” kata Najib ketika membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.



inilah  jasa jasa  menolong najib  untuk hina hudud




HUDUD DI HINA SEBEGITU RUPA TETAPI MACAI-MACAI UMNO TERUS MEMBISU, PEKAKKAN TELINGA DAN BUTAKAN MATA!!!!





Di sini MCA & Gerakan menentang hudud, Di sana UMNO terima hudud...


16 June 2014

penyamun kroni UMNO Syed Mokhtar untung RM2 bilion kerana pengecualian duti import beras ...!!



kerajaan najib merestui perompakan  kroni  syed mokhtar terhadap beras negara ...!!!


Usahawan  kroni UMNO  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di dakwa bakal mengaut keuntungan sehingga RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import ke atas import beras oleh Bernas.

Melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.

Kita terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.

Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014.

Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.

Kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan Bernas melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021.

Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.

Adalah satu kemungkiran besar kerajaan terhadap kepentingan awam untuk membenarkan Syed Mokthar untuk menyahsenaraikan keluar Bernas berdasarkan surat peribadi yang ditulis oleh Syed Mokhtar kepada menteri pertanian sendiri yang tidak mempunyai nilai langsung dalam undang-undang, seperti yang dinyatakan oleh menteri dalam Parlimen.

Syed Mokhtar memberikan akujanji peribadi, yang antaranya termasuk menjamin kepentingan padi dan beras negara.

Dalam proses penyenaraian semula Bernas, 10% saham dalam IPO Bernas akan diperuntukkan kepada kerajaan untuk Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Selain itu, surat peribadi itu juga mendedahkan Syed Mokhtar akan menyumbang setiap tahun kepada program kebajikan Nafas dan Nekmat selama lima tahun atau sehingga proses penyenaraian semula di Bernas selesai.

Surat itu katanya tidak terikat dari aspek perundangan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Bernas kerana Syed Mokhtar bukanlah satu pihak kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Bernas dan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 2021.

Surat itu tidak mengenakan sebarang tarikh akhir atau tempoh masa untuk penyenaraian semula Bernas.

Dengan tiada tarikh yang pasti untuk penyenaraian semula, Bernas tidak akan tertakluk kepada penelitian awam atau penyeliaan Bursa Malaysia melalui peraturan-peraturan dan prosedur-prosedurnya yang ketat dan tegas mengenai laporan yang wajib diberikan tentang operasi syarikat – dan ini amat memudaratkan kepentingan negara kita.

Tindakan kerajaan dalam cara mereka mengendalikan dan membenarkan Bernas dinyahsenaraikan sehingga menjadi sebuah syarikat milik penuh persendirian dan dimiliki oleh seorang individu, adalah kronisme yang paling teruk sekali


14 June 2014

Allah SWT bayar cash di dunia lagi...najib panda -kutty di timpa bala lagi...Keluarga PI Bala saman Najib dan lain-lain lagi kerana terpaksa hidup dalam buangan di India ..!!!



dari panda kutty...najib cuba tukar imej



najib cuba tukar imej jadi panda kutty yang kunun kununnya  ingin menambat  hati orang cina dan rakyat dengan menghabiskan  hak orang miskin RM 70 juta  selama 10 tahun  kerana menyewa panda...!!!




akhirnya najib di timpa musibah lagi...allah swt  bayar cash di dunia lagi....!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.

Bala, penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya, meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 2008 untuk menafikan penglibatan Najib dalam kes tersebut.

Saman difailkan minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan anak-anaknya terhadap sembilan orang.

Mereka termasuk Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.

Peguam mewakili keluarga sedang dalam proses menyerahkan surat mahkamah kepada defendan, termasuk Cecil yang sedang berdepan prosiding tatatertib oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) kerana peranannya dalam SD kedua Bala.

Selvi dan anaknya sedang menuntut gantirugi terhadap kerugian ditanggung semasa hidup dalam buangan di antara Julai 2008 dan awal tahun lepas. Bala meninggal dunia pada 15 Mac lalu selepas serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang dari India.

Menurut saman itu, pihak keluarga berkata para defendan menyebabkan SD kedua Bala "didraf " tanpa arahan si mati dan menyebabkan si mati menandatanganinya dengan ancaman dan paksaan.

Keluarga menuntut sejumlah RM840,000 untuk 56 bulan hidup dalam buangan dari Malaysia. Jumlah itu termasuk menyewa pangsapuri di India, yuran sekolah, kehilangan pendapatan balu Bala sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan dan kerugian am dan khas lain.

Saman itu difailkan oleh peguam Bala, Americk Singh Sidhu.

Bala menjadi terkenal selepas bekerja untuk penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Beliau menarik kembali SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.

Dalam SD keduanya, Bala mendedahkan beliau mahu “menarik kembali keseluruhan kandangan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008".

"Saya dipaksa mengeluarkan akuan bersumpah tersebut dalam keadaan terpaksa,” katanya.

SD kedua itu juga menyatakan semua kenyataan dibuat sebelumnya tidak tepat dan tidak benar.

Semasa sidang media mengumumkan SD kedua itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Bala mendiamkan diri manakala peguam barunya, Arulampalam, yang menjawab soalan wartawan.

Mereka meninggalkan sidang media selepas mengedarkan SD kedua. Arulampalam mengatakan anak guamnya sedang tertekan dan sedih.

Sehari sebelum itu, pada 3 Julai, 2008 Bala memberitahu sidang media dipenuhi wartawan anjuran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kandungan SD pertama tentang penglibatan Najib dan beberapa yang lain dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

Americk merupakan peguam Bala. Abraham berdepan dengan tindakan Majlis Peguam kerana beliau mendraf SD kedua penyiasat persendirian itu.

Majlis Peguam mengemukakan aduan terhadap Abraham kepada jabatan disiplin tahun lalu dan pengerusinya, Christopher Leong hadir pada Mac di depan jawatankuasa itu memberi keterangan dalam sesi tertutup.

Deepak sebelum itu mengaku membantu Bala untuk menarik SD pertama dan mencarikan peguam untuk mendraf SD kedua.

Americk mendedahkan mengenai perbalahan SD apabila beliau membaca kenyataan disediakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 Majlis Peguam Malaysia tahun lalu, di mana beliau berkata, "Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya dia adalah orang yang menggubal akuan bersumpah kedua".

Americk kemudian memberitahu pemberita di luar AGM arahan kepada Abraham datang daripada Najib, ketika itu timbalan perdana menteri.

Dalam kes pembunuhan Altantuya, dua bekas komando polis, Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh membunuh Altantuya didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sabitan mereka bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lalu, dan keputusan itu dirayu Putrajaya. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan mereka, dilepaskan pada 2008