keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label sampah. Show all posts
Showing posts with label sampah. Show all posts

01 July 2014

selepas kementerian pendidikan ‘sampahkan’ negara, jangan jadikan universiti seperti sampah




Kementerian Pendidikan  di gesa  tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'.

Ini berikutan  susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.

Profesor itu berjaya meletakkan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di di negara ini.

Oleh itu kita  mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul Kementerian Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, kita  yakin UM akan sentiasa bergerak ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.

Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.

Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM..

UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.

Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?

Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel.

Alasan diberikan pengurusan UM ketika tidak menyambung tugasnya sebagai dekan adalah faktor usia yang dikatakan akan bersara tahun depan.

Secara telusnya Dr Redzuan tidak dipilih atas faktor umur yang semakin lanjut, itu respon pihak atasan setelah di minta  sebab dan alasan kenapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh beliau.

Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan.

Jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.

Jika umur menjadi ukuran , pengerusi senat UM tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun.

24 June 2014

sampah plastik ancam khazanah marin




NAIROBI - Pembuangan sampah plastik ke dalam lautan di seluruh dunia menyebabkan khazanah marin bernilai sekurang-kurangnya AS$13 bilion (RM41.80 bilion) musnah dalam masa setahun selain mengancam sektor pelancongan dan perikanan.

"Plastik memainkan peranan penting di dalam kehidupan moden tetapi kesan buruk kepada alam sekitar dengan cara kita menggunakannya tidak boleh diabaikan.

"Tindakan utama ialah mencegah serpihan plastik daripada memasuki alam sekitar iaitu dengan mengamalkan konsep kurangkan, guna semula dan kitar semula," kata Ketua Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Achim Steiner.

Saintis-saintis mendapati serpihan plastik kecil terperangkap di dalam ais di kawasan kutub.

Malah, sampah plastik telah membunuh hidupan marin sama ada ia dimakan oleh hidupan laut seperti penyu, ikan lumba-lumba dan ikan paus serta menyebabkan kerosakan kritikal kepada terumbu karang, menurut laporan tersebut.

"Terdapat juga kebimbangan mengenai pencemaran kimia yang disebarkan oleh serpihan plastik kepada perikanan dan industri pelancongan seperti peralatan perikanan yang kotor dan pencemaran pantai," tambah laporan itu.

Sementara itu, kebanyakan sampah plastik berakhir di tengah lautan di mana arus laut berkumpul.

Serpihan kecil berukuran kurang lima milimeter boleh memberi kesan yang membimbangkan, kata UNEP.

Penyerapan sisa plastik dilaporkan ditemui dalam banyak hidupan laut termasuk burung laut, ikan, kupang, cacing laut dan zooplankton.

"Kajian ini mendedahkan keperluan untuk syarikat-syarikat mengambil kira kesan plastik mereka seperti yang dilakukan untuk karbon, air dan perhutanan," kata Ketua Projek Pendedahan Plastik, Andrew Russell pula.