keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label piala thomas. Show all posts
Showing posts with label piala thomas. Show all posts

24 May 2014

boleh pulak dah...ceh macam main sandiwara...ala dah biasa main sandiwara janji pulus maysukkk....RTM dapat hak siaran dari ASTRO siar perlawanan akhir Piala Thomas esok...!!!



RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang esok dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM.

Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.

Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014.

"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, malam ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam. – Bernama,

tahniah...malaysia layak ke perlawanan akhir piala thomas




Datuk Lee Chong Wei menewaskan Tommy Terajang 21-19 dan 21-13 yang memberi kemenangan kepada Malaysia untuk melangkah masuk ke perlawanan akhir


Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas mengalahkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, malam ini.

Malaysia mengalahkan Indonesia 3-0 pada Piala Thomas separuh akhir perlawanan di Stadium Tertutup Siri Fort.

Dalam permainan pertama, Datuk Lee Chong Wei menewaskan Tommy Terajang 21-19 dan 21-13. Dalam set kedua, beregu Tan Boon Heong-Hoon Tien How mengalahkan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 8-21 dan 23-21.

Keputusan ini bakal menyaksikan Malaysia bertemu Jepun yang melakarkan sejarah dalam siri Piala Thomas apabila julung kali melangkah ke final selepas mengejutkan juara bertahan China 3-0 pada perlawanan separuh akhir, hari ini.

Keputusan tanpa diduga itu mengakhiri dominasi China yang menyandang gelaran piala berprestij itu selama lima kali berturut-turut sejak 2004.