keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

28 June 2014

ada yang perati kemalangan tu dari jauh...siapa..?....eeee macam seram ajer....



Kelmarin, telah berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan lori tangki hingga meragut nyawa seorang peronda lebuhraya.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan peronda yang menghala ke Kuala Terengganu diberhentikan di lorong kecemasan.

Pemandu lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh kereta ini hingga mengakibatkan Razali Ishak, 44, yang berada di dalamnya maut tersepit.

Rakan sekerja Razali bagaimanapun terselamat selepas dikeluarkan oleh orang ramai.

Seperti biasa, gambar sebegini mula dibanjiri komen takziah dan al-fatihah namun pada masa sama ramai turut bertanyakan tentang satu entiti ganjil yang terdapat di dalamnya.



Ia adalah imej berupa seseorang seolah-olah sedang memerhatikan kereta yang remuk ini dari jauh.
Memandangkan kawasan kemalangan adalah semak samun, ramai berasa ganjil mengapa ‘pemerhati’ terbabit boleh berada di situ.

Bagaimana pula pendapat anda?

Apa pun, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Razali Ishak dan mendoakan semoga rohnya diterima dalam kalangan orang beriman



27 June 2014

macam ini pun ada...tu lah gara gara gila selfie sampai ke tahap sakit mental....kah kah kah



GAMBAR pasangan berkenaan sejurus selepas kereta yang dipandu terbabas.

Bel Air: Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya.

Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik.

Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku.

Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu.

Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu.

Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran.

26 June 2014

terselamat walaupun lepas diseret 80 meter



BEGINILAH keadaan seorang penunggang motosikal yang terperosok di bawah sebuah pacuan empat roda selepas diseret sejauh 80 meter di Jalan Datuk Marican Salleh, Kuching, Sarawak kelmarin.

KUCHING - Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah yang terjadi pada seorang penunggang motosikal yang nyaris maut selepas diseret sejauh hampir 80 meter oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kemalangan di Jalan Datuk Marican Salleh di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 40-an sedang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss bersama anak lelakinya sebelum dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah kereta jenis Toyota Mark X yang tiba-tiba hilang kawalan.

Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, akibat rempuhan kuat itu, kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya sebelum mangsa diseret oleh sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang juga datang dari arah bertentangan.

"Mangsa terselamat selepas berpaut pada ekzos kenderaan pacuan empat roda tersebut ketika diseret sejauh hampir 80 meter bagi mengelakkan dirinya digilis hingga maut.


25 March 2014

pulak dah...komuter rempuh platform tren bawah tanah



SEBUAH komuter merempuh platform dan eskalator di stesen tren bawah tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago semalam.

CHICAGO, Amerika Syarikat - Sebuah komuter merempuh platform dan eskalator di stesen tren bawah tanah di sini semalam, kata beberapa pegawai.

Seramai 32 orang cedera dalam kejadian yang berlaku di stesen tren tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare.

Punca kejadian masih disiasat Pihak Berkuasa Transit Chicago, Jabatan Bomba dan polis.

Tren itu dipercayai bergerak dengan laju semasa ia merempuh platform dan eskalator.

Bilangan penumpang yang menaiki tren dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.50 pagi waktu tempatan itu masih belum diketahui




22 February 2014

jalan raya negara ini ke 17 paling bahaya di dunia




PETALING JAYA – Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan.

Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.

Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang.

Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya 14 mencatatkan kematian, Perancis tujuh, Jerman dan Singapura enam, dan United Kingdom hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.

Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.

Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian.

Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun.

Sebagai tindak balas mengapa Malaysia berada di kedudukan antara yang paling berbahaya, penyelidik Brandon Schoettle mencadangkan bahawa pembangunan mungkin mempunyai peranan yang besar dalam perkara ini.

“Walaupun saya tidak boleh bercakap secara khusus mengenai Malaysia, kita tahu bahawa dengan peningkatan pembangunan bagi sebuah negara, kemalangan maut juga sering meningkat, ” katanya sambil merujuk China dan India sebagai contoh.

Negara-negara pulau seperti Malta (tiga kematian bagi setiap 100,000), Fiji (empat), Kepulauan Marshall (empat) dan Tonga (empat) adalah negara-negara di mana kurang kemungkinan kematian akibat kemalangan jalan raya, mungkin kerana tahap kenderaan bermotor yang rendah.

Di seluruh dunia, didapati bahawa kematian akibat kemalangan jalan raya membentuk hanya 2.1 peratus daripada kematian lain-lain.

Emiriah Arab Bersatu telah menduduki peratusan tertinggi dalam kemalangan maut jalan raya dengan 15.9 peratus.

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan nisbah kematian kemalangan jalan raya dengan sebab-sebab utama kematian lain.

Kematian bagi setiap penduduk akibat kemalangan jalan raya dibandingkan dengan kematian daripada sebab-sebab utama kematian yang lain seperti ‘neoplasma malignan’ (kanser) dan penyakit jantung iskemia serta penyakit serebrovaskular.

Mengikut purata dunia, didapati bahawa manusia enam kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung daripada mati dalam kemalangan kereta.

Rakyat Malaysia mempunyai 2.5 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat kanser dan 2.8 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung berbanding dengan kemalangan maut.

Walau bagaimanapun, menurut satu kenyataan di laman web WHO, data kajian yang dijalankan mungkin tidak sama dengan angka rasmi di Malaysia kerana perbezaan metodologi yang digunakan oleh WHO dan bancian Malaysia.

“Banyak set data mewakili anggaran terbaik WHO menggunakan metodologi untuk petunjuk tertentu yang bertujuan untuk perbandingan antara negara dan masa.

“Oleh itu, ia tidak sentiasa yang sama dengan anggaran rasmi kebangsaan, walaupun WHO, bila-bila sahaja yang mungkin, akan menyediakan peluang kepada negara anggota meneliti kajian dan mengulas mengenai data dan anggaran sebagai sebahagian daripada perundingan negara.”

Oleh itu, pengelasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbahaya untuk pemandu mungkin berbeza berbanding rekod rasmi tempatan. - mStar Online