keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

04 May 2014

GST = gila sampai tua....nukilan najib kangkung....!!!!



punca punca GST di kenal pasti....!!!


ni bukan ceramah, ini bacaan sajak,

Semasa kempen pilihan raya, kamu kata rakyat didahulukan,

Sewaktu menang pilihan raya penuh tipu daya, rakyat kamu cukaikan,

Hei kamu! Kamu ini orang gila!

Hei kamu! Kamu ini sudah hilang waras!

Kami rakyat! Kami susah, kami sempit!

Kami rakyat! Kami tidak ada apa-apa, cuma cukup-cukup sahaja!

Apa lagi kamu mahu?

 Katanya wang negara sudah kesempitan,

Sempit salah siapa?

Tiris salah siapa?

Rasuah salah siapa?

Boros salah siapa?

 Iya, katanya sudah sempit, rakyat perlu bantu,

Siapa perlu bantu mereka yang boros itu?

Kamu!

Kamu!

Kamu!

Kamu rakyat semua dicukaikan!

Kamu miskin tolong yang kaya!

Kamu papa tolong yang gila!

Gila apa? Gila Kuasa! Gila harta!

Gila sampai tua!

Ini bukan hasutan

Ini cuma amaran



Harris Nasril

03 May 2014

62% rakyat Malaysia tidak sokong GST





Sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kaji selidik yang  dibuat pada bulan lepas, mendapati  33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.

Kelmarin, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.‎

62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya.

Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.

Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita..

Lebih memburukkan, seramai responden 46% tidak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menangani ekonomi sehingga 2020, sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, kaji selidik mendedahkan responden kaum Cina juga tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya untuk memacu ekonomi negara.

Sebanyak 73% daripada responden kaum Cina dan 45% responden Melayu mempersoalkan cara Putrajaya mengendalikan ekonomi Malaysia.

Walaupun dengan pengenalan GST tahun depan, 51% daripada responden berkata mereka tidak yakin Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit fiskal.

Hanya 38% daripada 1,009 responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan ke atas pentadbiran Najib dapat menangani ekonomi Malaysia dan defisit fiskal.

Di samping itu, 52% daripada responden berasa Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju dalam masa enam tahun, seperti yang disasarkan oleh Putrajaya.

Bagaimanapun, 41% responden berpendapat negara akan mencapai status negara maju menjelang 2020.

ANTI GST: zahid sibuk minta polis ambil tindakan terhadap individu serang media...tapi kumpulan antifa tajaan UMNO yang punya angkara beranikah di ambil tindakan...!!!





kumpulan antifa tajaan UMNO secara terang  terang membuat angkara...berani UMNO ambil tindakan...?



KUALA LUMPUR – Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengasari beberapa anggota media ketika membuat liputan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian dan polis bersimpati terhadap petugas media yang dikasari dan siasatan akan dilakukan polis untuk tindakan selanjutnya.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata insiden itu jelas menunjukkan bahawa penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga jurukamera dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka.

Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.

Beliau mendakwa ada juga kejadian apabila pasukan Amal PAS dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bergaduh sesama sendiri atas beberapa faktor yang mereka ketahui.

Ahmad Zahid mendakwa perhimpunan itu turut mengganggu urusan harian masyarakat dan mengganggu perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Saya ingin nyatakan bahawa selagi kita boleh adakan rundingan untuk mereka ikuti garis panduan APA kita akan berunding, tetapi jika mereka mahu tindakan sebaliknya dilakukan mereka harus terima akibat dengan perbuatan mereka sendiri,” katanya.

Tinjauan Bernama pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 12,000 orang semalam mendapati ada segelintir daripada peserta membawa kanak-kanak, kain rentang, suar dan bom asap yang jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Sementara itu, pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia dan insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.



perhimpunan anrti GST dan perhimpunan perhimpunan yang lain yang di anjurkan oleh pakatan pembangkang memang aman kecuali di cetuskan provokasi oleh UMNO dan agen agen upahannya...!!!!



perhimpunan anti GST  yang  aman tanpa provokasi



anjing anjing upahan UMNO yang sentiasa mencari  peluang untuk membuat  provokasi  jika  di upah hanya sekadar RM 50 dan sehelai t-shirt hitam...UMNO rembat  RM berbillion berbillion da tanah untuk rakyat  anjing anjing ini tidak kisah pun....banggang,...!!!



kumpulan antifa berbendera  merah hitam....apa kena mengena dengan perhimpunan anti GST...apa  yang sebenar yang mereka nak demokan...di tujukan kepada siapa...melainkan kumpulan ini di taja oleh UMNO untuk buat kacau bilau dan provokasi

KUALA LUMPUR – Pada waktu ramai pihak mengecam keganasan yang ditimbulkan peserta perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara semalam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula memuji perhimpunan haram tersebut.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya memuji pengendalian perhimpunan tersebut di sekitar Dataran Merdeka kerana didakwa berlangsung dengan aman.

“Suhakam melihat perkara ini satu hasil positif daripada kerjasama baik dalam kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak berkuasa.

“Kami juga berbesar hati memerhatikan tiada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) digunakan dalam perhimpunan itu dan jalan-jalan utama dan stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kebanyakan media hari ini bagaimanapun melaporkan banyak insiden ganas dan kekecohan berlaku dalam perhimpunan anjuran pembangkang tersebut termasuk beberapa pengamal media dipukul oleh peserta perhimpunan.

Hasmy seterusnya mendakwa, perhimpunan di ibu negara semalam satu pembaharuan positif dalam profesionalisme pihak polis dalam mengendalikan perhimpunan awam.

Justeru, katanya, Suhakam memuji penganjur dan peserta perhimpunan itu atas hubungan kerjasama positif mereka dengan pihak berkuasa.

“Kami mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman di masa depan,” katanya.

12 April 2014

gara gara UMNO lahanat , orang melayu yang miskin jadi tak siuman bila menyokong GST



propaganda busuk  UMNO  menjadikan  melayu  miskin tak siuman

Orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan di anggap kurang siuman

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

Lagi sukar kita nak  faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.

Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka , melainkan  sememang mereka ini  tidak siuman .

Terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.

Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.

Golongan yang miskin ini menerima bantuan BR1M 300 jika ketua kampong kata ok.Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3, 000 penanda aras layak mendapat BR1M.

Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, bertambah RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1, 000 sebulan..

GST hanya bagus kepada kerajaan yang bangkrap segala segi. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan  bukan  untuk kepentingan rakyat sebenarnya  tetapi untuk sebilangan kroni yang rapat dengan kerajaan.

Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan.

Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka?

Siuman atau tidak?

Jawapan nya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.

Tersembunyi disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu Melayu.

Akan tiba masa nya orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.