keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label jihad. Show all posts
Showing posts with label jihad. Show all posts

04 July 2014

wa menyokong penuh 100% pendirian tegas menantu presiden PAS pertahan tindakan sokong kumpulan pejuang kebangkitan islam Syria, Iraq...!!!



Menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad (gambar) mempertahankan tindakan menyokong secara terbuka perjuangan kumpulanpejuang kebangkitan islam  Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan pejuang  Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis).

Zaharudin, yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS mengatakan adalah salah memberikan gelaran militan kepada orang Islam yang berjuang mempertahankan saudara seislam yang lain.

"Kegembiraan ini bukan kerana kemaraan Isil tetapi di sana terdapat berita-berita yang disiarkan oleh banyak sumber tentang kegembiraan orang awam berkaitan Isil, bukan kerana kemaraan Isil itu sendiri.

"Berita kegembiraan rakyat Iraq ini menjadi kegembiraan hati saya," katanya  dalam satu kenyataan semalam.

Zaharuddin juga berkata, semangat menentang kerajaan zalim adalah satu sifat yang mulia.

"Jika ia berlaku kepada negara kita, maka bukankah sifat itu kenali sebagai semangat patriotik? Di mana hina dan salahnya?"

"Bukankah yang hanya membenci sifat ini ialah golongan yang ingin menjajah dan menguasai kita?" soalnya dalam kenyataan itu lagi.

Zaharudin menulis di laman Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan pejuang  berkenaan.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.

"Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad.

Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa  sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu.

The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria.

Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.


02 July 2014

seekor perembat duit zakat dan kenyang makan cadbury bersabda...tidak perlu berperang cuma hantar bantuan kepada pejuang Syria sudah memadai



Daripada berperang lebih baik beri bantuang kewangan, makanan atau perubatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung rakyat Malaysia berperang sebagai militan di Iraq dan Syria.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa umat Islam di Malaysia agar tidak menyertai peperangan di Syria, tetapi cukup dengan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada kumpulan pejuang.

Beliau berkata, umat Islam di Malaysia perlu memahami sendiri maksud jihad sebenar dan tidak membuat keputusan sebarangan untuk melibatkan diri dalam peperangan di negara Islam tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

"Kalau saya dengar reaksi mujahidin (pejuang) di Syria sendiri mereka tidak mengharapkan rakyat Malaysia terlibat dalam perang, cukup sekadar menghulurkan bantuan seperti bekalan makanan dan perubatan," katanya pada sidang media pelantikan mufti baharu dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.

"Saya harap sebelum membuat keputusan biarlah ambil kira keseluruhan pandangan pihak berwajib seperti mufti dan Kementerian Luar bagi mendapat maklumat lebih jelas tentang kedudukan di sana,” katanya.
Hari ini media Turki melaporkan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) merancang untuk menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah.

Seorang ahli Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis), Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.

"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah


kecoh selepas kementerian pendidikan jadikan universiti seperti sampah rupanya ada kaitan tuduhan sebagai tempat militan



UM di tuduh sebagai  tempat  melahirkan penyarah  berfahaman militan...?

Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) adalah salah seorang daripada lima buruan yang dikehendaki polis kerana  di tuduh  terlibat dalam militan.



di tuduh sebagai militan..?

Menurut laman web universiti, Dr Mahmud Ahmad, 36, merupakan pensyarah kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam.

Beliau dan empat lagi dipercayai meniggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

Sumber terdekat dengan siasatan berkata Mahmud merupakan satu daripada tiga yang merekrut dan mengaturkan ahli militan di Malaysia untuk dihantar ke Timur Tengah menyertai Militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil).

"Dia (Mahmud) masih dengan universiti namun sudah dua bulan menghilangkan diri," kata sumber itu.

Pensyarah yang sudah mendirikan rumah tangga itu juga dikenali sebagai Abu Handzalah dan alamat terakhirnya adalah di Batu Caves.

Dua yang lain adalah Mohd Najib Husen dari Kota Damansara dan Muhammad Joraimee Awang Raimee.

Mohd Najib, 36, memiliki kedai photostat dan alatulis di UM sementara Joraimee, 39, dari Batu Caves adalah ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Lima termasuk Mahmud dipercayai melarikan diri selepas Unit Cawangan Khas dan Membanteras Keganasan mengesan operasi mereka.

Sumber berkata Mahmud merupakan salah seorang ahli kumpulan Islam yang berkaitan dengan Isil.

Kumpulan yang disertainya juga berkait dengan kumpulan latihan ala tentera di Gunung Ara Para, Kampung Nyior Ketior, Disember tahun lalu.

Dua lagi dalam perhatian polis adalah Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30. Kedua-dua mereka dari Tawau, Sabah.

Mereka adalah ahli Darul Islam Sabah dan kedua-duanya dikatakan menyertai kumpulan Abu Sayyaf yang berpengkalan di Filipina dipercayai tempat mereka bersembunyi.

Kumpulan militan di Malaysia menggunakan kawasan tersembunyi seperti di Gunung Arang Para bagi mengadakan latihan militan sebagai persediaan sebelum terbang ke Syria dan Iraq untuk “berjihad”.

Kawasan Gunung Arang Para digunakan selama dua hari pada Disember lalu oleh sekurang-kurangnya 10 ahli militan bagi menjalankan latihan bersenjata.

Selain Kuala Kangsar, kumpulan itu juga menggunakan kem latihan di Port Dickson.

Lebih banyak kumpulan militan yang ditemui di negara ini, lebih cerah peluang bagi mengesan kawasan latihan yang belum dijumpai.

Difahamkan militan juga dilatih di selatan Filipina dan menuju ke Sabah sebelum terbang ke Syria dan Iraq di mana Isis dan Isil mengadakan serangan bagi menumbangkan kerajaan.

Tangkapan terbaru adalah pada bulan lalu membabitkan angggota Rela dan TLDM.

Ahli Rela, 46, ditahan pada 25 Jun di Kuala Kangsar dan polis merampas rifle buatan sendiri dan 433 peluru hidup daripada tertuduh.

Polis berkata lebih 100 pejuang Malaysia di Timur Tengah berjuang bersama Isil.

Jumlah itu berdasarkan laporan risikan yang diterima Cawangan Khas, kata pegawai kanan polis dari Bukit Aman.




01 July 2014

ISIL tukar nama, lantik khalifah tadbir wilayah



DAMSYIK - Pejuang Negara Islam (IS) mengadakan satu perbarisan di bandar Raqqa, utara Syria semalam untuk meraikan deklarasi pembentukan khalifah Islam selepas kumpulan tersebut menawan sebahagian wilayah Iraq.

IS yang dahulunya dikenali sebagai Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) memuat naik gambar di internet kelmarin menunjukkan orang ramai mengibarkan bendera hitam dan melepaskan tembakan ke udara.

Kumpulan itu menyatakan, ia mahu memadamkan sempadan negara dari kawasan Mediterranean hingga ke Teluk dan mengembalikan rantau berkenaan pada corak pemerintahan khalifah Islam.

IS melantik ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah kelmarin.

Kumpulan itu kini berusaha untuk membina kekuatan di Raqqa yang merupakan satu-satunya ibu negeri wilayah yang dikawal oleh penentang Presiden Bashar al-Assad.

IS turut menguasai beberapa kawasan lain di utara dan timur Syria serta merentasi sempadan menuju ke Iraq.

Di Iraq, IS mara menuju ke Baghdad dari bandar raya Mosul yang jatuh ke tangan mereka pada 10 Jun lalu.

"Allah telah menghancurkan sempadan ini, sempadan Sykes-Picot dan kini orang Islam boleh memasuki Iraq tanpa menggunakan pasport," kata satu kenyataan IS yang disiarkan di internet.

Sykes-Picot merujuk kepada pembahagian empayar Uthmaniah pada 1916 oleh Britain dan Perancis


bila orang yang kununnya cerdik pandai dalam agama pesongkan konsep jihad

Fahami konsep jihad supaya tidak mudah terpengaruh



Umat Islam perlu memahami konsep jihad supaya tidak mudah terpengaruh dan ditipu dalam keterujaan mereka mahu berjuang untuk mendapatkan pahala.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ramai memahami jihad daripada pandangan orientalis yang mengaitkannya sebagai 'The Holy War', bermaksud menentang musuh bukan beragama Islam.

"Sebab itu jihad tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks isu di Syria kerana melibatkan sesama Islam, dan adalah tidak adil untuk kita mengisytiharkan pihak yang ditentang sebagai bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga selari dengan sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:”Apabila dua pihak Muslim bertemu (saling berbunuhan) dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka”, memandangkan yang dibunuh turut berniat untuk membunuh, cuma tidak berpeluang terlebih dahulu.
Katanya, bagi mereka yang berpegang kepada alasan mahu menentang pemerintah yang zalim untuk berjihad di Syria, perkara itu perlu dilihat daripada konteks lebih mendalam pelaksanaannya.

"Jika perbalahan ini berlaku lebih lama, ia akan membawa kemudaratan lebih besar kepada penduduk di sana, khususnya kepada golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

"Mengambil kira hal ini, kita boleh merujuk kepada pandangan apabila jika berlaku dua kemudaratan, maka kita perlu pilih yang mana lebih kecil kesannya, apatah lagi jika ulama di Syria sendiri meminta orang ramai untuk bersabar," katanya.

Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berpendapat kekeliruan konsep jihad boleh mempengaruhi individu untuk terjerumus dalam kegiatan ekstremis.

"Umat Islam di negara ini perlu meningkatkan lagi kefahaman mengenai erti jihad untuk mengelakkan keliru sehingga menyebabkan mereka mengaplikasi konsep jihad pada landasan tidak tepat," katanya.

Menyentuh pembabitan beberapa individu Malaysia di Syria, Mahmood Zuhdi yang juga pengerusi Majlis Dekan-Dekan Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpendapat terdapat cara lain untuk umat Islam di negara ini berjihad.

Mahmood Zuhdi berkata, ini kerana erti jihad adalah sangat meluas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk pemikiran, tenaga, harta dan pendidikan.

"Di Malaysia juga boleh berjihad, walaupun caranya berbeza daripada pemahaman orang mengenai jihad di Syria. Sebagai contoh, umat Islam di sini boleh berjihad ekonomi kerana ekonomi kita masih lemah.

"Jihad untuk memupuk penyatuan antara ummah juga harus diberi tumpuan dan boleh dilakukan memandangkan perpaduan ummah di negara ini masih ada ruang untuk diperbaiki bagi melahirkan umat Islam yang mantap dan bersatu padu," katanya.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin secara peribadi juga berpendapat umat Islam tidak seharusnya berjihad hingga ke Syria jika tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai situasi di sana.

"Mereka mungkin mengalami masalah seperti kekangan bahasa menyebabkan terpaksa bergantung kepada perantara dan jika individu itu berbohong untuk menarik simpati, maka kita sudah terpedaya," katanya.

Asri juga mengingatkan ulama di Syria yang menasihatkan umat Islam untuk tidak menyokong kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (Isil), kerana ia membabitkan peperangan sesama Islam, yang tidak selari dengan konsep jihad.

"Agama kita juga menyatakan kita boleh mengkritik, membantah atau berbeza pendapat sesama Islam, tetapi tidak boleh berbunuhan sesama sendiri dan terdapat jalan lain untuk menyelesaikan apa jua perbalahan yang ada," katanya.

Beliau berkata, jika benar umat Islam mahu berjihad, mereka boleh melakukannya dalam isu yang lebih jelas seperti di Palestin, bukan hanya daripada sudut tenaga, tetapi menghulurkan bantuan kewangan untuk masyarakat Islam di sana


28 June 2014

talam dua muka...apa masalahnya bila lebih 100 rakyat Malaysia berjuang di Syria dan Iraq...mereka nak berjihad menolong saudara sesama islam menentang kezaliman...biarkanlah...jangan di halang ..bukan mudah nak dapat pahala berjihad...atau takut di cop oleh negara yahudi malaysia negara pengganas...?



kenapa tak cop cara rasulullah s.a.w  menegakkan negara islam pada zamannya sebagai  cara pengganas...ada berani ke..?

Lebih 100 orang rakyat Malaysia dipercayai berada di medan tempur di Timur Tengah berjuang bagi kumpulan Islamic State of Iraq and Syria (Isis) atau Isil, polis mendedahkan hari ini.

Bilangan ini berdasarkan laporan perisikan diterima Cawangan Khas, menurut seorang  pegawai polis kanan dari Bukit Aman .

Pegawai tersebut yang tidak mahu dikenali memberitahu, agak sukar menganggar secara tepat bilangan mereka kerana terdapat banyak laluan berbeza untuk ke negara Timur Tengah itu.

Selasa lalu, Wisma Putra berkata 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam berjuang untuk Isis, kumpulan serpihan al-Qaeda yang mahu menubuhkan khalifah Islam merangkumi Iraq dan Syria.

Putrajaya masih menunggu pengesahan mengenai "rakyat Malaysia terkorban" kerana kekurangan dokumentasi menyukarkan proses mengenalpasti mangsa.

"Mereka yang dikesan dalam perjalanan ke Syria dan Iraq untuk melancarkan jihad datang dari pelbagai lapisan masyarakat," kata pegawai polis itu.

"Antara mereka ialah pelajar, mereka yang mempunyai pekerjaan tetap, dan pelajar sekolah yang tercicir. Mereka mudah dipengaruhi oleh 'ulama Internet'," tambahnya.

Pegawai polis itu berkata, tidak seperti 10 tahun lalu apabila militan menjalankan rekrut baru di sekolah agama, ia kini dilakukan secara online.

"Media sosial muncul sebagai alat berkuasa bagi semua kumpulan ini untuk mendapatkan sokongan dan tenaga kerja baru. Terdapat juga banyak bahan pelampau di Internet."

Pegawai polis itu mendapati terdapat banyak video disiarkan di Internet yang mencabar umat Islam memikirkan semula gaya hidup mereka.

"Adakah anda bersedia mengorbankan kerja yang anda ada, kereta besar anda miliki, keluarga anda? Adakah anda sanggup berkorban semuanya, demi Allah?

"Yang pasti, jika anda mengorbankan sesuatu untuk Allah, Allah akan mengurniakan kamu 700 kali ganda daripada ini," pegawai polis berkenaan memetik kata-kata yang terdapat dalam salah satu video yang ada.

"Ini adalah antara video yang terdapat di Internet yang digunakan mempengaruhi belia dan rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh."

Pegawai polis tersebut memberi amaran kepada rakyat Malaysia yang turut serta pertempuran di luar negara, dan menganggap mereka ancaman kepada keselamatan negara jika kembali ke negara ini.

"Jika mana-mana rakyat Malaysia didapati mengambil bahagian di dalam pertempuran di Timur Tengah, mereka boleh didakwa dengan akta menggalakkan tindakan keganasan," pegawai polis itu mendedahkan.

"Polis menahan kira-kira 16 orang dalam tempoh dua bulan lepas kerana merancang untuk mengambil bahagian dalam jihad di Timur Tengah."

Isis, yang merampas sebahagian besar wilayah di Iraq, juga berjuang di Syria dan menjadi tarikan kepada sukarelawan jihad dari Asia dan Eropah.

Kumpulan pemberontak Sunni dilaporkan merampas sejumlah besar senjata daripada tentera Iraq yang melarikan diri.

Khamis lalu, PAS mendedahkan bahawa ia memecat ahlinya Lotfi Ariffin bulan lalu selepas mengetahui dia terbabit dengan kumpulan militan di Syria




01 May 2014

budak 5 tahun guna AK-47 lawan rejim assad di syria



Rakaman dalam artikel ini menunjukkan aksi seorang kanak-kanak berusia kira-kira empat tahun menembak selaras raifal jenis AK-47 yang menggemparkan dunia di laman YouTube.

Visual berkenaan dirakamkan di Syria dan aksi kanak-kanak itu begitu dikagumi mahu menyertai jihad biarpun masih belum mencecah usia 5 tahun.

Namanya diambil sempena nama sahabat Nabi Muhammad, Abu Bakr  dan beliau berasal dari Uzbekistan.

Selepas menembak dua das menggunakan raifal berkenaan, Abu Bakr ditemubual oleh wartawan dalam  Bahasa Arab. Dalam temubual itu, Abu Bakr sempat memberi amaran kepada tentara Bashar Al-Assad bahawa mereka semua akan disembelih.

Abu Bakr turut mengajak semua umat Muslim yang mampu untuk datang ke Syria dan menyertai operasi peperangan di sana.

Dia juga mengakui dia datang dari pasukan tentera Dawlah (ISIS) dalam peperangan itu yang dikatakan bersama dengan pergerakan Al-Qaeda.