keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label smartphone. Show all posts
Showing posts with label smartphone. Show all posts

18 May 2014

Oppo Find 7: kelebihan teknologi rapid charge



Selepas berjaya dengan N1 yang dilancarkan Februari lalu, Oppo ­terus melangkah dengan membawa masuk pula model Find 7 yang mempunyai paparan 2K Quad HD pada skrin 5.5. inci selesa ketika dipegang.

Ia direka dengan mengambil kira tahap berat 171g selain tahap nipis 9.2mm, namun resolusi Quad HD 2560 x 1440 piksel dan 538ppi jelas memberi kelebihan kepada telefon ini.
Oppo Find 7 jelas meneruskan penguasaan dalam menghasilkan kamera berkualiti tinggi apabila kamera 13 megapiksel Sony Exmor IMX214 dengan sensor BSI mampu menawarkan imej yang sempurna.

Sebaik membuka telefon ini buat kali pertama, anda akan menemui sistem ­operasi sendiri yang dibangunkan sendiri Oppo iaitu ColorOS.

Ia bermakna, tema ‘default’ dan ‘launcher’ memang jauh berbeza dengan antaramuka Android yang biasa anda lihat.

Namun positifnya, ikon, jenis tulisan dan widget yang eksklusif memang nampak kelas!

Paling menarik, bateri telefon sebesar 3000mAh memang cukup besar.

Ia ditawarkan pula dengan teknologi khas Rapid ­Charge yang mampu mengecas ­telefon dengan pantas dalam tempoh masa pendek.

Secara teorinya, Rapid Charge mampu mengecas 75 peratus bateri dalam masa 30 minit.

Telefon ini dilengkapkan dengan pemprosesan 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 801 Quad Core dan GPU Adreno 330 selain RAM 3GB yang secara tidak langsung menjadikannya pantas dan tidak begitu ‘lag’.




butiran lanjut di sini

14 May 2014

produk baru smartphone xiaomi nampak hebat



Satu lagi jenama bakal meneroka pasaran Malaysia pada 20 Mei nanti, Xiaomi cukup bersedia dengan model Mi3 yang mempunyai sistem operasinya yang berasaskan Android dikenali MiUi.

Kini MiUi sudah tersedia pada versi kelima yang diolah daripada Android 4.2 Jellybean mengasilkan banyak konfigurasi yang lebih mendalam berbanding sistem operasi Android biasa


Xiaomi Mi3 bakal dijual pada harga serendah RM889 yang mempunyai tahap kenipisan 8.1mm, bahan diperbuat dari aloi aluminium magnesium yang disalut dengan tiga lapisan grafit terma menjadikannya ringan, tetapi kukuh dan tahan lasak.

Skrinnya sebesar 5 inci dengan resolusi HD penuh 1080p, menghasilkan 441 ppi yang menggunakan teknologi IPS membolehkan pengguna melihat pada skrin pada sudut sehingga 178 darjah.


CPUnya dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 800AB Quad Core dengan kelajuan 2.3GHz dan dilengkapi GPU Adreno 330 yang dibantu dengan RAM 2GB DDR3.

Kamera utama Mi3 mampu merakam gambar sehingga 13 megapiksel yang menggunakan teknologi BSI Sony dengan apertur F2.2 dan lensa sudut lebar 2.8mm.

Ia digandingkan dengan dua LED Flash untuk gambar lebih terang.

Bateri Xiaomi Mi3 berkapasiti 3050mAH mampu memberikan kuasa ketahanan sehingga 500 jam, memainkan muzik sehingga 50 jam, masa berbual berterusan selama 25 jam dan melayari data 3G selama 20 jam.


butiran lanjut


19 February 2014

Kamera telefon pintar boleh dipusing 206 darjah akan di lancarkan di malaysia



Industri telefon pintar kini gamat dengan kehadiran pendatang baru, Oppo dari China yang memiliki model N1, peranti dilengkapi kamera beresolusi 13 megapiksel boleh pusing sehingga 206 darjah. Ini bermakna, Oppo hanya dilengkapi satu kamera saja berbanding telefon lain yang memerlukan kamera belakang dan depan.

Model terbabit bertujuan menjadikan satu kamera dalam telefon yang mempunyai kualiti kamera terbaik tidak kira depan atau belakang berdasarkan enjin pemprosesan imej Pure Image dihasilkan Oppo. Kerangka aluminium ­penuh telefon ini bukan saja menghasilkan rekaan ­premium, malah warna cantik yang diperkemaskan.

Ini menolak stigma bahawa peranti buatan China ­langsung tidak berkualiti tinggi. Berasaskan saiz 5.9 inci, Oppo memperkenalkan cara baru meng­gunakan telefon pintar yang bukan saja pengguna ­mampu menyentuh skrin depan ­tetapi badan ­belakang peranti ­berkeluasan 12 sentimeter ­persegi bagi mengoperasikan serta menggerakkan aplikasi.

Satu inovasi baru disediakan termasuk penyediaan rantai kunci yang bukan saja menjadi alat kawalan untuk menekan ‘shutter’ kamera tetapi mengesan telefon dalam jarak 15 meter radius sekiranya anda tersalah letak.

 SPESIFIKASI OPPO N1

Harga: Anggaran RM1,790

Tarikh dipasarkan di Malaysia: Jangkaan pada April 2014

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 600 Quad Core 1.7GHz

Skrin: 5.9 inci 1080 x 1920 HD penuh, 377ppi Gorilla Glass 3

Memori: 16GB/32GB RAM: 2GB DDR3

Rangkaian: UMTS/HSDPA/HSUPA/HSPA+/HSPA+42 (WCDMA 850/ 900/ 1700/ 1900/ 2100MHz GSM/ EDGE (850/ 900/ 1800/ 1900MHz)

Sambungan: 802.11a/b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz dan 5GHz),

Wi-Fi Direct, Bluetooth, NFC

 OS: Android 4.2 Jelly Bean

Kamera: 13MP, lampu dwimod LED, Aperture f/2.0 Bateri: 3610mAh 

Dimensi: 170.7 x 82.6 x 9mm Berat: 213g