keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label samsung. Show all posts
Showing posts with label samsung. Show all posts

14 May 2014

samsung galaxy K Zoom





Sebelum ini, Samsung membuat kejutan dengan menampilkan sekurang-kurangnya dua model tambahan kepada Galaxy S4 termasuk Galaxy S4 Active dan Galaxy S4 Zoom yang mengundang campur aduk perasaan di kalangan pengguna.

Pada tahun ini, syarikat terbabit sudah memperkenalkan Galaxy S5 yang memasukkan semua ciri tahan lasak.

Cuma, ia mengasingkan entiti fotografi dengan memperkenalkan pula Samsung Galaxy K Zoom yang khusus untuk merakam foto menggunakan telefon pintar.

Sukar untuk membezakan fungsi kedua-duanya sama ada ia bertindak sebagai telefon atau kamera.

Teknologi terbabit tidaklah asing, tetapi kurang popular sebelum ini.

Samsung Galaxy K Zoom lengkap dengan resolusi kamera 20.7 megapiksel yang disertakan skrin 4.8 inci HD Super AMOLED.

Kamera yang turut membenarkan pengguna menukarnya menjadi telefon pintar ini dilengkapkan dengan rangkaian jalur lebar evolusi jangka panjang (LTE).

Ia menggunakan sistem operasi Android 4.4 (Kitkat) dengan format ISO Auto, 100, 200, 400, 800, 1600 atau 3200.

Zum sebanyak 10 kali yang ditawarkan benar-benar menghasilkan kualiti terbaik meskipun objek dirakam jauh dari pandangan.

Samsung turut memperkenalkan mod selfie yang membolehkan rakaman lebih baik dengan butang ‘shutter’ mudah dicapai serta fokus pantas.

Berdasarkan mod selfie terbabit, kamera akan mengesan objek lebih jelas yang kemudiannya akan fokus kepada objek yang bergerak jadi anda tidak perlu risau untuk berselfie secara beramai-ramai.

Tidak ketinggalan, fungsi AF/AE Separation yang membezakan Auto Focus serta Auto Exposure bagi pencahayaan lebih seimbang dan jelas.

Meskipun nampak komplikated, anda tidak perlu risau kerana ia menyediakan antaramuka yang ringkas seperti mana-mana telefon pintar Samsung.

Dengan dimensi 137.5 x 70.8 x 16.6 mm dan berat 200g, telefon ini mempunyai kapasiti bateri 2430mAh.

Tiga warna ditawarkan termasuk hitam, biru dan putih.


butiran lanjut di sini

harga di malaysia di sini


22 February 2014

jual handphone samsung tiruan



pihak kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (kpdnkk) kedah telah berjaya merampas telefon bimbit pelbagai model dan aksesori yang disyaki tiruan menggunakan jenama samsung.

ekoran itu, beberapa premis yang dipercayai melakukan kegiatan haram tersebut diserbu penguatkuasa bersama wakil samsung daripada kuala lumpur.

siang tadi, satu serbuan yang di namakan ops samsung telah menyerbu empat premis dipercayai menjual telefon bimbit dan pelbagai aksesori tiruan.

serbuan itu dilakukan kira-kira jam 11 pagi tadi di sebuah kompleks beli belah di jalan putra, alor setar, kedah.

ekoran daripada serbuan itu, pihak kpdnkk kedah berjaya merampas 4 unit telefon bimbit pelbagai model dari jenama terkenal itu dan aksesorinya yang dianggarkan bernilai lebih dari 25, 000 ringgit.

telefon bimbit tiruan yang dipercayai diimport dari negara china itu dikatakan dijual antara harga 50 ringgit sehingga 400 ringgit seunit berbanding harga bagi telefon bimbit original ialah lapan ratus hingga dua ribu lebih seunit.

timbalan pengarah kpdnkk kedah, khalid tik berkata, kesemua telefon bimbit yang menggunakan jenama asli itu adalah tiruan malah ianya turut dijual dengan harga diskaun yang hebat.

menurut khalid, hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai beribu pejabat di kuala lumpur , ipoh mahupun georgetown malah menggunakan jenama samsung bagi mengaburi pandangan awam.

sementara itu, wakil samsung dari kuala lumpur, eow khean fatt berkata,serbuan ini dilakukan berikutan hasil aduan daripada pengedar samsung negeri yang memaklumkan terdapat segelintir peniaga yang menjual barangan samsung tiruan.

menurut eow, melalui rampasan ini sekurang-kurangnya ia telah berjaya melumpuhkan satu sindiket menjual telefon bimbit tiruan.

pihak kpdnkk kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis terbabit mengikut seksyen 41 akta perihal dagangan 2011.

jika sabit kesalahan boleh didenda rm 100, 000 bagi individu dan rm 250, 000 bagi syarikat atau penjara enam bulan atau kedua duanya.