keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

26 June 2014

untung lama tak pegang piala juara liga super...hari ini JOHOR cuti umum...



Pasukan JDT meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Sarawak dengan 1-0 pada perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Negeri di Kuching, malam tadi.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam tadi.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala."Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya ,di sini.


PASUKAN mewah, Johor Darul Takzim (Johor DT) akhirnya melenyapkan teka-teki mengenai kejuaraan Liga Super 2014 apabila mereka mengesahkan kejuaraan selepas membenam Sarawak 1-0 dalam aksi terakhir liga di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

Skuad Harimau Selatan dipisahkan tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Selangor yang mencatat satu mata setelah seri 2-2 dengan Selangor PKNS di Shah Alam, juga malam tadi.

Penyerang import Johor DT, Jorge Pereyra Diaz muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-66.

Pada separuh masa pertama, perlawanan berlangsung seimbang dengan Johor DT terlebih dahulu mendapat peluang terbaik menghasilkan jaringan pada minit kelima menerusi sepakan percuma yang diambil Diaz.

Bagaimanapun, percubaan yang diambil Diaz mudah dihalang pemain pertahanan Sarawak dan selepas itu deretan percubaan barisan pemain pelawat itu juga mudah dipatahkan benteng skuad Bujang Senang itu.

Kemasukan dua pemain berpengalaman pelawat, Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-60 ternyata merubah corak permainan Johor DT.

Serangan pasukan Harimau Selatan dilihat lebih teratur dan beberapa kali hampir berjaya merobek benteng Bujang Senang yang dikawal Sani Anuar Kamsani.

Pada minit ke-66, gol yang dicari-cari pelawat hadir berpunca daripada hantaran jauh Shakir Shaari yang bijak mencari Diaz dan pemain itu tenang menewaskan dua pertahanan lawan dan Sani untuk gol kemenangan Johor DT.

Sarawak berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan menerusi percubaan Ryan Griffiths, namun penjaga garisan terlebih dahulu mengibarkan bendera kerana ofsaid.

Jurulatih Johor DT, Bojan Hodak menegaskan kejuaraan Liga Super 2014 membuktikan mereka sebuah pasukan yang lengkap dan bukan bergantung pada nasib semata-mata.

Katanya, selepas lebih 20 tahun rakyat Johor menanti kejuaraan liga dan ini hadiah terbaik buat mereka.

"Kejayaan ini adalah usaha keras seluruh pemain serta pengurusan Johor DT. Kami akan berehat selepas ini dan belum memikirkan saingan Liga Malaysia selepas ini," ujarnya kepada Kosmo! sejurus selepas perlawanan malam tadi.

Sementara itu, pengendali Sarawak, Robert Alberts memberitahu, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan itu sepanjang musim ini.

Beliau juga membidas ramalan sebuah akhbar yang meramalkan Sarawak akan dibelasah 0-8 oleh Johor DT pada perlawanan tersebut.

Katanya, bukan sesuatu yang bijak apabila sebuah akhbar berpengaruh meramalkan keputusan sedemikian rupa.

"Perlawanan menentang Johor DT pula sememangnya sukar dan saya tidak menyalahkan mereka atas kekalahan 0-1,'' katanya lagi.

24 May 2014

tahniah...malaysia layak ke perlawanan akhir piala thomas




Datuk Lee Chong Wei menewaskan Tommy Terajang 21-19 dan 21-13 yang memberi kemenangan kepada Malaysia untuk melangkah masuk ke perlawanan akhir


Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas mengalahkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, malam ini.

Malaysia mengalahkan Indonesia 3-0 pada Piala Thomas separuh akhir perlawanan di Stadium Tertutup Siri Fort.

Dalam permainan pertama, Datuk Lee Chong Wei menewaskan Tommy Terajang 21-19 dan 21-13. Dalam set kedua, beregu Tan Boon Heong-Hoon Tien How mengalahkan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 8-21 dan 23-21.

Keputusan ini bakal menyaksikan Malaysia bertemu Jepun yang melakarkan sejarah dalam siri Piala Thomas apabila julung kali melangkah ke final selepas mengejutkan juara bertahan China 3-0 pada perlawanan separuh akhir, hari ini.

Keputusan tanpa diduga itu mengakhiri dominasi China yang menyandang gelaran piala berprestij itu selama lima kali berturut-turut sejak 2004.

14 April 2014

liverpool semakin menghampiri juara liga perdana england



juara hampir dalam gengaman



MARTIN Skrtel (kanan) menjaringkan gol kedua Liverpool.




COUTINHO (kiri) menjaringkan gol kemenangan Liverpool ketika membantu pasukannya menewaskan Manchester City 3-2 pada saingan Liga Perdana England di Anfield semalam.

LIVERPOOL – Liverpool mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana apabila mempamerkan persembahan bertenaga untuk menewaskan pencabar kejuaraan, Manchester City di Anfield dengan kemenangan 3-2, malam ini.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool yang berbaki empat perlawanan kekal di puncak Liga Perdana dengan mengumpul 77 mata selepas mengharungi 34 perlawanan manakala City di kedudukan ketiga dengan 70 mata namun baru beraksi 32 perlawanan.

Cemerlang seawal minit keenam, anak buah Brendan Rodgers sudah mendahului hasil rembatan Raheem Sterling menumpaskan penjaga gol Joe Hart sebelum Liverpool menambah jaringan menerusi tandukan Martin Skrtel untuk mendahului 2-0 hasil bola sepakan penjuru kapten pasukan Steven Gerrard pada minit ke-26.

Kehadiran James Milner yang menggantikan Jesus Navas pada minit ke-50 menghidupkan jentera serangan City apabila hantaran pemain England itu membolehkan David Silva menewaskan Simon Mignolet di gawang Liverpool untuk merapatkan kedudukan tujuh minit kemudian.

Kemudian, jaringan penyamaan diperoleh City pada minit ke-63 apabila rembatan Silva dalam kotak penalti terkena pertahanan Liverpool, Glen Johnson dan menerjah ke gol sendiri.

Liverpool mencipta kemenangan pada minit ke-78 apabila rembatan kencang Philippe Coutinho di luar kotak penalti akibat kesilapan kapten City Vincent Kompany, berjaya menghasilkan gol ketiga.


07 April 2014

tahniah...chong wei pertahankan kejuaraan kejohanan terbuka india



NEW DELHI - Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2014.

Pada aksi final di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi malam tadi, Chong Wei yang tampil selaku pemain No. 1 dunia menjinakkan bintang muda China, Chen Long 21-13, 21-17 dalam masa 55 minit.

Saingan final itu juga ibarat pertemuan final kedua-dua pemain pada Seluruh England di Birmingham bulan lalu yang menyaksikan Chong Wei melakar kemenangan 21-13, 21-18.

Kejayaan mengatasi Cheng Long malam tadi sekali gus membolehkan Chong Wei kini mendahului rekod kemenangan 9-8 sejak kali pertama mereka berentap pada Terbuka India 2009.

10 March 2014

tahniah...chong wei juara kali ketiga badminton All -England





JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Seluruh England 2014 selepas menewaskan Chen Long dari China pada perlawanan final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi tadi.

Corak permainan Chong Wei yang agresif pada set pertama membawa hasil apabila menang 21-13.

Namun, Chen Long memberi saingan yang lebih hebat pada set kedua sebelum tewas 18-21 dalam masa 59 minit.

Kemenangan ini merupakan yang ketiga bagi Chong Wei. Beliau juga memenangi  Seluruh England pada 2010 dan 2011.

Sebelum itu, beregu lelaki dimenangi pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 21-19, 21-19.

Perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China yang menewaskan rakan senegara Li Xuerui manakala beregu wanita dimenangi pasangan China menerusi gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang.