keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

24 May 2014

menteri agama Indonesia suspek kes rasuah tabung haji vs menteri agama malaysia rembat duit zakat ...agensi antirasuah indonesia proaktif vs SPRM yang pondan...siapa yang telus sebenarnya...!!!




JAKARTA - Agensi antirasuah Indonesia kelmarin menamakan seorang menteri hal ehwal agama sebagai suspek kes rasuah melibatkan tabung bagi membantu jemaah melakukan ibadat haji di kota suci Mekah.

Menteri itu, Suryadharma Ali merupakan pegawai tinggi terbaharu daripada pentadbiran pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang disiasat berhubung kes rasuah.

Indonesia yang memiliki populasi penduduk Islam paling ramai di dunia, menghantar ramai jemaah untuk melakukan ibadat haji di Mekah pada setiap tahun.

Negara itu turut turus menguruskan simpanan tabung haji milik mereka.

Namun, Suruhanjaya Membasmi Rasuah melancarkan siasatan selepas beberapa transaksi meragukan bernilai AS$20 juta (RM64.14 juta) dikesan melibatkan tabung tersebut.

Jurucakap suruhanjaya itu, John Budi berkata, terdapat dakwaan rasuah dalam itu memproses haji antara tahun 2012 hingga 2013 manakala Suryadharma dinamakan sebagai suspek kes tersebut.

"Kerugian kepada negara masih lagi dikira. Namun, pemerintah membayar lebih AS$86.10 juta (RM276.55 juta) pada tahun tersebut untuk membiayai ibadat haji," katanya.

Suryadharma merupakan Ketua Parti Pembangunan Bersatu yang merupakan antara parti Islam di Indonesia. - AFP




Menteri Agama  Umno Salahguna Duit Zakat – Datuk Jamil Khir Guna Duit Zakat Biaya Yuran Guaman ?




KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

“Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah sendiri mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR turut mempersoal tindakan Che Mat yang meluluskan sendiri peruntukan itu memandangkan beliau juga merupakan setiausaha MAIWP.

“Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

“Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah,” katanya.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru beliau akan menulis surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC)menuntut tindakan segera diambil.

“Kita perlukan penjelasan sebab melibatkan pengkhianatan pengagihan wang zakat yang tidak tepat,” katanya.

Semalam, Saifuddin membangkitkan perkara tersebut sewaktu perbahasan perbekalan tambahan 2011 di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

19 May 2014

kes anak rosmah kumpul harta dan lembu sharizat merompak duit lembu cara haram SPRM tiba tiba jadi pondan....tapi kes yang ini boleh pulak di siasat ...apa pengerusi SPRM baru makan ubat kuat ke...?

SPRM: Pegawai penguatkuasa miliki RM1.5 juta hasil seludup diesel



contoh  setan setan ini yang mana  pengerusi  SPRM jadi bodoh lebih teruk dari berkandang kandang lembu...!!!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan terdapat kes membabitkan pegawai penguatkuasa yang mempunyai simpanan RM1.5 juta hasil aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya mendapat perintah untuk menyita akaun berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Terdapat juga kes pegawai penguatkuasa dikesan membeli lori, semata-mata untuk menjalankan aktiviti seludup diesel," katanya pada sidang media mengenai kes penyeludupan diesel, di Putrajaya, hari ini.


Beliau berkata, walaupun ia bukan tanggungjawab SPRM untuk menangani kes penyeludupan diesel namun suruhanjaya itu melihat kes berkenaan daripada sudut rasuah.

Katanya, sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 90 kes penyeludupan diesel disiasat dan menyebabkan kerajaan kerugian hampir RM50 juta.

Mohd Shukri berharap setiap kementerian yang terbabit dapat memastikan bahagian penguatkuasa yang menjaga minyak diesel menjalankan tangungjawab dengan amanah.

"Saya tidak mahu kata mana-mana kementerian yang terlibat, ambillah tangungjawab masing-masing, siapa makan cili dia rasa pedas," katanya.

Selain itu, katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pemberian diesel bersubsidi bagi mengekang kes penyeludupan.

"Cadangan itu pernah dinyatakan SPRM sebelum ini dan pihaknya bersedia untuk membantu dalam memberikan sebarang bentuk idea," katanya

10 May 2014

kerja banggang SPRM....sibuk nak siasat jual sijil sakit...tapi jadi pondan nak siasat kes perbelanjaan melebihi kemampuan dan projek lembu sharizat...!!!










kerja gila SPRM  yang  tiada telor...!!!


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membantu Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan bahawa segelintir pengamal perubatan menjual sijil perakuan sakit kepada pekerja.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, “SPRM boleh menyiasat memandangkan ia melibatkan elemen pemalsuan dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan.

"Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan sektor perubatan bebas rasuah atau salah guna kuasa.

"Pada masa yang sama integriti pengamal perubatan (dapat) dipertingkatkan,” katanya.

Pengeluaran sijil palsu merupakan satu kesalahan di pihak pengamal perubatan dan pekerja terlibat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM pernah mengambil tindakan ke atas doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan doktor menerima bayaran tertentu. - Bernama



jadi  pondan  bila nak siasat....

anak rosmah beli rumah RM110 juta di new york...mana dia dan maknya  dia rembat  duit  haram...?

Keluarga Shahrizat didakwa guna RM600k kad kredit NFC


09 May 2014

agensi rasuah thai dapati yingluck cuai laksana tugas sementara agensi rasuah malaysia jadi pondan mendakwa najib gagal membasmi rasuah dan penyelewengan wang rakyat....!!!



YINGLUCK memegang tangan para penyokongnya di pinggir Bangkok kelmarin.

BANGKOK - Yingluck Shinawatra yang dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan kelmarin, didapati bersalah lagi semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) mendapati dia cuai menjalankan tugas berhubung skim subsidi beras, lapor agensi Bernama semalam.

Pihak NACC memperakukan supaya pertuduhan terhadap Yingluck dibuat berdasarkan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dasar Beras Kebangsaan.

Jawatan itu menyebabkan dia bertanggungjawab menyelia satu skim subsidi yang menyaksikan kerajaan membeli beras petani pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

Yingluck kini menghadapi undian dipecat dari Dewan Senat dan jika didapati bersalah, beliau dilarang menyertai politik selama lima tahun.

Pihak NACC menyatakan, keputusan Yingluck cuai itu hanya untuk membolehkan dia didakwa di Dewan Senat manakala prosedur jenayah ke atasnya akan diteruskan.

Keputusan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri itu dibuat sebulat suara oleh anggota-anggota NACC.

Menurut NACC, Yingluck mempunyai niat untuk menyalahgunakan kuasa yang melanggar perlembagaan berkaitan pelaksanaan dasar.

Suruhanjaya itu mendapati, Yingluck mengaku tahu tentang rasuah dalam skim itu semasa prosiding tetapi dia tidak mengambil tindakan yang dianggap sebagai kecuaian.

Siasatan agensi pencegah rasuah itu menemui bukti tentang rasuah yang berleluasa dalam skim itu.

Kerajaan masih berhutang berbilion-bilion Baht dengan petani dan menyimpan lambakan beras yang tidak terjual di seluruh negara.

Pihak NACC membuat keputusan itu sehari selepas Mahkamah Perlembagaan melucutkan jawatan Yingluck dan sembilan daripada anggota Kabinetnya dalam kes berasingan membabitkan pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Thawil Pliensri.

Bagaimanapun, parti Thaksin Pheu Thai masih berkuasa kerana kebanyakan anggota kerajaan sementara masih memegang jawatan.

Jawatan Perdana Menteri itu dipegang Menteri Perdagangan, Niwatthamrong Boonsongphaisan yang merupakan sekutu Yingluck.

Selama berbulan-bulan, kumpulan antikerajaan telah cuba mengulingkan Yingluck, bermula dengan langkah oleh penyokong kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang pengampunan.

Para pengkritik menganggap langkah itu sebagai percubaan untuk mendapatkan pengampunan untuk abang Yingluck, Thaksin Shinawatra dan membuka jalan untuk dia kembali selepas tinggal dalam buangan di luar negara.

Tindakan Yingluck itu menyebabkan protes jalanan dilakukan oleh penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat yang diketuai Suthep Thaugsuban.

Pilihan raya umum yang berlangsung pada Februari lalu diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah selepas proses pilihan raya diganggu oleh penunjuk perasaan antikerajaan yang bertapak kukuh di Bangkok dan selatan negara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 20 Julai depan tetapi dibantah beberapa kumpulan pembangkang, menuntut supaya beberapa pembaharuan dilakukan terlebih dahulu.

Pada hari ini, kumpulan antikerajaan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran manakala pada Sabtu ini, kumpulan Baju Merah yang prokerajaan akan mengadakan perhimpunan.

Dalam pada itu, sebutir bom tangan dibaling ke dalam rumah seorang hakim Mahkamah Perlembagaan Thailand sehari selepas mahkamah memecat Yingluck sebagai Perdana Menteri kerana salah guna kuasa, kata polis semalam.

Seorang pegawai polis, Kamthorn Auicharoen berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan penyerang hanya mahu mencetuskan ketegangan terhadap krisis politik yang semakin meruncing di negara ini.

Pejabat sebuah bank komersial utama Thailand dan sebuah kemudahan penyelidikan saintifik turut mengalami kerosakan akibat serangan serupa pada malam kelmarin.

Mahkamah kelmarin mendapati Yingluck bersalah menyalahguna kuasa dengan menukar ketua Majlis Keselamatan Negara pada 2011 kepada jawatan lain demi kepentingan politiknya.


kisah kisah  agensi rasuah  malaysia ( SPRM )  jadi pondan  menyiasat  dan mendakwa  najib ,keluarga dan kroni kroninya  di bawah ini ...!!!




kroni kenyang sekali lagi....kos baik Pulih stadium cecah Rrm100 juta....sekali lagi duit rakyat di bazirkan....!!!!


anak mahathir jual saham berjumlah RM 818 juta....mana dia dapat duit sebanyak itu untuk membeli saham...SPRM tiada telor kah untuk menyiasat....!!!


sibuk berpolitik dan jaga gaji pengerusinya...SYABAS boleh kata bekalan air terawat BELUM CUKUP...syarikat air kroni ini dah wajar di lupuskan kewujudannya...!!!


panda di utamakan rakyat sendiri hidup melarat di pinggirkan...bagusnya kalau panda terus di tiadakan kedatangannya ke negara ini tidak di alu alukan.....!!!


malindo syarikat penerbangan proxy rosmah bini najib rasmi KLIA2


hari hari mau rompak duit rakyat itu pasal kos RM400 bilion untuk beli semula semua lebuh raya di negara ini tidak masuk akal...!!!


anak rosmah beli rumah RM110 juta di new york...mana dia dan maknya  dia rembat  duit  haram...?


Keluarga Shahrizat didakwa guna RM600k kad kredit NFC


Skandal Najib dan Altantuya disiarkan oleh Akhbar Australia pula


SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa





05 April 2014

konspirasi putrajaya bersekongkol dengan SPRM...peliknya bila tiada kuasa menyiasat kekayaan keluarga rosmah dan taib mahmud tapi ada kuasa bunuh pegawai kastam kini di saman rm 8 juta ...!!!



Keluarga penolong pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu memfailkan tuntutan saman RM8 juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua pesuruhjaya dan enam pegawainya hari ini.

Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini dibunuh tanpa mengikut undang-undang oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah Manap berkata, dia mahu tahu apa sebenarnya berlaku ke atas suaminya.

Peguam N Surendran yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, secara alternatifnya defendan perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan SPRM ke atas gelanggang badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.

Keluarga juga mendakwa defendan membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya.

"Saya yakin dia tidak bersalah. Saya perlu tahu kebenarannya," kata Masiah yang turut hadir ke Kompleks  Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Surendran berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, selepas tiga tahun tidak ada seorangpun yang dipertanggungjawabkan di atas kematian pegawai kastam ini.

"Dia berapa setiap masa di bawah jagaan SPRM.  Dia dibawa untuk disoal siasat tetapi keluar sebagai orang yang mati," katanya.

Serendran menambah sehingga ke hari ini, tiada sebarang bukti Ahmad Sarbaini terlibat dengan sebarang salah laku rasuah.

Ekoran kejadian itu, satu inkues dijalankan pada bulan Disember 2011, di mana koroner menolak ia satu pembunuhan, salah laku atau bunuh diri di atas kematian Ahmad Sarbaini yang berumur 56 tahun ketika itu.

Koroner Aizatul Akmal Maharani mendapati pengakuan Ahmad Sarbaini kepada SPRM pada 4 April bahawa beliau menerima rasuah daripada dua ejen penghantaran menjejaskan pemikirannya.

Menurut Aizatul, tekanan menyebabkan Ahmad Sarbaini mahu menarik balik pengakuan bersalah, adalah punca mengapa dia kembali ke pejabat SPRM pada 6 April.

Oleh itu, koroner berkata kematian beliau adalah kemalangan, sambil menambah teori dia dibunuh tidak mempunyai sokongan. Koroner kemudiannya menyeluarkan hukuman "bernasib malang".

Keluarga beliau bagaimanapun menolak penghakiman itu.

Surendran memberitahu pemberita hari ini, adalah tidak masuk akal untuk mempercayai Ahmad Sarbaini, yang mempunyai kerja yang dihormati dan keluarga yang perlu dijaga, akan memanjat tingkap dan terjun.

"Dan apabila kemalangan ini berlaku, pihak berkuasa cepat-cepat membuat kenyataan dia cuba membunuh diri.

"Dan rakaman CCTV di pejabat SPRM dipadamkan, jadi semua ini menimbulkan pelbagai persoalan dan jelas kematiannya disebabkan oleh SPRM dan kakitangannya," kata Surendran.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di atas gelanggang badminton yang terletak di tingkat satu pejabat SPRM pada 6 April 2011.

Dia antara 62 orang kakitangan kastam yang ditahan SPRM bagi penyiasatan kes rasuah, yang melibatkan kerugian sehingga RM2.2 bilion cukai yang tidak diisytiharkan