keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label syaitan yang di kenali. Show all posts
Showing posts with label syaitan yang di kenali. Show all posts

22 May 2014

ini baru negara anak beranak keturunan mamak kerala...dari syarikat milik negara sampai jawatan menteri habis di sapu mamak kerala penipu ini...dari penasihat menjadi pengerusi ,dari petronas hingga proton habis di tibai...!!!




dua dua mamak penipu  ni sapu dari penasihat kepada pengerusi...patutlah kereta di malaysia termahal di dunia....rupanya ikut kata penasihat penipu no 1 malaysia...


anak beranak mamak penipu sapu....GENAP SETAHUN MUKHRIZ MAHATHIR JADI MB KEDAH LEBIH BANYAK KEGAGALAN DARI KEJAYAAN!!!



KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd telah melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya berkuat kuasa 16 Mei lalu.

Beliau juga telah dinamakan sebagai Pengerusi Group Lotus Plc (Lotus), iaitu anak syarikat Proton.

Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.

Sebelum pelantikannya sebagai pengerusi, Dr Mahathir adalah penasihat Proton sejak 2003, selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Proton dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesediaan Dr Mahathir memegang jawatan itu membuktikan kesungguhannya untuk melihat pengeluar kereta nasional itu berjaya.

“Dr Mahathir kini boleh meluangkan lebih banyak masa di Proton sebagai pengerusi. Ini tentunya akan memperkukuhkan syarikat dalam misinya untuk menjadi peserta automotif yang terkenal di seluruh dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Sementara itu, Mohd Khamil berkata, DRB-Hicom Bhd, syarikat induk Proton, bangga dengan kesediaan Dr Mahathir untuk berkhidmat sebagai pengerusi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai insan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam industri berkenaan.

“Dengan menerima jawatan itu, beliau telah menunjukkan kesediaan untuk menghabiskan masa dan tenaga bagi menangani pelbagai cabaran yang dihadapi Proton,” katanya.

Dr Mahathir memainkan peranan penting dalam konsepsi dan kemajuan industri automotif di Malaysia. Wawasan, idea serta kepemimpinan beliau telah membimbing Proton sejak ia diwujudkan pada 1983.


Beliau bukan hanya mahu melihat kereta national dihasilkan tetapi juga meningkatkan kapasiti ekonomi negara, terutama dalam menguasai pengetahuan kejuruteraan automotif serta kaedah pengeluaran moden dan yang lebih penting menjadikan semua rakyat Malaysia mampu memiliki kereta.

Sejak ditubuhkan, Proton telah memacu ekosistem pengeluaran automotif tempatan dengan pasukan juruteranya memiliki kemahiran kejuruteran tahap tinggi sehingga ia mampu mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta. – BERNAMA

20 May 2014

alasan bapak syaitan ini merompak duit rakyat untuk di beri kepada anak anak dan kroni kroni haramjadahnya semasa era pemerintahanya....!!!

Kekayaan tidak jamin Malaysia jadi negara maju, kata Dr Mahathir







Kekayaan semata-mata tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju, sebaliknya negara ini memerlukan lebih ramai rakyat menguasai ilmu pengetahuan bagi menjadikan visi menjadi negara maju itu suatu realiti, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tanpa menguasai ilmu pengetahuan, faktor seperti pendapatan tinggi dalam kalangan rakyat, sumber alam dan bangunan pencakar langit yang banyak tidak akan memberi sebarang makna pada usaha negara untuk menjadi negara maju.

Katanya, Malaysia memerlukan rakyat yang mampu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang sains, teknologi dan matematik, bidang yang dilihat sebagai tunjang dalam pembangunan sesebuah negara pada masa ini.


"Kita perlu lihat negara seperti China, Korea Selatan dan Jepun dahulunya mundur serta terasing dapat memajukan negara mereka apabila ramai rakyatnya menguasai ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan matematik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program 'Chancellor's Talk' di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

Dr Mahathir berkata, penguasaan ilmu pengetahuan juga dapat melahirkan lebih banyak ilmu dan teknologi baharu yang merupakan pemangkin penting dalam pembangunan sesebuah negara.

Beliau berkat, kerajaan sedar tentang kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan apabila memperuntukkan sekurang-kurangnya 25% belanjawan negara setiap tahun untuk bidang pendidikan, malah 600,000 daripada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara adalah guru.

"Kesedaran oleh kerajaan tidak cukup jika tiada kesedaran dalam kalangan rakyat, apa pun realitinya masa ini ilmu pengetahuan tahap tertinggi dikuasai oleh negara-negara barat maka usaha mendapatkan ilmu daripada negara barat ini perlu dilakukan terutamanya dalam kalangan rakyat kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting bagi rakyat menguasai bahasa yang digunakan oleh negara barat antaranya bahasa Inggeris bagi mencari ilmu pengetahuan untuk pembangunan negara.

"Belajar bahasa Inggeris tidak bermakna kita menolak bahasa Melayu atau menjadikan kita orang barat, cuma bahasa ini gerbang bagi ilmu, tidak guna ada emas sebesar mana pun di bawah rumah kita kalau kita tidak tahu macam mana hendak keluarkan," katanya. – Bernama

17 April 2014

bina jambatan untuk kroni kenyang .......makin nyanyuk orang tua ini dan semakin kecut pula buah najib layan karenah tua kutuk nak mampos nie...!!!!

Mahathir cadang Tambak Johor dirobohkan untuk bina ‘Jambatan Persahabatan’




Bekas Perdana Menteri  Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan "Jambatan Persahabatan" yang dicadangkan kerajaan.

Beliau berkata Tambak Johor menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

"Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor.

"Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk "Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward" di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak, hari ini.

Beliau berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

"Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan," katanya.

Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan "Jambatan Bengkok" di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor  menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan pembinaan "Jambatan Persahabatan" semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.

10 April 2014

bila bapak syaitan yang di kenali kelentong dalam isu memali , musa hitam dan keselamatan negara....malah menuduh mereka yang mati syahid sebagai penjenayah...!!!

Mahathir Jawab Isu Memali, Musa Hitam Dan Keselamatan Negara




1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. – chedet.cc

29 March 2014

wajah sebenar bapak syaitan yang menjadikan orang lain kambing hitamnya



Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan  Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu

Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.

Ia menunjukkan perangai syaitan  Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai orang  yang  bodoh dan dungu.

Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini.

Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.

Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Ini bukan kali pertama syaitan ini  menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.

Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.

Kita  memang tak terperanjat jika beliau   menafikan itu dan ini  kerana sejarah   membuktikan banyak kali beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.

Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya

Selain Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.

BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.

Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya adalah semata mata untuk menutup  mulut  mereka yang  membangkitkan berkaitan isu ini pada masa lalu.

Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.

Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.

Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

28 March 2014

rupanya pembunuh peristiwa memali berada di kuala lumpur dan bukan di negara china...rakyat malaysia di tipu hidup hidup oleh syaitan yang di kenali ini....!!!



musa hitam tertuduh angkara  bapak syaitan  ini...!!!

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku,rupanya  perdana menteri ketika itu  Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Tan Sri  Musa Hitam  yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Malah  "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ekoran pendedahan Musa itu kita semua berasa  terkejut  kerana media arus perdana  pengampu melaporkan Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

Nampaknya titik hitam dalam politik beliau  adalah Memali, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

Ketika itu kununnya  Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Mahathir sememangnya berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan  Mahathir selaku perdana menteri CUCI TANGAN  kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.