keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label kejam. Show all posts
Showing posts with label kejam. Show all posts

28 June 2014

berlaku kejam dan zalim kerana bihun RM2.60



MAYAT mangsa yang dibunuh kerana semangkuk bihun.

Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.

Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.

“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.

Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.

17 March 2014

hilang akal ke apa...beri upah RM1 kupas bawang 5kg...mana jabatan agama mana JKM tido ke apa...?



RASHIDI membantu Saudah yang mengambil upah mengupas bawang bagi menyara kehidupannya.

ALOR SETAR – Selepas kematian suaminya lapan tahun lalu, kehidupan Saudah Kasim, 75, semakin melarat.

Ujar Saudah, kudratnya yang semakin lemah dan tidak bermaya menghalang dirinya untuk bekerja lebih kuat untuk menanggung dirinya yang sebatang kara.

Lebih menyedihkan, wanita yang tidak mempunyai zuriat sepanjang dua perkahwinannya ini berkata, apa yang mampu dia lakukan ialah mengambil upah mengupas bawang.

“Itu yang terdaya tok lakukan, tok dapat upah RM1 untuk setiap lima kilogram (kg) bawang, dalam sebulan dapatlah RM30,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Melayu, Jalan Temenggong, Jalan Telok Wanjah di sini baru-baru ini.




10 March 2014

tara otak punya worang....budak jadi makanan anjing



Nairobi: Dua pembantu rumah di kawasan perumahan mewah di Nairobi didakwa memotong zakar, menyiat kulit kemaluan dan mengelar badan, peha, kaki dan punggung anak lelaki majikan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyiat kulit kepala budak terbabit sebelum dicampak ke luar untuk dijadikan makanan anjing. Dalam kejadian jenayah dianggap paling kejam di Kenya itu, pembantu rumah, Concepta Achitsa Mwanje, 27, dan tukang kebun, Vincent Odhiambo Owino, dituduh melakukan rompakan dan penculikan serta mendatangkan kecederaan parah pada budak berkenaan.

Dokumen mahkamah menyatakan, mereka menyangka budak terbabit sudah mati ketika mangsa diberikan kepada anjing.

Mereka melakukan perbuatan itu dengan harapan jenayah mereka dapat disembunyikan.

Dr Joseph Kathuri yang memeriksa budak berusia tiga setengah tahun itu berkata, 75 peratus kulit kepala mangsa hilang dalam kejadian pada 31 Disember 2008 itu.

Bulan lalu Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 30 tahun ke atas Mwanje dan Owino selepas menolak rayuan mereka.

Menyingkap kembali kes itu, bapa mangsa mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya mendakwa kononnya budak terbabit dibaham anjing.

Ketika bapanya pulang ke rumah, Owino sudah melarikan diri.

Bagaimanapun, keesokannya dia menghubungi majikannya itu untuk memberitahu apa yang terjadi.

Sementara itu ketika dikejarkan ke hospital, mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan hampir mati.

Selepas menjalani beberapa pembedahan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Ibu mangsa berkata, walaupun suaminya seorang panas baran, tetapi dia tidak pernah dilihat memukul pembantu rumah terbabit.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, bapa mangsa mendapatkan khidmat Mwanje daripada agensi pembekal pekerja tempatan yang kini popular di kebanyakan pusat bandar.

Ia dikatakan mengambil pekerja tanpa mengenali mereka dan hanya mempunyai salinan kad pengenalan mereka.

Keajaiban berlaku apabila kanak-kanak itu sembuh dan dapat mengenal pasti pembantu rumah dan tukang kebun yang mencederakannya

01 March 2014

merpati mati di beri makanan beracun



Bagi mereka yang tinggal atau biasa lalu di bandar Klang, melihat merpati yang banyak dan jinak di satu kawasan rumah kedai adalah pemandangan biasa.

Merpati ini sudah biasa diberi makan oleh pekedai sekitar atau individu yang sayangkan haiwan hingga ia kelihatan jinak dan tidak pergi jauh.

Bagaimanapun semalam, satu gambar yang menyedihkan di mana banyak merpati terdampar mati dipercayai diracun individu tidak bertanggung jawab.

Merpati-merpati ini dikatakan diberi makanan mengandungi racun.

Akibatnya, bangkai merpati memenuhi jalan di mana burung ini biasanya turun untuk mematuk makanan.

Tindakan ini dikutuk oleh banyak pihak kerana terlalu kejam. Walau apa pun alasannya, membunuh binatang dengan meracun makanan adalah tindakan yang tidak dapat diterima akal



Semoga pelakunya diberikan kesedaran sebelum azab menimpa dirinya kerana terlalu zalim terhadap makhluk Allah yang lain.