keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

26 June 2014

tolong najib hina hukum hudud dapat jawatan menteri dari pintu belakang lubang taik....tiga menteri baharu di umumkan oleh si haramjadah...!!!



PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pelantikan tiga Menteri penuh dan tiga Timbalan Menteri baharu daripada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) MCA dan Gerakan ke dalam barisan Kabinetnya.

Perdana Menteri ketika membuat pengumuman itu menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan manakala Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, Najib turut menamakan tiga Naib Presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan pelantikan Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Najib mengesahkan bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan itu.

Pelantikan Siew Keong pula sebagai menepati janji dibuat Najib yang menawarkan jawatan Menteri kepada Presiden Gerakan itu jika beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

Pada PRK itu, Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi ke atas calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

“Saya gembira wakil MCA kembali dalam Kabinet begitu juga Gerakan,” kata Najib ketika membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.



inilah  jasa jasa  menolong najib  untuk hina hudud




HUDUD DI HINA SEBEGITU RUPA TETAPI MACAI-MACAI UMNO TERUS MEMBISU, PEKAKKAN TELINGA DAN BUTAKAN MATA!!!!





Di sini MCA & Gerakan menentang hudud, Di sana UMNO terima hudud...


14 June 2014

munafiknya UMNO....permainkan hudud untuk memecah belah pakatan rakyat....!!!




Umno Selangor   tidak seharusnya menarik balik usul hudud yang dibawa mereka kerana tindakan itu jelas menunjukkan mereka sekadar bermain politik.

Tindakan ketua pembangkang Selangor,  Datuk Shamsuddin Lias menarik balik usul berkenaan juga membazirkan masa sidang DUN.

Kita  melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali.Nampaknya tindakan Shamsuddin menarik balik usul berkenaan tanpa sebarang alasan menunjukkan ia sekadar helah politik semata-mata.

Usul hudud  itu dibawa Adun Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik daripada Umno. Namun terserah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh  sama ada menerima atau menolak usul itu untuk dibahaskan.

Menurut Shamsudin , BN Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang Syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu.

Beliau berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Kamarul Zaki menyerahkannya kepada Yeoh.

"Itu bukan Rang Undang-Undang (RUU). Ia cuma usul bertanya kepada kerajaan negeri sama ada mereka hendak melaksanakan hudud atau tidak," katanya.

Katanya, penarikan usul itu merupakan perkara amalan biasa bagi mana-mana parti dalam DUN.

"Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik," katanya.

Namun katanya, wakil rakyat BN akan membangkitkan isu hudud ini semasa persidangan DUN yang bermula minggu depan.

Katanya, soalan akan diajukan kepada PAS mengenai komitmen mereka melaksanakan hukum hudud di Selangor selepas bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakannya di Kelantan.


kalau kita lihat  statement  dari pihak  UMNO lahanat  ini jelaslah...UMNO cuba nak perangkap PAS dgn DAP dalam isu hudud di Selangor. Bila Speaker Selangor dari  DAP memberi laluan, mula la Ketua Pembangkan Selangor menggelabah, terus tarik balik usul tersebut. Nampak tak permainan ini, sedangkan di Trengganu yang terang terang  majoriti  100 %  melayu UMNO...tergamak tolak  hudud...tu pasal jangan percaya  dengan pihak kafir lahanat UMNO ini...sebab menegakkan islam  adalah permainan UMNO untuk menipu orang islam dan rakyat di negara ini .Perompak dan pencuri UMNO  mana mahu hudud...mereka takut kehilangan kaki dan tangan jika di sabitkan dengan  kesalahan  dalam HUDUD.


02 May 2014

Umno memang ‘pondan’ jika tak turut serta bentang rang undang-undang hudud...!!



Umno 'pondan' sekiranya tidak membantu PAS dalam membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hudud di Parlimen.

Inilah masa bagi Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keikhlasan dengan membentangkan rang-rang undang Islam itu dilaksanakan di Kelantan.

Apa kemahuan dan keberanian Umno, dia kerajaan, sekarang ini kalau dia bukan 'pondan', dia bawalah rang undang-undang hudud ke Parlimen.

Ia tidak harus dibentangkan secara pensendirian, Umno dan Barisan Nasional (BN) kena pastikan ahli Parlimen mereka hadir untuk mengundi rang undang-undang tersebut.

01 May 2014

sultan brunei perli kerajaan UMNO dengan umum laksanakan hukum hudud ....kerajaan UMNO bila lagi....jangan asik main wayang....nak juga kita tengok hudud UMNO nih seperti yang di war warkan sebelum ini...!!!!




SULTAN HASSANAL BOLKIAH berucap pada majlis pengumuman pelaksanaan undang-undang hudud di Bandar Seri Begawan, Brunei kelmarin.

BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kelmarin  mengumumkan bahawa negaranya akan melaksanakan hukum hudud bermula pada hari ini.

"Dengan penuh keyakinan dan kesyukuran kepada Allah Maha Besar, saya mengumumkan esok (hari ini) undang-undang syariah fasa pertama akan dikuatkuasakan dan ia akan diikuti dengan fasa-fasa seterusnya," kata baginda dalam satu dekri diraja semalam.

Fasa pertama dan kedua akan bermula pada tahun ini manakala fasa seterusnya akan bermula pada tahun depan.

Pada fasa pertama, hukuman penjara dan denda akan dilaksanakan antaranya untuk pesalah yang tidak menghadiri solat Jumaat dan hamil di luar nikah.

Pada lewat tahun depan, hukuman seperti rejam dengan batu kerana kesalahan meliwat dan zina akan diperkenalkan.

Ekoran pengumuman tersebut, Brunei yang kaya dengan minyak akan menjadi negara pertama di Timur Asia dan Asia Tenggara yang memperkenalkan hukuman hudud.

Brunei menyertai kebanyakan negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq yang turut menguatkuasakan hukuman itu.

Antara hukuman itu ialah tangan pencuri akan dipotong.

Kerajaan Brunei sebelum ini menangguhkan pelaksanaan hukum hudud selepas dikritik beberapa badan hak asasi antarabangsa.

Bagaimanapun, pemerintah berusia 67 tahun itu memutuskan untuk meneruskan perlaksanaan hukum hudud dan menolak dakwaan bahawa undang-undang itu sebagai tidak adil.

"Ada pihak menuduh undang-undang Allah ini kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri berfirman bahawa undang-undang itu adalah adil," ujar baginda lagi di sebuah pusat konvensyen di sini.

Pemerintah Brunei itu merupakan antara orang terkaya di dunia dan kekayaannya pernah dianggarkan majalah Forbes berjumlah AS$20 bilion (RM65.28 bilion) pada tiga tahun lalu.

Sultan Hassanal Bolkiah juga dilaporkan mempunyai banyak koleksi kereta mewah dan istana yang dihiasi emas.

Baginda sebelum ini berselisihan faham dengan adiknya, Putera Jefri Bolkiah yang didakwa menggelapkan wang berjumlah AS$15 bilion (RM 48.98 bilion) ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.

Brunei mempunyai kira-kira 400,000 orang penduduk dengan 70 peratus daripadanya merupakan penganut Islam.

25 April 2014

main main hantu dengan PAS....najib nafi kerajaan tolak hudud....jantan dayus dan betina bongok ajer percaya cakap PM lidah bercadang ini....!!!!



ini macam  najib serupa macam mau sokong PAS



bila di belek belek  kemudian...rupanya ini jantan lidah bercabang....dia dan UMNO cuma mahu main main hantu dengan PAS


Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar).

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya. – Bernama

19 April 2014

cara mahathir pertahankan islam vs sultan brunei laksanakan hudud




SULTAN BRUNEI ISYTIHAR LAKSANA HUKUM HUDUD

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -SH



Hasrat Kerajaan Kelantan Laksana Hudud Harus Difikir Secara Mendalam - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu harus difikir secara mendalam kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat sebagai lebih memberi penekanan kepada bentuk hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.

"Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat Al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.

"Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama pada sesi meja bulat 'Managing Rising Costs In The Current Business Environment' di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar 'keghairahan untuk menghukum'.

"Islam agama yang adil dan bertimbang rasa. Saya tak fikir keghairahan untuk menghukum adalah apa yang dikehendaki Islam," kata Dr Mahathir.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan. -petikan mstar



Yang Hantar Surat Ugutan Halang Hudud Ialah Mahathir Bukan Karpal Singh

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan “langkah mayatnya dulu” sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan. -SH