keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

28 June 2014

berlaku kejam dan zalim kerana bihun RM2.60



MAYAT mangsa yang dibunuh kerana semangkuk bihun.

Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.

Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.

“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.

Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.

24 May 2014

melampau tu...salah masak punya pasal kena pukol sampai mati



NEW YORK - Seorang warga Pakistan dibicarakan pada Rabu lalu selepas dia memukul isterinya sehingga mati dengan menggunakan kayu selepas dia menyediakan menu makan malam yang tidak dimintanya.

Bagaimanapun, warga Pakistan itu, Noor Hussein yang berusia 75 tahun menyifatkan dia mempunyai hak untuk melakukan perbuatan itu bagi mendisiplinkan isterinya.

Dia membunuh isterinya di apartmen mereka yang terletak di Brooklyn pada tahun 2011

Defendan meminta isterinya untuk memasak daging kambing sebaliknya isterinya berkata, dia telah menyediakan hidangan sayur-sayuran.

Tidak puas hati dengan hidangan tersebut, mereka bertengkar menyebabkan isterinya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya itu.

Ekoran itu, Hussein berang dan mengambil sebatang kayu dan memukul tangan dan mulut isterinya sehingga mangsa mati.

Peguam bela Hussein, Julie Clark berkata, suspek mengakui bersalah memukul isterinya.

Namun, Hussein memberitahu di negara asalnya, memukul isteri merupakan amalan biasa.

Penolong Peguam Negeri, Sabeeha Nadni berkata, jiran-jiran akan memberikan keterangan bahawa isteri Hussein yang berusia 66 tahun itu pernah didera oleh suaminya.

Kes itu akan disambung semula

02 April 2014

sempat bunuh kawan masa solat berjemah





Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.



ISTERI mangsa mengiringi jenazah suaminya ketika dibawa ke Kuantan, Pahang untuk dikebumikan.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.