keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

15 May 2014

kucing selamatkan budak



Seekor kucing datang untuk menyelamatkan anak kecil yang merupakan majikannya dari serangan seekor anjing, Selasa (13/5/2014).

Pada saat itu, anjing berkenaan datang mendekati anak tersebut pada sebuah jalan di Southwest Bakersfield, Amerika. Kejadian itu dirakamkan oleh kamera CCTV.

Hasil rakaman kamera CCTV memperlihatkan seorang anak laki-laki berusia 4 tahun, Jeremy, sedang bermain dengan basikal. Dia baru sahaja pulang dari sekolahnya. Jeremy menderita autis ringan.

Lalu anjing tetangga, menyelinap dari belakangnya dan tiba-tiba menggigit kaki anak itu.
Segera saja kucing milik keluarganya bergegas menyerang balik anjing. Kucing yang diberi nama Tara itu lalu mengejar anjing yang menyerang majikannya.


"Tara adalah pahlawanku," kata Jeremy dalam sebuah rakaman video
.
Erika Triantafilo, ibu Jeremy, sedang berada di sisinya ketika kejadian. Dia sedang menyiram pokok lalu mendengar jeritan anaknya.

"Saya benar-benar tidak sedar apa yang telah terjadi sampai suami saya menunjukkan rakaman video CCTV," kata Erika.

Erika mengatakan bahawa anaknya memerlukan beberapa jahitan, tapi dia baik-baik saja.























"Saya belum pernah melihat kucing melakukan hal itu," kata Roger Triantafilo, ayah Jeremy. Dia lalu memuat naik video rakaman CCTVnya ke YouTube dengan tajuk " My Cat Saved My Son ". Hingga berita ini diturunkan, video tersebut telah dilihat sebanyak 1.6 juta kali.

Sementara itu anjing yang merupakan milik jirannya kini berada di bawah pemerhatian pusat penjagaan haiwan di Bakersfield.

Sgt. Joe Grubbs, juru bicara kepolisian Bakersfield mengatakan bahawa anjing akan dikuarantin selama 10 hari kemudian disuntik mati


25 April 2014

kafe kucing



SEEKOR kucing mencium sandwic yang dihidangkan di dalam sebuah kafe di Manhattan, Amerika Syarikat.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kafe menawarkan peluang kepada orang ramai bermain-main dengan beberapa ekor kucing ketika mereka menunggu ketibaan makanan dan minuman di Manhattan di sini.

Bagaimanapun, kafe yang pertama kali dibuka di AS itu hanya dibenarkan beroperasi selama empat hari bermula semalam kerana undang-undang di AS melarang haiwan berada di dalam restoran.

Kafe itu mempunyai ruang makan yang bersambung dengan sangkar kucing.

Ia mempunyai pintu khas bagi mengelakkan haiwan itu masuk ke dapur kafe.

Pelanggan-pelanggan yang datang ke kafe itu boleh menikmati hidangkan yang disajikan sambil bermain dengan 16 ekor kucing di dalam sangkar.

Koordinator Liga Haiwan Pantai Utara, Matthew Carroll berkata, pihaknya menghantar beberapa ekor kucing ke kafe itu.

"Sikap dan kesihatan haiwan itu dinilai dengan teliti supaya ia boleh menjadi teman yang sesuai kepada para pelanggan.

"Semua kucing itu sangat sihat dan kami mahu mempromosikan kepada orang ramai berhubung rupa sebenar seekor kucing yang sihat," katanya.

19 April 2014

kejam...kucing di panggang dalam ketuhar




Seorang wanita berusia 23 tahun membunuh anak kucingnya dengan meletakkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro mengaku bersalah menyeksa binatang.

Laura Cunliffe , 23, meletakkan kucingnya yang diberi nama Mowgli yang berumur 4 bulan di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit hanya kerana kucing itu ‘menyerang’ ikan emas miliknya. Kucing itu kemudian dikeluarkan dari ketuhar dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan organ dalamannya ‘masak’.

Menurut pendakwaraya , kucing itu tidak dapat bernafas dan mati kira-kira 90 minit kemudian. Peguam pembelaan wanita itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengalami kemurungan dan psikosis. Cunliffe akan dihukum pada 13 Mac depan.