keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

04 July 2014

pemuda bangsat UMNO wilayah persekutuan sokong ku nan hina pengemis dan gelandangan



Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Umno sokong usaha menteri Wilayah Persekutuan ambil tindakan basmi pengemis dan gelandangan di ibu kota


Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyokong usaha Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membasmi pengemis dan golongan tidak berumah di ibu negara.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata kerajaan melakukan pelbagai cara untuk membantu golongan berkenaan, namun disebabkan sifat mudah mengalah mereka program itu gagal.

"Rekod sebelum ini pernah menunjukkan golongan gelandangan dan pengemis cukup sifat iaitu bukan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang masih bertenaga pernah diberikan bantuan pekerjaan oleh agensi kerajaan.

"Tetapi ada di antara mereka berputus asa dan meninggalkan peluang pekerjaan yang diberikan.
"Kemudian mengharapkan sumber pendapatan lebih mudah dan cepat dengan mengemis semula tanpa perlu membanting tulang empat kerat," katanya, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan menggemis dan gelendangan di ibu kota berkenaan.

Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.

Razlan berkata, gelandangan yang mempunyai masalah mental dan menghidapi HIV juga turut diberikan perhatian khusus oleh pelbagai agensi terlibat sehingga kini.

"Hari ini sudah tiba masanya menteri Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersungguh-sungguh membasmi golongan ini dengan kaedah yang lebih positif.

"Saya berharap penguatkuasaan yang tegas dilakukan terlebih dahulu kepada pengemis dan gelandangan warga asing yang mencemarkan imej Kuala Lumpur sendiri secara tidak langsung," katanya.

Katanya, pelaksanaan zon sifar gelandangan ini tidak akan berjaya sekiranya ia diharungi tanpa sokongan semua pihak terutama NGO.

"Sukarelawan yang terlibat membantu golongan gelandangan mungkin boleh memberikan idea dan perbincangan bersama pihak berwajib di mana lokasi yang bersesuaian dijadikan 'one stop centre' untuk menyampaikan makanan, memberi rawatan dan menyerahkan pelbagai barang keperluan lain sekali gus beberapa masalah boleh diatasi," katanya.

1 comment :

  1. orang politik (umno??) mudah dapat projek jadi kaya raya lagi hina dari pengemis dan homeless...

    Pengemis dan Gelandangan yg bersepah-sepah di KL tu tak boleh diguna untuk mengundi PRU14 jadi perlu dikeluarkan sertamerta. Sebab ada 1.4juta Banglasia akan diimport dan diberi kad pengenalan khas yangmana nanti mereka2 ini akan disahkan boleh mengundi pilihanraya nanti khas untuk UmnoBN dan parti sejiwa dgn mereka dengan itu KL akan dapat dirampas balik. Ingat tu. Ingat tu. Ingat tu. Umno parti jahanam.

    ReplyDelete