keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label duit masyuk. Show all posts
Showing posts with label duit masyuk. Show all posts

24 May 2014

boleh pulak dah...ceh macam main sandiwara...ala dah biasa main sandiwara janji pulus maysukkk....RTM dapat hak siaran dari ASTRO siar perlawanan akhir Piala Thomas esok...!!!



RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang esok dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM.

Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.

Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014.

"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, malam ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam. – Bernama,

14 May 2014

cara mudah dapat duit juta juta...lakonkan drama keluar parti itu tanda adun UMNO/BN sampah politik sampah masyarakat....!!!!

Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan






Menteri  kaki bodek  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.

"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya.

“Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2.”

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno.

Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).

DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi.

Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan.