keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts

26 June 2014

bentuk stadium Piala Dunia 2022 Qatar



LAKARAN reka bentuk Stadium Al Bayt di Qatar yang disinari lampu-lampu pada waktu malam didedahkan kepada umum.

DOHA - Qatar mendedahkan dua daripada 10 buah stadium baharu yang akan dibina sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada tahun 2022, lapor MailOnline kelmarin.

Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Doha itu dijangka siap dibina pada 2018, jauh lebih awal berbanding kejohanan itu yang akan berlangsung lapan tahun lagi di negara tersebut.

Kerja-kerja asas stadium yang mampu memuatkan 60,000 penonton itu telah bermula dengan reka bentuk seperti khemah tradisional berwarna hitam dan putih yang digunakan oleh orang nomad di Qatar.

Sementara itu, Stadium Al Wakrah yang boleh memuatkan 40,000 penonton dibina khas untuk diubah suai selepas Piala Dunia 2022 dengan kerusi di bahagian tingkat atas akan dikurangkan untuk dijadikan ruang perniagaan dan restoran.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi untuk Persediaan dan Legasi, Hassan Al Thawadi berkata, menjelang akhir tahun ini, Qatar akan memulakan pembinaan sebanyak lima buah stadium sebagai membuktikan komitmen dalam menganjurkan Piala Dunia terbaik pada 2022.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan peraturan penganjur bagi Kejohanan Piala Dunia perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan buah stadium dan satu daripadanya mampu memuatkan 80,000 penonton untuk perlawanan akhir

24 June 2014

taasub tonton pala dunia



Riyadh: Seorang suami yang taksub kepada bola sepak dilapor meminta isterinya mengikuti peraturan yang dia tetapkan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung bagi memastikan perkahwinan mereka tidak terjejas.

Sebagai mengakui kebenaran pepatah ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’, si suami menulis beberapa peraturan dan membuat salinan sebelum menampalnya di beberapa tempat dalam rumah mereka supaya isterinya tidak terlepas pandang atau terlupa mengenainya.

Menurut peraturan sementara itu, si isteri harus memberitahu lebih awal kepada suaminya mengenai sebarang rancangan melawat keluarga atau rakan, sekurang-kurangnya dua jam sebelum perlawanan bermula.

Untuk ke pusat beli-belah yang boleh memakan masa sehingga berjam-jam, ia hanya boleh dilakukan jika tiada perlawanan dijadualkan, kata suami.

Wanita dilarang memandu di Arab Saudi, justeru mereka bergantung kepada suami atau anggota keluarga lelaki untuk ke mana-mana jika tidak mahu menaiki teksi.

Warga Saudi boleh menonton perlawanan yang disiarkan secara langsung dari Brazil pada jam 7 malam, 11 malam dan 1 pagi.

Selain itu, si isteri juga diberi amaran supaya mengelak memberi sebarang komen apabila suaminya dalam keadaan kecewa atau terlalu gembira dengan keputusan sesuatu perlawanan.

“Emosi saya mungkin tertekan. Mungkin saya akan melontar alat kawalan jauh kerana marah. Dan saya tidak mahu anda menjadi sasarannya. Saya mahu menjaga kesempurnaan kecantikan anda,” tulisnya dalam peraturan itu.

Menurut suaminya, peraturan itu berkuat kuasa sehingga perlawanan terakhir pada 13 Julai dan berharap pasukan Itali menjadi juara.

Rakyat Saudi sungguh meminati bola sepak dan gambar yang beredar di media sosial menunjukkan ketaasuban mereka kepada Piala Dunia.

Antaranya, seorang penduduk telah mengubah suai ruang tamu rumahnya menjadi replika stadium dengan dihiasi bendera pasukan kegemarannya.

kempen piala dunia buat penyokong belanda mengembara 13 hari ke sao paulo



LAURENS Kraal (kiri) dan Van Heteren bersama van yang mereka naiki dari Bolivia untuk memberi sokongan kepada Belanda ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung di Brazil.

SAO PAULO - Sekumpulan tujuh lelaki Belanda tiba di Sao Paulo selepas melalui perjalanan selama 13 hari dari Bolivia menggunakan sebuah van berwarna Oren yang berusia lebih 45 tahun.

Kebanyakan mereka suka berjenaka dan memberitahu, mereka banyak menghabiskan masa di dalam van kemudian membaiki enjin dan meneruskan perjalanan.

Bagi mereka ia merupakan perjalanan yang menarik dan dapat mengeratkan hubungan sesama mereka serta menikmati suasana di Amerika Latin.

Pernah sekali van yang mereka naiki rosak dan pergi ke balai polis untuk bertanyakan sama ada mereka boleh menyaksikan perlawanan antara Belanda dan Australia di balai tersebut di Ribas, Rio Pardo.

Bandar tersebut merupakan separuh perjalanan antara Cochabamba di mana mereka memulakan perjalanan ke Sao Paulo.

Anggota polis itu memberitahu mereka: "Anda harus diam ketika menyaksikannya kerana menonton perlawanan itu adalah satu jenayah," ujar Udo van Heteren, 29, dari Utrecht, Belanda ketika menceritakan pengembaraan mereka.

23 June 2014

demam piala dunia peminat bolasepak mati kurang tidor



SUZHOU, China – Seorang peminat bola sepak mati dipercayai akibat kurang tidur selepas berjaga beberapa malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya di Suzhou berhampiran Shanghai.

Perbezaan waktu antara Suzhou dan Brazil adalah 11 jam.

Ini bermakna peminat bola sepak di China perlu berjaga sepanjang malam untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia, lapor laman web Yahoo Sports.

Doktor berkata, kematian itu berkaitan dengan kurangnya tidur.

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh keletihan atau kemungkinan serangan jantung, lapor agensi berita, Xinhua.

14 June 2014

pesan isteri tua untuk kaki bola piala dunia 2014



Abang, saya ambil maklum atas syarat-syarat abang kenakan sepanjang bulan Jun dan Julai sempena Piala Dunia. Berikut pula adalah terma dan syarat dari saya :-

1. Abang nak tengok bola silakan. Tapi tolong jangan nak emosional kalau pasukan abang kalah. Profesional sikit, dorang bukan kenal abang pun so jangan nak ye ye sangat.

2. Oleh sebab game pada tengah malam, konsep self-service digunapakai di dapur. Saya nak tido.

3. Nak tengok bola takde masalah. Tp tolong senyap sikit bila gol ke, tak gol ke. Abang bukan kat stadium. Anak terjaga, abang yang gol nanti.

4. Nak tengok bola tengok betul-betul. Pastikan bukan TV yang tengok abang.

5. Tolong sediakan kotak tisu semasa dan selepas perlawanan. Jangan nak pinjam bahu saya bila pasukan abang kalah.

6. Gunakan ashtray yang betul. Sebarang kesan abu rokok amat mengecewakan.

7. Jangan asyik nak MC dan EL je. Berani buat, beranilah tanggung jadi zombie kat pejabat.

8. Akhir sekali dan yang paling penting. Bola bola jugak. Malam jumaat jangan lupa. Sebelum tengok pasukan abang score, why not abang score dulu? Namun, sebarang gol awal amatlah mengecewakan pasukan lawan.

Sekian.

Ikhlas dari,
Isteri
Piala dan Syurga Dunia abang

betul betul atau cuma gimik ajer...?




Seorang kakitangan awam telah melakukan perkara paling jujur berkaitan temasya Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil apabila memohon cuti rehat untuk menonton perlawanan pembukaan awal pagi Jumaat.

Kakitangan itu yang memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir memohon cuti selama sehari dengan sebab menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Brazil dan Croatia pada pukul 4 pagi.

Bagaimanapun, kita  tidak dapat mengesahkan adakah borang permohonan cuti ini merupakan permohonan sebenar atau sebaliknya gimik pihak tertentu menjelang Piala Dunia yang sudah bermula.

Biasanya, kita akan mendengar peminat bola sepak yang bekerja akan memohon mendapatkan cuti sakit secara menipu di klinik selepas tidak mampu ke pejabat ekoran mengantuk selepas berjaga menonton bola sepak.

Bagi kakitangan begini, ia jujur dengan mengatakan sebab dia meminta cuti untuk menonton perlawanan berkenaan.

Dia juga tidaklah meminta cuti secara melampau sampai berakhirnya Piala Dunia sebaliknya hanya satu hari sempena perlawanan pembukaan.

Jumaat pukul 4 pagi  tadi  (waktu Malaysia) telah  bermulalah  kejohanan paling berprestij bola sepak dunia dengan pasukan tuan rumah Brazil telah berhadapan dengan Croatia di Stadium Arena Corinthians di São Paulo, Brazil.

kereta dicat dengan warna bendera




SEORANG peminat yang memakai jersi skuad bola sepak Brazil berada di tepi keretanya di sebuah stesen minyak di Manus kelmarin.

RIO DE JANEIRO, Brazil - Beberapa buah kereta dicat dengan warna bendera negara ini yang bertanding pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014.

Sebuah kereta Volkswagen Beetle yang dikenali dengan nama tempatan sebagai fusca turut dicat dengan warna kuning dan hijau di kawasan perumahan Praca 14 de Janeiro, Manus kelmarin.

Warna itu terdapat pada bendera Brazil.

Sebuah lagi kereta turut dicat dengan warna bendera Brazil itu dapat dilihat di sebuah stesen minyak di Manus kelmarin.

Seorang peminat turut memakai jersi bola sepak skuad Brazil semasa dia menaiki kereta tersebut.

Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 berlangsung di 12 bandar raya Brazil bermula semalam dan berakhir pada 13 Julai depan