keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label menu halal. Show all posts
Showing posts with label menu halal. Show all posts

20 June 2014

kiub babi knorr pulak dah...!!!





Memandangkan isu halal masih panas sekarang, beberapa produk di pasaran menjadi bualan ramai.

Salah satu yang kecoh diperkatakan adalah produk Knorr yang begitu sinonim digunakan suri rumah Malaysia terutama kiub ayam, kiub ikan bilis dan Tomyamnya.

Sebenarnya ramai sudah maklum di negara luar terutama Thailand, produk popular Knorr adalah kiub khinzir. Namun bahan masakan tersebut tidak pula pernah kelihatan berlegar di pasaran tempatan.

Bagaimanapun apabila gambar kiub khinzir ini diperoleh, ia ligat dikongsikan di laman sosial dengan pesanan ‘hati-hati agar tidak terbeli’.

Hakikat sebenarnya, produk Knorr Malaysia yang dihasilkan kilang Unilever mempunyai pensijilan halal sah dan syarikat terbabit tidak pernah mengeluarkan produk tidak halal untuk pasaran negara ini.

01 June 2014

rupanya JAKIM ubah laporan asal CADBABI kerana di tekan...!!!



ada beberapa isu yang menyebabkan majlis fatwa memberi fatwa mengarut bahwa  babi halal di makan  dan  dengan alasan yang ianya  x dapat di elakkan.antaranya ialah :

1. Pegawai Jakim mendedahkan bahawa JAKIM akan mengubah laporan asal berkaitan status halal coklat cadbury.

2. Tujuan sebab nak menyelamatkan syarikat tersebut.

3. Ini juga dibuat bagi menyelamatkan dua syarikat lain yang juga pemegang saham kepada syarikat yang produce Cads.

4. Perkara itu dibuat bagi melindungi syarikat daripada kerugian yang besar.

5. Saman2 yang bakal dihadapi oleh Cads adalah munasabah sehingga menyebabkan mereka takut.


Kenapa mereka sanggup membiarkan diri ditekan.

Adakah syarikat Cadbury ialah boss di negara ini?

Bagaimana kapitalis boleh menekan undang2 di negara neh?

Memang pelik la kalau nak rasa simpati pada JAKIM dan KKM. Ini adalah satu hujah untuk kita bagitau kepada rakyat betapa teruknya sistem penguatkuasaan dan pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM dan KKM sehingga sewenang2nya boleh ditekan oleh pihak2 tertentu.

Tak bodoh nak mampos ke namanya tue?

Wa pun tak la nak percayakan kata2 di atas tanpa sebarang bukti konkrit. Just nak sampaikanla.. kalau betul maka agensi yang bermasalah sekali lagi. JAKIM dan KKM la jawapannya.


Dan satu lagi. KERUGIAN?

Cads bukan bodoh. Dorang bisnes punya orang. HARAM di Malaysia belum tentu HARAM di negara orang lain. Pembalut coklat boleh ditukar dan diimport ke luar negara untuk dijual sebagai coklat yang tidak halal. Bahkan mereka boleh jualkan sebagai product lain dengan pembalut lain (jenama lain) yang tidak halal.

Isunya bukan kandungan babi dalam coklat.Isunya pembalut yang ada sekarang ada cop halal sedangkan ia tak halal disebabkan dna babi tadinya tue.

Dia orang ada banyak strategi marketing untuk memastikan mereka takan kerugian di negara neh by any cara pun. Wa tak rasa syarikat2 neh akan bodoh2 pergi ugut dan tekan JAKIM dan sebagainya untuk tukar laporan melainkan apa yang wa nampak ialah 'rundingan damai' sedang berlangsung.

Ini kerana ahli2 perniagaan neh bayar cukai kepada kerajaan. Dan kerajaan pula ada tanggungjawab untuk memastikan kelangsungan pembayar2 cukai ini supaya mereka berkemampuan untuk terus terusan membayar cukai.

Yakni, suka tak suka kena la lindungi 'banker' mereka dari bankrupsi dan kerugian. Jika mereka rugi, kerajaan juga rugi. Apatah lagi jika syarikat2 ini juga terlibat sebagai penaja yang membabitkan urusan politik.

Jika rundingan damai itu betul dan mementingkan kebaikan semua pihak, wa tak menolak ia patut dilakukan secara berhemah.

Jika rundingan damai itu mendorong kepada pemanipulasian hak pengguna maka wa rasa memang bullshit lah agensi2 penguatkuasaan di negara neh.

Cuma apa yang wa  kesali ialah ;

1. Babi dikesan pada 27 feb 2014

2. Sehingga 22 mei ia didiamkan tanpa apa2 perkhabaran dari JAKIM dan KKM.

3. Sehinggala ia leak di public barulah terhegeh2 KKM dan JAKIM bertindak.

Sebelum itu. Dari 27 feb sampailah ke 22 mei. Apa yang dia orang semua buat? Siapa tahu jawapannya? wau pun tak tau.

Lue fikirlah sendiri ek.

antara menu halal restoran di Jepun dan menu halal 'DNA BABI' di hidangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan di malaysia...!!!




SALAH sebuah restoran di Tokyo yang menyediakan makanan tradisi menggunakan ramuan dan bahan-bahan halal.

PENINGKATAN bilangan pelancong beragama Islam ke Jepun sejak setahun lalu telah mencetus percambahan restoran halal di negara matahari terbit itu.

Kaji selidik terbaharu juga menunjukkan Jepun menerima pelancong beragama Islam dari 60 buah negara terutama Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia.

Perkembangan tersebut menjadikan restoran-restoran terutama di Tokyo menyediakan lebih banyak menu halal bagi memenuhi permintaan pelancong asing beragama Islam.

Malah, beberapa restoran di Tokyo juga sudah mula menyediakan ruang solat dan tempat mengambil wuduk kepada pelancong Islam.

Perubahan tersebut didorong oleh peranan Persatuan Halal Jepun yang mengadakan kerjasama dengan Malaysia bagi mendapatkan pengesahan halal di restoran-restoran Jepun yang berminat sejak tahun 2012.

Penyajian makanan halal dalam pesawat juga semakin menjadi keutamaan kepada pengendali menu penerbangan Jepun seperti ANA Holdings Inc. yang berpusat di Tokyo.

Makanan tradisi Jepun seperti biskut beras juga diubah suai dengan kerjasama syarikat penyedia makanan halal bagi penumpang pesawat dari Malaysia, Brahim's Holdings Berhad.

Sejak beberapa tahun lalu, golongan kaya serta kelas pertengahan dari Asia Barat menjadikan Jepun dan China sebagai destinasi percutian.

Pertambahan bilangan pelancong itu menyebabkan negara-negara bukan Islam seperti Jepun melakukan beberapa pembaharuan bagi keselesaan pengunjung Muslim dari Asia Barat dan Asia Tenggara.

Sejajar dengan pertambahan itu, pelancong Muslim yang tiba ke Jepun dianggar membelanjakan AS$181 bilion (RM584 bilion) menjelang tahun 2018 seperti yang dilaporkan syarikat perunding pelancongan Islam, Dinar Standard di Amerika Syarikat.

"Brahim's menjadi contoh penyajian makanan halal kepada masyarakat Jepun," kata Pegawai Kanan Dinar Standard, Rushdi Siddiqui.

Dalam pada itu, dewan makan di Universiti Kanda di Chiba yang terletak di timur Tokyo turut mula menyediakan menu halal kepada para pelajar dan pelawat beragama Islam.

Perubahan dalam industri penyediaan makanan di Tokyo juga bertujuan memberi lebih keyakinan kepada para pelancong beragama Islam untuk memilih hidangan.

Selain itu, sebanyak 60 destinasi pelancongan di Jepun terutama Tokyo sedang melakukan perubahan untuk menyediakan persekitaran yang mesra pengunjung Muslim.

Kini, para pengusaha restoran di Jepun mengetahui terdapat beberapa jenis bahan makanan seperti daging babi dan arak tidak boleh dimakan oleh orang Islam walaupun melibatkan penggunaan yang sedikit.

Bertitik tolak daripada perkembangan itu, Jepun menjadi destinasi yang semakin diminati para pelancong beragama Islam dari seluruh dunia.

Entah entah  dalam soal DNA benda benda haram dia orang di Jepun lebih cekap dari di malaysia kot..


menu halal DNA  BABI  majlis fatwa  kebangsaan di malaysia...!!!


Coklat tercemar DNA babi ‘halal dimakan’, kata Majlis Fatwa Kebangsaan





Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. – Bernama