keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

25 February 2014

Pokok Ditanam Di Tengah Padang Bola Dalam Stadium








Bagaimana kalau padang bola yg di tengahnya ditumbuhi pokok setinggi 10 meter didalam stadium rasmi, walah. Ya perkara ini benar-benar ada di salah satu bandar di Chile di mana sebuah pokok magnolia setinggi 10 meter ditanam tepat di tengah-tengah padang bola sepak.

Bukan kerana pokok ini keramat, justru pokok ini ditanam di tengah padang yang sudah ada sejak lama. Pokok ini ditanam di tengah stadium untuk memperingati peristiwa penyiksaan para tahanan politik oleh diktator Pinochet 30 tahun lalu. Pokok tersebut ditanam selama seminggu penuh dan menjadi tontonan awam. Bahkan sempat diadakan sebuah pertandingan di padang tersebut dan dihadiri lebih  kurang 15,000 penonton. Hasilnya, sebuah pertandingan menghibur tersaji saat itu.


23 February 2014

kambing mata satu



MOHD.ISMAIL menunjukkan anak kambing bermata satu miliknya di Kampung Busul, Lahad Datu, Sabah kelmarin

LAHAD DATU – Seorang penternak terkejut selepas mendapati kelahiran seekor anak kambing ternakannya bermata satu di Kampung Busul, dekat sini Khamis lalu.

Pemilik kambing berkenaan, Mohd. Ismail Abdullah, 55, berkata, anak kambing berwarna hitam itu lahir kira-kira pukul 2.30 petang dan mempunyai berat kurang daripada satu kilogram.

Katanya, dia pada mulanya tidak menyedari mengenai keganjilan pada haiwan ternakannya sehinggalah kambing itu dibersihkan.

"Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum anak kambing dilahirkan.

"Ketika membersihkannya, saya terkejut apabila mendapati anak kambing ini hanya ada satu mata yang terletak di bahagian tengah muka," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.




15 February 2014

makanan paling pelik di dunia

Makanan pelik dan unik menyebabkan sesuatu tempat jadi terkenal. Jika makanan yang dijual lain dari biasa, ia dapat menarik minat penduduk tempatan serta pelancong dari luar negara untuk berkunjung dan menjamu selera. Sedap atau tidak, biasa atau aneh, akan ditentukan kemudian. Makanan pelik boleh didapati di restoran, di tepi jalan dan juga di rumah penduduk tempatan.

Balut Egg Lokasi : Filipina Info : Telur yang mengandungi embrio itik direbus dan dimakan.




Boodog Lokasi : Mongolia Info : Daging kambing dimasak dalam perut kambing tersebut.



Century Egg Lokasi : China Info : Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan.



 Escamoles Lokasi : Mexico Info : Hidangan telur semut.