keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

26 June 2014

hoiii...babi...!!!!!....slow sikit.....!!!!!



Ada seorang awek , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Awek tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....."

Bila mendengar laungan awek tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." Bagerooo..." sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Awek tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh awek tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

20 June 2014

takut bini





Dalam sebuah negeri, semua rakyat, termasuk Rajanya takut pada isteri.

Suatu hari Raja kumpulkan semua suami2 dlm negeri itu utk mencari kalau2 ada diantara rakyat jelata yg tak takut isteri, utk mendapat petunjuk darinya.

Bila semua terkumpul...Raja memerintah sesiapa yang takut isteri duduk di sebelah kiri, yg tak takut duduk di sebelah kanan.

Semua duduk di sebelah kiri, tapi ada seorang jejaka yg duduk di sebelah kanan.

Raja tanya, "Awak tak takut bini?"

"Takut, tuanku."

"Kenapa awak duduk sebelah kanan?"

"Isteri saya suruh..."

18 June 2014

gosok gigi



Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.

Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.. Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?

Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari…

Pakcik Rizal : Sekali sahaja? Saya 3 kali sehari.

Doktor : Bagus….bila masanya, pak cik menggosok gigi?

Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selepas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.

Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong…saya 12 kali!

Doktor : Wah… macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?

Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali, ….. blaa… blaa


14 June 2014

pukul anak



Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur..tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah

"Anakku dipukul orang ... dan untu membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

27 May 2014

dapur yang bersih




Sepasang suami isteri bersama keluarganya merayakan ulang tahun perkahwinan mereka dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu utama.

Pemilik : “Bagaimana perasaan anda terhadap hidangan dan layanan kami?”

Lelaki : “Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini.”

Pemilik : “Dapur yang paling bersih?… Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kami yang paling bersih?”

Lelaki : “Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun.”

14 May 2014

cepat keluar




Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga. Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya, “Eh!!!Cepatnya hang keluaq? pasai pa?”

Jawab calon itu, “Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan dgn betoi jadi aku boleh keluaq awai”.

Tanya rakan-rakan lagi, Wahhh!!Bestnyer hang,soalan apa?????”

“Senang ja soalannya, pegawai temuduga tu tanya aku, Awak ker yang kentut ni??? Aku pun jawab la, “Ya tuan, sayalah yang terkentut tadi!!!” Pastu dia suruh aku keluaq!!!!

28 April 2014

mental



Ada seorang pesakit mental berenang dan tiba2 lemas di kolam renang. Kebetulan Ada lagi seorang pesakit mental yg berada di situ cepat-cepat berenang dan berjaya menyelamatkan rakannya itu.

Keesokan harinya hero itu di panggil oleh warden.

Warden: Saya ada berita baik dan buruk untuk awak.

Pesakit Mental: Apa dia?

Warden: Pertama tahniah kerana menyelamatkan rakan anda dari lemas. Anda Akan diberikan pingat keberanian kerana usaha anda itu.

Pesakit mental: Terima kasih.

Warden: Berita buruk, rakan anda yang selamat dari mati lemas itu dijumpai mati bunuh diri dengan
mengantungkan dirinya semalam di biliknya. Mungkin dia memang nak bunuh diri masa berenang hingga lemas semalam.

Pesakit mental: Oh taaakkk...bukan macam tu. Semalam lepas saya keluarkan dia dari kolam renang tu,  dia
basah kuyup, saya gantung dia supaya cepat kering...



15 April 2014

Doa Makan Seperti Ibu Selalu Katakan



Kemarin saya mengundang keluarga "A" untuk makan malam di rumah.
Isteri saya pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala makanannya.

Ketika semua tamu telah datang, ia menyuruh anak kami yang berusia 6
tahun untuk memimpin doa sebelum makan.

"Ayuh Nak, kamu yang pimpin doanya" "Tapi Bu, doanya apa?" jawabnya.
"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri saya.

Puteri kami itu segera melipat tangan dan berkata … "Ya Tuhanku,

kenapa keluargaku harus mengundang keluarga "A" ini makan malam"

pengumuman terkini oleh PM (elaun sara hidup )



elaun bertambah....

PEKELILING 15 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Mei 2014 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...


80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....

malas ke sekolah



Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

08 April 2014

setan



Zaki (bukan nama sebenar) disuruh pergi mengaji Al-Quran oleh ibunya selepas Maghrib di sebuah surau kerana dia agak malas untuk belajar mengaji. Sewaktu di surau, Zaki diajar berkali-kali doa sebelum makan & setelah diulang-ulang oleh gurunya, barulah dia dapat menghafalnya.

Surau itu agak jauh dari rumahnya & Zaki pergi berjalan kaki sahaja. Ia mengambil masa dalam setengah jam. Zaki akan balik sendirian kerana hanya dia seorang sahaja yang pergi mengaji di kampungnya.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati sebuah rumah kosong, langkah Zaki terhenti kerana terlihat bayangan putih di hadapannya. Untuk dia berpatah balik ke surau sudah agak jauh juga. Jika nak diteruskan perjalanan, ada pula bayangan putih yang menghalangnya.

Akhirnya Zaki memberanikan dirinya untuk berteriak sekuat hati, sambil membaca doa yang telah diajar di surau tadi :

"ALLAHUMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZAA BANNARR"
(Doa sebelum makan yang telah diajar di surau tadi)

...tanpa diduga, bayangan putih yang berada di hadapan Zaki terus hilang. Terdengar suara dari bayangan putih itu yang sebenarnya adalah Syaitan yang merungut...

"TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU JADI SYAITAN, ADA ORANG NAK MAKAN AKU...!"

02 April 2014

laju




Kelajuan cahaya sehingga kini di catatkan ialah 299 792 458 m / s. ini merupakan tempoh yang sangat pantas yang pernah dicatatkan oleh ahli sains sejak zaman dahulu lagi…

Ada sesiapa di antara kamu yang dapat buktikan sesuatu yang lain lebih laju dari cahaya? – tanya seorang guru pada murid2nya..


MURID 1:       Ada cikgu… jawapan saya suis lampu..

GURU:             Suis lampu? Buktikan pada saya…

MURID 1:       Sebelum cahaya tu bergerak… suis lampu dulu cikgu, kalau tak dipetik, cahaya pun tak bergerak lagi…

MURID 2:       Saya bantah cikgu, saya ada jawapan yang lain…. Jawapan saya ialah fikiran cikgu… sebelum suis lamp itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis…

CIKGU:            Hmm… sungguh kreatif cara kamu berfikir… ada jawapan yang lain…?
MURID 3:       Ada cikgu… saya rasa semua tu tak sepantas mana…

CIKGU:            Ok, apa jawapan kamu…

MURID 3:       Cirit cikgu…

CIKGU:            Cirit? Awak ni nak main2 ke nak apa? (agak marah)

MURID 3:       Iye cikgu… pada suatu malam tu… saya terjaga… tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu… dah terCIRIT……


01 April 2014

tipu punya pasal



ali dan abu pegi berkhemah di sungai congkak semasa cuti skolah.... situasi semasa berjalan ke tpt perkhemahan.. senja dah...

ahmad: ish... byk tol bunyi binatang cni.. memekak je la!

ali: uiii mad... kalu bunyi2 tu jgn tegur.. bahaya...

ahmad: apsal pulak??

ali: ish, x kn ko x tau lak?? atok aku kata, kalu sesuatu dlm utan di tegur.. nnt dier datang...

ahmad: ko ni, biar btul ali......

ali: betuuuuulll.. kalu tipu aku, mknenyer tipu la atok aku..

suasana jd senyap... sunyi sepi...

ali: stahu aku, atok aku mmg penipu....

ahmad: (bengang)penah nmpk org mkn sardin ngan tin skali??

atok nasihat Kat cucu



"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???"
(Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua selalu pi surau, tapi atuk selalu ngadap internet mcm saya jugak?"


Atuk: "?...?...?...?...?...? (hehe... malu-malu)"

26 March 2014

pegang kuat-kuat nek



Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.


Udin: "$%^&(#....."

bos dan seketeri



Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

SiBoss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. .. biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing mejasambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara
mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya pancit
woakakaakakakaakakakkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware. ....

24 March 2014

minyak wangi vs kentut wangi



Ada seorang nenek naik lif ke tingkat 8, sampai ke tingkat 1 lif berhenti…..lalu masuk seorang gadis cantik ke dalam lif tersebut dengan sangat wangi.

Nenek: "Amboi,,,wangi betul…!!!!

Gadis : " BULGARI " nek, tiga ratus ringgit sebotol………

Kemudian sampai ke tingkat 6, ada lagi gadis cantik yg masuk lif yg lebih wangi dari gadis pertama………

Nenek: "Wah! Yang ini pun wangi!!!!!

Gadis 2 : "GUCCI" nek, empat ratus lebih harganya sebotol……..

Sebaik saja sampai ke tingkat 8, si nenek pun keluar sambil terkentut yg mengeluarkan bau yang kuat sekali……..

Kedua gadis tersebut yg ada di dalam lif hampir muntah dan berkata: "Nek"…Ni bau apa ni?"

Sambil keluar lif , si nenek pun berkata: "PETAI KING",…Tiga ringgit seikat.....