keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label natang mat said. Show all posts
Showing posts with label natang mat said. Show all posts

14 May 2014

dah dapat duit juta juta lepas jumpa najib....robin hood gardenia kata menyesal pulak keluar umno....sandiwara ohhh sandiwara ...pulus punya pasal maruah sanggup di gadaikan....!!!!



puh meriahhh...anak aku kahwain nanti....duit juta juta dari najib  tak habis 3 generasi  untuk buat majlis kahwin  anak beranak dan anak hantu....!!!

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kekesalannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keluar daripada Umno, kata Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tengku Putera memberitahu pemberita, presiden Umno itu bercakap dengan Ahmad menerusi telefon dan bekas menteri besar itu kesal kerana menimbulkan kekecohan di negeri itu sejak semalam.

Najib mengadakan pertemuan dan makan tengah hari dengan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, tengah hari ini.

Bagaimanapun, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad tidak dapat ke Kuala Lumpur kerana tidak sihat.

Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut hadir dan bertemu media selepas perjumpaan dengan Najib.

"Kekecohan di Terengganu tidaklah sehebat dilaporkan sebelum ini. Banyak pihak cuba mengambil kesempatan dengan melakarkan imej negatif mengenai insiden tersebut," kata Ahmad Razif kepada media.

Ahmad Razif berkata, wujud perkembangan positif dalam perbincangan antara Najib dengan bekas menteri besar Terengganu itu.

"Saya dimaklumkan ada komunikasi antara PM dengan Datuk Seri Ahmad Said dan jawapannya positif.

"Kita akan terima maklum balas dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, ada kemungkinan Ahmad bersama seorang lagi Adun yang keluar parti semalam akan mengumumkan penarikan balik keputusannya.

"Beliau (Ahmad) akan mengadakan sidang media bila-bila masa," katanya.

Pada Isnin, Ahmad mengumumkan keputusannya keluar parti selepas meletak jawatan sebagai menteri besar, dan mengikut jejak beliau ialah Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud.

Roslee bagaimanapun mengumumkan keputusan menarik balik keputusan keluar parti semalam.

Sementara itu, media menerima jemputan daripada Ahmad bagi menghadiri sidang medianya di Kemaman jam 5 petang.

Situasi yang berlaku di Terengganu mewujudkan kekecohan  dan menyebabkan komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai oleh Barisan Nasional di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat (PR).

BN menguasai DUN dengan 17 kerusi, manakala Pakatan Rakyat memiliki 15 kerusi DUN, PAS 14 dan PKR 1.

PAS juga awal-awal lagi berkata akan memanggil sidang tergempar bagi mendapatkan undi tidak percaya ke atas BN.

PAS mengintai peluang untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan untuk memilih semula pemerintah negeri dan menteri besar.

Ahmad Razif yakin akan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai menteri besar Terengganu dan menjadikan negeri tersebut sebagai deposit tetap kepada BN pada pilihan raya depan.

"Kami akan bekerja sebagai satu pasukan dan meneruskan agenda BN.

"Saya berhasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai deposit tetap kepada BN," katanya.

Mengenai status Ahmad dan Ghazali, Razif berkata setakat ini Speaker DUN belum menerima sebarang surat rasmi mengatakan kedua-dua mereka keluar parti.

"Speaker belum terima apa-apa kenyataan bertulis,"katanya.

Ahmad Razif juga menghargai kesudian Najib berjumpa dengan semua Adun Terengganu dan menjelaskan kepada mereka mengenai situasi sebenar berhubung keputusan yang diambil itu.

"Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, kita dapat peluang pencerahan daripada perdana menteri dan bertukar-tukar fikiran.

"Ini peluang baik untuk mantapkan Umno di Terengganu," kata Ahmad Razif.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai  menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala  Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku keadaan DUN tergantung  disebabkan BN menang tipis.

Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu

sandiwara robinhood roti gardenia dengan kepala perompak 1 malaysia....tak jadi keluar umno sebab najib minta maaf....sandiwara budak sekolah ugut mintak jajan yang di jangkakan...kah kah kah....!!!!



woiii....sandiwara aku berjaya.....roti gardenia lagi ku berani rembat....inikan najib buat  melutut  di tapak bontot aku...kah kah kah

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat peletakan jawatan beliau daripada Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada beliau.

Ahmad berkata kepada pemberita di kediamannya di Kemaman, tindakan itu berpunca daripada salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei ini.

"Kami saling meminta maaf... perdana menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei.

"Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar perdana menteri juga akui sama ada sedar atau tidak," katanya.

Ketika sidang media itu, Ahmad turut berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan turut melakukan tindakan sama.