keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

27 May 2014

basuh kereta dengan cara yang betul



Disebabkan masa yang semakin padat dengan jadual harian membuatkan kita menggunakan servis membasuh kereta yang cepat dan memudahkan.

Jika mempunyai masa lapang  apa yang bagusnya selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti ini dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Tapi tahukah anda, ramai orang tidak tahu mencuci kereta mengikut cara yang betul?

Walaupun di tempat servis pencucian kereta, ada pekerja yang menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti.

Baiklah, biar kita cerita sedikit mengenai punca masalah ini.

Pertama, tahukah anda kereta akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat? Kedua, tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar? Ketiga, tahukah anda kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita memasuki tempat letak kereta.

Ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.

Sebagai langkah pertama, apabila kereta kita kotor, kekotoran yang melekat pada badan kereta kita akan membawakan pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi apabila digosok? Ia akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.

Sebelum memulakan aktiviti membasuh kereta ini, pastikan air yang digunakan bersih dan tidak berkarat.



1. Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh ke bawah, dan bukannya dari bawah ke atas. Pastikan semua bahagian badan kereta benar-benar basah. Biarkan ia basah dulu dalam beberapa minit. Jangan anda terus mengosok dengan kain pencuci kerana pasir halus yang melekat di badan kereta belum tentu hilang kesemuanya.




2. Kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau menggunakan span. Mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah. Tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih terlekat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau span yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas ). Kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang. Yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. Setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.


3. Akhir sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah. Selesai saja mengelap bahagian badan kereta anda dengan kain kering dan bagi memastikan kereta betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu dan sisi boot belakang anda dicuci. Selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi ia sukar untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.



4. Bagi memberikan kenderaan anda tampak seperti baru, anda boleh menggunakan bahan pengilat kereta yang boleh didapati dipasaran. Gunakan dengan yang bersesuaian seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal. Ingin dingatkan juga terdapat pelbagai produk pengilat yang berada di pasaran, salah satunya yang biasa kita lihat di pasar malam yang berharga kurang dari RM10. Anda harus berhati-hati kerana pengilat kereta yang kurang berkualiti ini selalunya akan merosakan cat anda dalam jangka masa yang panjang. Biarlah mahal sedikit asal berkualiti.



5. Untuk masalah kotoran najis haiwan dan getah daun jika tedapat dipermukaan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan pencuci yang diiktiraf kualitinya. Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.

03 May 2014

cara elak rasa takut




Habis saja menonton cerita atau drama seram, pasti ketakutan mula menguasai diri. Paling dirisaukan adalah diri sendiri sememangnya penakut dan tidak dapat tidur malam apabila ketakutan.

Perasaan takut itu biasanya hadir dari hati atau minda yang selalu fikirkan bayangan ‘kelibat’ yang menakutkan dan menganggap ia sebagai suatu realiti. Hakikatnya, semua itu sekadar permainan imaginasi minda yang dicetuskan kamu.


Percaya atau tidak, rasa takut itu sebenarnya dikawal minda kamu sepenuhnya. Fikiran yang negatif dan berunsur fantasi banyak menyumbang kepada perasaan takut itu muncul secara tiba tiba, lebih-lebih lagi apabila kamu baru saja habis menonton cerita seram.

Ketakutan itu boleh diubah jika kamu berfikiran rasional dan tidak memandang serius sesuatu perkara. Waktu kamu pula boleh terganggu dan lebih buruk lagi apabila kamu sudah bekerja kerana ia boleh merosakkan prestasi dan reputasi di tempat kerja. Ikuti langkah di bawah ini untuk atasi rasa takut.


1. Kenal pasti punca - Kadangkala bunyi bising kerap kedengaran di dapur dan mana-mana sudut rumah. Namun, jika ia berdekatan dengan kamu, seeloknya beranikan diri untuk pergi dan lihat apa punca bunyi itu berlaku. Hakikatnya bunyi pada waktu malam itu biasanya disebabkan binatang perosak seperti tikus ataupun hanya bunyi pintu yang ditolak angin. Ubah persepsi kamu terhadap sesuatu dan langkah ini menjadikan kamu lebih selesa kelak.


2. Buang rasa takut - Apabila habis saja menonton filem seram, pasti kelibat menakutkan akan muncul bermain di fikiran kamu seterusnya membuatkan kamu lebih takut untuk tidur. Perkara itu adalah normal dan kamu patut buang ia jauh-jauh. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir mengenai perkara lain ketika di bilik tidur. Kamu boleh mengenang kenangan manis ataupun memikirkan masa depan bagi menghilangkan rasa takut.

3. Bawa bersama - Jika kamu ada binatang peliharaan di rumah, apa kata bawa si kesayangan ke dalam bilik untuk menemani kamu sepanjang malam. Binatang peliharaan seperti kucing mahupun ‘hamster’ pasti dapat mengalih perhatian kamu dari memikirkan rasa takut. Seeloknya, jika kamu hendak tidur, belai haiwan kesayangan sambil menutup mata kerana ia boleh menenangkan kamu.

4. Dengar muzik - Paling mudah dan berkesan menghilangkan rasa takut ialah dengan mendengar lagu kegemaran sama ada di telefon pintar ataupun radio. Muzik biasanya memberikan impak pada emosi kamu sama ada positif atau negatif. Perlu diingatkan untuk mengelakkan dari mendengar muzik yang sayu dan perlahan kerana ia boleh membuatkan kamu rasa ­sedih dan mengingatkan kamu kembali kepada perasaan takut.

5. Pindah kedudukan - Jika kamu kerap rasa takut disebabkan kedudukan katil yang berhadapan tingkap, apa kata ubah posisi katil kamu pada kedudukan yang jauh dari tingkap. Percaya atau tidak, kebanyakan remaja mula rasa takut akibat memikirkan sesuatu akan muncul di tingkap atau pintu pada waktu malam.

6. Ajak teman - Andai kata kamu tinggal di hostel atau menyewa rumah, ajak teman kamu tidur bersama untuk semalaman. Jika mereka tiada hal lain, ajak mereka berbual sehingga kamu rasa mengantuk. Jika ia tidak berkesan, lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kamu mengantuk seperti mendengar muzik ataupun membaca buku.

7. Lakukan senaman - Rasa takut itu berpunca dari diri kamu yang selalu berfikiran negatif dan dipengaruhi kepenatan. Lakukan beberapa senaman yang dapat menyihatkan badan pada waktu malam. Lakukan regangan ataupun yoga untuk menenangkan fikiran kamu supaya boleh fokus pada realiti dan ketepikan rasa takut yang bersifat sementara.

8. Matikan segala alat elektronik - Alat komunikasi seperti televisyen dalam bilik juga menjadi punca kamu rasa takut. Kadangkala kamu membiarkan ia terpasang dan lupa menutupnya. Apabila terjaga dari tidur pada larut malam akibat bunyi bising televisyen, kamu mula rasa takut dan tidak boleh tidur kembali. Oleh itu, biasakan diri untuk matikan suis semua alat elektronik sebelum tidur

01 May 2014

tips kempiskan perut



[1] Minyak Zaitun

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau
berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya.

Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkanperut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

[2] Limau Kasturi + Kapur Makan

Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak/ selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.

Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari  dan lihatlah hasilnya!

21 March 2014

20 perkara perempuan tak suka



1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Perempuan tak suka lelaki tinggikan suara mungkin kerana cemburu kot, sebab suara diorang kurang macho gitu.....

2. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

Perempuan tak suka dikongkong dan lelaki dikatakan mengongkong bila segala gerak geri dikawal, sebenarnyer kaum lelaki ni hanya menjaga supaya MARUAH kaum perempuan supaya sentiasa terpelihara, yer lar lelaki kan ketua gitu... bukannyer suka2 mengongkong. . kan kan kan

3. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.

Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

bila lelaki cemburu dikatakan cemburu buta, bila perempuan pulak cemburu, yang tu nak kata cemburu apa????

4. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.

Setakat kena tengking bolehlagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

Perempuan lak kalu panas baran siap tikam suami sendiri lagi, gara2 lewat balik sebab nengok bola...tak caya??? cer baca Sinar Harian 20/07....haaaaa apa kes tu????

5. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok.. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

Lelaki merokok melemaskan wanita, wanita yang lak merokok tak lemas ker??? kalu yang mengandung tu siap melemaskan anak dalam kandungan lagi...tak gitu???


6. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

lelaki mmg ego sebab itu sifat semulajadi lelaki... perempuan pulak akan nampak ego bila ADA KETE BESOR, ADA PANGKAT TINGGI, GAJI BESOR n MCM2 BESOR LER LAGI...hehehehehe. ..

7. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Bab menipu nin perempuan pun sama kan kan kan....

8. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Haaaa... yang ni pon sama...tepuk air dalam dulang terpercik pulak kemuka sendiri.... habis basah make-up tu.....

9. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

Pompoan punyer cuci mata lagi dasyat... pantang ada JUALAN MURAH.... kompem kasi order kat lelaki nak itu nak ini.....

10. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

Perempuan tak cepat perasan ker bila ada lelaki kata dia cantik, seksi dan mcm2 lagi pujian...siap SERAH DIRI lagi...

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

Perempuan mmg tak memetingkan diri sendiri... cuma memetingkan WANG DAN HARTA jer...

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

Ermmmm lebih kurang sama ngan perempuan kan...nak2 pulak bila tgh jalan2 dating ternampak cober majalah tu lelaki yang ensem... kompem lupa bf kat sebelah....

13.. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

Perempuan pun mata duitan jugak kan...zaman lar nih takder duit mana bole jadi beb....

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.

Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…Komited kan bagus... itu menjamin masa depan...

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.Perempuan pengotor jugak... cuma tak tunjuk sebab konon2 nak cover keayuan....gitu. ..

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.

Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?tang nih kawan setuju....

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?

Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

Perempuan pun sama...kalu dah bersembang mengumpat..mmg tak ingat tempat....

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.

Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Perempuan sentiasanya menunjukkan sikap menghargai ker????

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

tang nih perempuan pon sama... nak pulak bila scandal tu macho, kaya n ada kete tak mcm bfnya yang keje kilang, muka pecah rumah n bawak motor kapcai jer... time bf ajok keluor punyer ler liat...time scandal ajak nyembang kat taman...scandal tak sampai lagi, siperempuan dah tercongok kat tengah2 taman tu....hehehehehe

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejatidan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Sama cam perempuan yang control keayuan... janganlah kontrol2 sebab lelaki sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda...