keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 July 2014

ISIL tukar nama, lantik khalifah tadbir wilayah



DAMSYIK - Pejuang Negara Islam (IS) mengadakan satu perbarisan di bandar Raqqa, utara Syria semalam untuk meraikan deklarasi pembentukan khalifah Islam selepas kumpulan tersebut menawan sebahagian wilayah Iraq.

IS yang dahulunya dikenali sebagai Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) memuat naik gambar di internet kelmarin menunjukkan orang ramai mengibarkan bendera hitam dan melepaskan tembakan ke udara.

Kumpulan itu menyatakan, ia mahu memadamkan sempadan negara dari kawasan Mediterranean hingga ke Teluk dan mengembalikan rantau berkenaan pada corak pemerintahan khalifah Islam.

IS melantik ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah kelmarin.

Kumpulan itu kini berusaha untuk membina kekuatan di Raqqa yang merupakan satu-satunya ibu negeri wilayah yang dikawal oleh penentang Presiden Bashar al-Assad.

IS turut menguasai beberapa kawasan lain di utara dan timur Syria serta merentasi sempadan menuju ke Iraq.

Di Iraq, IS mara menuju ke Baghdad dari bandar raya Mosul yang jatuh ke tangan mereka pada 10 Jun lalu.

"Allah telah menghancurkan sempadan ini, sempadan Sykes-Picot dan kini orang Islam boleh memasuki Iraq tanpa menggunakan pasport," kata satu kenyataan IS yang disiarkan di internet.

Sykes-Picot merujuk kepada pembahagian empayar Uthmaniah pada 1916 oleh Britain dan Perancis


No comments :

Post a Comment