keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

Showing posts with label anjing upahan. Show all posts
Showing posts with label anjing upahan. Show all posts

04 July 2014

JAIS alat politik busuk UMNO salahguna kuasa lagi...kali ini silap ‘tangkap basah’




Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.

Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor.

"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya  pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.

"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.

Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid  kerana kekeliruan status agamanya.

Hanisha berkata, mereka kemudiannya dibawa ke balai polis dan diarahkan datang ke pejabat Jais pada 23 Jun lalu.

"Di Jais kami diarah mengisi borang dan memberi nama penjamin. Kami juga diarahkan membawa wang sebanyak RM3,000 seorang ketika perbicaraan.

"Namun saya membantah, bagaimana mereka boleh minta kami membayar wang sedangkan kami tidak bersalah. Saya dalam rumah ketika itu dan Mukamil di luar," katanya.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili empat mangsa berkenaan berkata, tindakan Jais membuktikan penyalahgunaan kuasa dan anak guamnya tidak diberikan hak membela diri.

Beliau berkata, melalui surat perjanjian dan jaminan tertulis peringatan untuk mangsa membawa wang sebanyak RM3,000 pada tarikh perbicaraan.

"Saya berpendapat Jais menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor .

"Perbuatan Jais ini amat memalukan dan mencemarkan nama Islam kerana kita tidak diajar untuk membuka aib orang, kita sepatutnya melindungi," katanya.

Katanya, dalam Islam tidak wujud istilah khalwat dan ia hanya dicipta bagi menangani isu maksiat di kalangan masyarakat Islam.

"Tidak ada istilah khalwat sebenarnya yang ada hanyalah berzina dan ia memerlukan empat saksi bagi mengesahkan perbuatan itu, langsung tiada elemen khalwat sebenarnya dalam Islam," katanya.

Latheefa berkata, beliau mewakili anak guamnya menuntut Jais membatalkan tuduhan berkenaan dan  sekiranya gagal, mangsa akan bertindak memfailkan saman.

Beliau berkata, anak guamnya juga sudah membuat laporan polis agar siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais itu.

"Laporan polis dibuat pada 30 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di mana anak guam saya menuntut siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais iaitu Alfian Ahmad dan Mohd Zulfadli Mohd Noor yang membuat tangkapan kira-kira jam 12 malam, Ahad lalu.

"Insiden ini melibatkan maruah seseorang yang berlaku di kawasan berdekatan dengan jiran, kita tuntut Jais membuat permohonan maaf dan membatalkan pertuduhan, jika enggan kita akan failkan saman," katanya.

Latheefa turut menggesa Jais merombak semula sistem pelaksanaan jabatan agama itu.

"Saya percaya terdapat banyak lagi kes seperti anak guam saya berlaku namun tidak dibangkitkan, ia sudah berlarutan agak lama.

"Ini merupakan kali pertama mangsa tampil dengan lantang untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa badan agama," katanya.

"Kenapa mereka tidak buat serbuan di hotel mewah? Sekiranya mereka lakukan, kemudian ia boleh diselesaikan kerana kuasa dan wang apabila ada yang terlibat merupakan orang berpengaruh," katanya.

22 May 2014

salah tetap salah...apa pulak nak di fahami maksud tersirat...sedangkan UMNO itu sendiri memang CELAKA...maki orang boleh tapi kena batang hidung sendiri kenapa menyalak macam anjing....!!!



bagaimana samseng samseng UMNO ini  mendapat lesen  menghuruharakan tempat orang...sedar diri sikit la....UMNO tidak punya apa apa lagi di pulau pinang



hanya di malaysia anjing anjing kepala hitam ini boleh menunjukkan aksi pondan yang pasti semua rakyat meluat melihat gelagat tak ubah sekawan anjing liar yang  kelaparan..



UMNO boleh pulak maki orang sesuka hati...!!!

Adakah Umno bermain dengan istilah apabila berkata sesuatu tindakan itu salah tetapi ia difahami dengan baik kenapa ia dilakukan? Sebenarnya ia hanya politik murahan yang tujuan untuk menonjol kebodohan sendiri.

Perbuatan samseng Pemuda Umno adalah salah namun kunun boleh difahami, mengulangi sentimen yang sama pernah dikatakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila bercakap tentang penunjuk perasaan yang membawa kepala lembu di Shah Alam pada 2009.

Ini merujuk kepada samseng samseng  Umno yang merusuh masuk ke  Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang  bagi menuntut permohonan maaf Adun Seri Delima, R S N Rayer apabila menggunakan perkataan kasar untuk menggambarkan Umno.

Menyerang persidangan Dewan Undangan Negeri adalah salah. Titik. Tidak boleh tawar menawar mengenainya. Dan di sinilah kesilapan utama Umno: Nampaknya mereka tidak boleh membezakan yang betul dengan yang salah.

Adakah salah apabila Adun DAP Rayer memanggil Umno celaka? Sudah tentu, ia salah. Dan ia sepatutnya diserahkan kepada speaker dan partinya untuk menghukumnya.

Sekiranya tidak, maka pegangan DAP mengenai proses kebebasan dan keadilan akan nampak cacatnya.

Itu yang Umno patut ajar DAP. Ia mempunyai ahli dan ahli politik yang bercakap saja tetapi tidak mengamalkan apa yang mereka katakan .

Tetapi bukan dengan mengambil tindakan menyerang  bangunan. Ini bukan budaya kita, sebagaimana yang selalu pemimpin Umno katakan kepada protes yang dibuat oleh pembangkang.

Apa yang Malaysia perlukan adalah pemimpin yang boleh berkata hitam itu adalah hitam tanpa alasan dan tanpa bahasa yang bersimpang siur daripada kedua-dua belah jurang politik.

06 May 2014

ugut penjawat awam mamak kerala ini wajar di pecat



Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa tidak seharusnya mengancam untuk memecat penjawat awam yang menyertai perhimpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Jumaat lalu.

Sebagai ketua setiausaha kepada kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Ali sepatutnya menyerahkan kes kepada polis jika terdapat mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penjawat awam masih rakyat Malaysia. Mereka tidak harus diancam dengan pelucutan jawatan kerana mereka bertindak mengikut hak yang dilindungi perlembagaan persekutuan.

Seramai kira-kira 50,000 orang menyertai perhimpunan raksasa pada 1 Mei lalu bagi menyatakan bantahan ke atas GST, yang akan berkuatkuasa April tahun depan.

Ali dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan itu memberi amaran bahawa penjawat awam yang menyertainya boleh dikenakan tindakan termasuk diberhentikan kerja.

Beliau memberi alasan, penjawat awam tidak boleh menentang aspirasi dan dasar kerajaan.

03 May 2014

ANTI GST: zahid sibuk minta polis ambil tindakan terhadap individu serang media...tapi kumpulan antifa tajaan UMNO yang punya angkara beranikah di ambil tindakan...!!!





kumpulan antifa tajaan UMNO secara terang  terang membuat angkara...berani UMNO ambil tindakan...?



KUALA LUMPUR – Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengasari beberapa anggota media ketika membuat liputan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian dan polis bersimpati terhadap petugas media yang dikasari dan siasatan akan dilakukan polis untuk tindakan selanjutnya.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata insiden itu jelas menunjukkan bahawa penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga jurukamera dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka.

Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.

Beliau mendakwa ada juga kejadian apabila pasukan Amal PAS dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bergaduh sesama sendiri atas beberapa faktor yang mereka ketahui.

Ahmad Zahid mendakwa perhimpunan itu turut mengganggu urusan harian masyarakat dan mengganggu perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Saya ingin nyatakan bahawa selagi kita boleh adakan rundingan untuk mereka ikuti garis panduan APA kita akan berunding, tetapi jika mereka mahu tindakan sebaliknya dilakukan mereka harus terima akibat dengan perbuatan mereka sendiri,” katanya.

Tinjauan Bernama pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 12,000 orang semalam mendapati ada segelintir daripada peserta membawa kanak-kanak, kain rentang, suar dan bom asap yang jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Sementara itu, pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia dan insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.