keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

02 July 2014

kecoh selepas kementerian pendidikan jadikan universiti seperti sampah rupanya ada kaitan tuduhan sebagai tempat militan



UM di tuduh sebagai  tempat  melahirkan penyarah  berfahaman militan...?

Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) adalah salah seorang daripada lima buruan yang dikehendaki polis kerana  di tuduh  terlibat dalam militan.



di tuduh sebagai militan..?

Menurut laman web universiti, Dr Mahmud Ahmad, 36, merupakan pensyarah kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam.

Beliau dan empat lagi dipercayai meniggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

Sumber terdekat dengan siasatan berkata Mahmud merupakan satu daripada tiga yang merekrut dan mengaturkan ahli militan di Malaysia untuk dihantar ke Timur Tengah menyertai Militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil).

"Dia (Mahmud) masih dengan universiti namun sudah dua bulan menghilangkan diri," kata sumber itu.

Pensyarah yang sudah mendirikan rumah tangga itu juga dikenali sebagai Abu Handzalah dan alamat terakhirnya adalah di Batu Caves.

Dua yang lain adalah Mohd Najib Husen dari Kota Damansara dan Muhammad Joraimee Awang Raimee.

Mohd Najib, 36, memiliki kedai photostat dan alatulis di UM sementara Joraimee, 39, dari Batu Caves adalah ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Lima termasuk Mahmud dipercayai melarikan diri selepas Unit Cawangan Khas dan Membanteras Keganasan mengesan operasi mereka.

Sumber berkata Mahmud merupakan salah seorang ahli kumpulan Islam yang berkaitan dengan Isil.

Kumpulan yang disertainya juga berkait dengan kumpulan latihan ala tentera di Gunung Ara Para, Kampung Nyior Ketior, Disember tahun lalu.

Dua lagi dalam perhatian polis adalah Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30. Kedua-dua mereka dari Tawau, Sabah.

Mereka adalah ahli Darul Islam Sabah dan kedua-duanya dikatakan menyertai kumpulan Abu Sayyaf yang berpengkalan di Filipina dipercayai tempat mereka bersembunyi.

Kumpulan militan di Malaysia menggunakan kawasan tersembunyi seperti di Gunung Arang Para bagi mengadakan latihan militan sebagai persediaan sebelum terbang ke Syria dan Iraq untuk “berjihad”.

Kawasan Gunung Arang Para digunakan selama dua hari pada Disember lalu oleh sekurang-kurangnya 10 ahli militan bagi menjalankan latihan bersenjata.

Selain Kuala Kangsar, kumpulan itu juga menggunakan kem latihan di Port Dickson.

Lebih banyak kumpulan militan yang ditemui di negara ini, lebih cerah peluang bagi mengesan kawasan latihan yang belum dijumpai.

Difahamkan militan juga dilatih di selatan Filipina dan menuju ke Sabah sebelum terbang ke Syria dan Iraq di mana Isis dan Isil mengadakan serangan bagi menumbangkan kerajaan.

Tangkapan terbaru adalah pada bulan lalu membabitkan angggota Rela dan TLDM.

Ahli Rela, 46, ditahan pada 25 Jun di Kuala Kangsar dan polis merampas rifle buatan sendiri dan 433 peluru hidup daripada tertuduh.

Polis berkata lebih 100 pejuang Malaysia di Timur Tengah berjuang bersama Isil.

Jumlah itu berdasarkan laporan risikan yang diterima Cawangan Khas, kata pegawai kanan polis dari Bukit Aman.




1 comment :

  1. patot lah kementerian pendidikan kecoh nak sampahkan universiti....selepas kementerian pendidikan ‘sampahkan’ negara, jangan jadikan universiti seperti sampah

    rupanya ada semacam agenda nak kaitkan dengan kegiatan militan...
    dan demi kepentingan politik nak menjatuhkan seseorang...
    so senanglah kaitkan sampah dengan militan...kalau nak menegakkan negara islam yang adil dan menghapuskan kezaliman di kira militan...zaman nabi SAW ada berani ke nak kaitkan dengan kegiatan militan....

    aktiviti militan di gunakan oleh negara negara yahudi dan kafir lahanat untuk menghapuskan kebangkitan islam...so kita pun nak terikut sama ke...?

    kalau dah mengikut pandangan kuasa kuasa besar yang dah jelas keyahudian dan kekafirannya maka di mana letaknya kepentingan kita sebagai negara islam...

    kena jelas bab ini jangan semata mata ada kepentingan dengan negara kafir lahanat tu kita suka suka cop orang yang berjuang menentang kezaliman sebagai militan...

    ReplyDelete