keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
21 March 2014
Plus Mobile papar maklumat trafik terkini
SEJAK dilancarkan tiga bulan, Mobile Apps yang dikeluarkan oleh Plus Malaysia Berhad (Plus) telah dimuat turun lebih 150,000 pengguna. Pecahan tersebut meliputi 80,000 pengguna Apple dan 70,000 untuk Android.
Ia mempunyai perbezaan ketara dengan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps kerana ia tidak bertindak sebagai penentu arah secara total tetapi lebih kepada rangkuman maklumat terkini aliran trafik di lebuh-lebuh raya Plus.
Pengguna perlu memahami kedua-dua konsep tersebut memandangkan wujud salah faham antara aplikasi tersebut.
Plus Mobile menjurus kepada aplikasi yang membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka. Maklumat yang diterima dari aplikasi tersebut perlu diambil perhatian sebelum bergerak ke destinasi perjalanan mereka.
Perancangan itu penting terutamanya ketika musim perayaan yang sering berlakunya kesesakan jalan raya. Jika pengguna mengambil langkah merancang perjalanan, mereka dapat mengelak daripada tersekat di lebuh raya.
Mengenai cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh pengguna Plus Mobile, Plus mengambil berat perkara tersebut dengan menimbangkan beberapa usul yang bersesuaian.
Pihak PLUS akan melakukan penambahbaikan bagi memastikan aplikasi ini terus relevan kepada pengguna lebuh raya. Malah, kemas kini aplikasi turut dilakukan secara kerap agar ia mudah digunakan tanpa sebarang gangguan.
Dalam pada itu, sistem kemas kini maklumat diselenggarakan oleh pusat kawalan trafik dengan kerjasama 17 pejabat seksyen di sepanjang lebuh raya Plus. Ia akan dimuat turun secara serentak ke Plus Mobile dan Twitter rasmi Plus (@plustrafik) bergantung kepada keadaan trafik semasa.
Labels:
PLUS
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment