keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 April 2014

melampau....tumbuk ibu kerana pisang goreng



tertuduh



hanya kerana mu pisang goreng.....!!!

Kota Bharu: Hanya kerana tersilap membeli pisang goreng dan keropok seperti dipesan, seorang penganggur sanggup mencederakan dua adik serta menumbuk ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Nilam Puri, di sini, Februari lalu.

Akibat perbuatan itu, Mohd Hafizi Baharuddin, 26, terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas empat pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Keputusan dibuat oleh Majistret Nik Habri Muhamad selepas tertuduh membuat pengakuan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengangkat sebilah parang hingga mendatangkan cedera kepada adik perempuannya, Rofizah, 24, di Lot 1147, Kampung Nilam Puri, Jalan Kuala Krai, di sini, pada jam 2.30 petang, 5 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk pertuduhan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh di tempat, tarikh dan waktu sama turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Rofizah apabila melempar piring kaca dan terkena di belakangnya manakala pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibunya, Sharifah Mamat, 48, dengan menumbuk paha kiri dan berlaku pergelutan.

Mengikut pertuduhan keempat, tertuduh di tempat, tarikh dan waktu sama didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adik lelakinya, Mohamad Hafizul, 17, dengan menumbuk di belakang leher dan berlaku pergelutan.

Pertuduhan kedua hingga keempat itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Habri menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua hingga keempat dan mengarahkannya berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Liyana Md Zukri mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments :

Post a Comment