Rakaman dalam artikel ini menunjukkan aksi seorang kanak-kanak berusia kira-kira empat tahun menembak selaras raifal jenis AK-47 yang menggemparkan dunia di laman YouTube.
Visual berkenaan dirakamkan di Syria dan aksi kanak-kanak itu begitu dikagumi mahu menyertai jihad biarpun masih belum mencecah usia 5 tahun.
Namanya diambil sempena nama sahabat Nabi Muhammad, Abu Bakr dan beliau berasal dari Uzbekistan.
Selepas menembak dua das menggunakan raifal berkenaan, Abu Bakr ditemubual oleh wartawan dalam Bahasa Arab. Dalam temubual itu, Abu Bakr sempat memberi amaran kepada tentara Bashar Al-Assad bahawa mereka semua akan disembelih.
Abu Bakr turut mengajak semua umat Muslim yang mampu untuk datang ke Syria dan menyertai operasi peperangan di sana.
Dia juga mengakui dia datang dari pasukan tentera Dawlah (ISIS) dalam peperangan itu yang dikatakan bersama dengan pergerakan Al-Qaeda.
No comments :
Post a Comment