keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

28 May 2014

zahid komedi restui perang sabil pemuda samseng , bangsat dan bacul UMNO terhadap DAP...inilah akibatnya bila samseng jadi menteri dia buat ikut suka hati dia ...!!!

Ancaman bakar Pemuda Umno satu balasan buat DAP, kata Zahid Hamidi





kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...mana tidaknya pemuda UMNO semakin galak lagak samsengnya kalau tak mengikut perangai menterinya...tengok muka dia berselfie pon dah tau perangai samsengnya...!!!

Ancaman yang dibuat Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP pada Khamis lalu adalah satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membernarkan ahlinya mengeluarkan perkataan menghina, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tindakan Pemuda Umno itu mencerminkan kemarahan pemimpin mereka. Mereka sakit hati, itu tak dapat nak elak," kata Zahid yang juga naib presiden Umno kepada pemberita di Teluk Intan kelmarin.

"Saya nak beri amaran kepada semua parti sila hormati parti lain dan jangan guna perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.


"Saya bimbang harga balasan yang perlu dibayar jika kamu salah guna perkataan seperti YB Rayes.

Kira-kira 50 Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan protes di hadapan bangunan DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur pada Khamis lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming.

Selain memegang sepanduk, mereka juga mengugut membakar bangunan DAP selain merosakkan papan tanda parti.

Protes itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer kerana mengeluarkan perkataan “Umno celaka” semasa sidang Dewan Pulau Pinang Selasa lalu.

"Bila kita naik marah, inilah harganya yang perlu dibayar jika kamu salah guna ayat.

"Bila (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin mencabar Rayer supaya mengulangi kenyataannya di luar Dewan, dia tak berani.

"Rayer guna kuasa imunitinya dalam Dewan untuk menghentam apa sahaja dan ini mengecawakan," kata Zahid.

Katanya, imuniti yang diperoleh wakil rakyat sepatutnya digunakan dengan hormat, bukan untuk disalahgunakan.

Zahid turut menggesa semua wakil rakyat lain kekal rasional dengan mengatakan "mereka boleh berbeza pendapat tetapi gunalah perkataan yang elok supaya tiada pihak yang tersinggung.

"Bagaimana kita mahu hormat orang jika mereka tak nak belajar hormat orang lain," soalnya


1 comment :

  1. kalaulah macam ini,sifat seorang menteri KDN susahlah rakyat semua,pasal bila orang menghina kita sampai nak bakar rumah orang yang menghina itu ,satu perbuatan yang melampau dan tak layak seorang yang berjawatan menteri berbuat demikian.

    Hang tu menteri bukan samseng.menteri kene jaga negara.jangan wujudkan api kemarahan..fikir2kanlah

    Langsung tiada kualiti pemimpin sebegini. Perangai samseng dan otak kosong. Kalau lah dia dipilih menjadi PM Malaysia boleh hancur negara...cukup cukup sudah...PM kini kepala mafia...nak tambah PM kepala samseng pulak...!!!

    ReplyDelete