keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 June 2014

sampah plastik ancam khazanah marin




NAIROBI - Pembuangan sampah plastik ke dalam lautan di seluruh dunia menyebabkan khazanah marin bernilai sekurang-kurangnya AS$13 bilion (RM41.80 bilion) musnah dalam masa setahun selain mengancam sektor pelancongan dan perikanan.

"Plastik memainkan peranan penting di dalam kehidupan moden tetapi kesan buruk kepada alam sekitar dengan cara kita menggunakannya tidak boleh diabaikan.

"Tindakan utama ialah mencegah serpihan plastik daripada memasuki alam sekitar iaitu dengan mengamalkan konsep kurangkan, guna semula dan kitar semula," kata Ketua Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Achim Steiner.

Saintis-saintis mendapati serpihan plastik kecil terperangkap di dalam ais di kawasan kutub.

Malah, sampah plastik telah membunuh hidupan marin sama ada ia dimakan oleh hidupan laut seperti penyu, ikan lumba-lumba dan ikan paus serta menyebabkan kerosakan kritikal kepada terumbu karang, menurut laporan tersebut.

"Terdapat juga kebimbangan mengenai pencemaran kimia yang disebarkan oleh serpihan plastik kepada perikanan dan industri pelancongan seperti peralatan perikanan yang kotor dan pencemaran pantai," tambah laporan itu.

Sementara itu, kebanyakan sampah plastik berakhir di tengah lautan di mana arus laut berkumpul.

Serpihan kecil berukuran kurang lima milimeter boleh memberi kesan yang membimbangkan, kata UNEP.

Penyerapan sisa plastik dilaporkan ditemui dalam banyak hidupan laut termasuk burung laut, ikan, kupang, cacing laut dan zooplankton.

"Kajian ini mendedahkan keperluan untuk syarikat-syarikat mengambil kira kesan plastik mereka seperti yang dilakukan untuk karbon, air dan perhutanan," kata Ketua Projek Pendedahan Plastik, Andrew Russell pula.


No comments :

Post a Comment