keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 May 2014

samsung galaxy K Zoom





Sebelum ini, Samsung membuat kejutan dengan menampilkan sekurang-kurangnya dua model tambahan kepada Galaxy S4 termasuk Galaxy S4 Active dan Galaxy S4 Zoom yang mengundang campur aduk perasaan di kalangan pengguna.

Pada tahun ini, syarikat terbabit sudah memperkenalkan Galaxy S5 yang memasukkan semua ciri tahan lasak.

Cuma, ia mengasingkan entiti fotografi dengan memperkenalkan pula Samsung Galaxy K Zoom yang khusus untuk merakam foto menggunakan telefon pintar.

Sukar untuk membezakan fungsi kedua-duanya sama ada ia bertindak sebagai telefon atau kamera.

Teknologi terbabit tidaklah asing, tetapi kurang popular sebelum ini.

Samsung Galaxy K Zoom lengkap dengan resolusi kamera 20.7 megapiksel yang disertakan skrin 4.8 inci HD Super AMOLED.

Kamera yang turut membenarkan pengguna menukarnya menjadi telefon pintar ini dilengkapkan dengan rangkaian jalur lebar evolusi jangka panjang (LTE).

Ia menggunakan sistem operasi Android 4.4 (Kitkat) dengan format ISO Auto, 100, 200, 400, 800, 1600 atau 3200.

Zum sebanyak 10 kali yang ditawarkan benar-benar menghasilkan kualiti terbaik meskipun objek dirakam jauh dari pandangan.

Samsung turut memperkenalkan mod selfie yang membolehkan rakaman lebih baik dengan butang ‘shutter’ mudah dicapai serta fokus pantas.

Berdasarkan mod selfie terbabit, kamera akan mengesan objek lebih jelas yang kemudiannya akan fokus kepada objek yang bergerak jadi anda tidak perlu risau untuk berselfie secara beramai-ramai.

Tidak ketinggalan, fungsi AF/AE Separation yang membezakan Auto Focus serta Auto Exposure bagi pencahayaan lebih seimbang dan jelas.

Meskipun nampak komplikated, anda tidak perlu risau kerana ia menyediakan antaramuka yang ringkas seperti mana-mana telefon pintar Samsung.

Dengan dimensi 137.5 x 70.8 x 16.6 mm dan berat 200g, telefon ini mempunyai kapasiti bateri 2430mAh.

Tiga warna ditawarkan termasuk hitam, biru dan putih.


butiran lanjut di sini

harga di malaysia di sini


No comments :

Post a Comment