keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
18 May 2014
Oppo Find 7: kelebihan teknologi rapid charge
Selepas berjaya dengan N1 yang dilancarkan Februari lalu, Oppo terus melangkah dengan membawa masuk pula model Find 7 yang mempunyai paparan 2K Quad HD pada skrin 5.5. inci selesa ketika dipegang.
Ia direka dengan mengambil kira tahap berat 171g selain tahap nipis 9.2mm, namun resolusi Quad HD 2560 x 1440 piksel dan 538ppi jelas memberi kelebihan kepada telefon ini.
Oppo Find 7 jelas meneruskan penguasaan dalam menghasilkan kamera berkualiti tinggi apabila kamera 13 megapiksel Sony Exmor IMX214 dengan sensor BSI mampu menawarkan imej yang sempurna.
Sebaik membuka telefon ini buat kali pertama, anda akan menemui sistem operasi sendiri yang dibangunkan sendiri Oppo iaitu ColorOS.
Ia bermakna, tema ‘default’ dan ‘launcher’ memang jauh berbeza dengan antaramuka Android yang biasa anda lihat.
Namun positifnya, ikon, jenis tulisan dan widget yang eksklusif memang nampak kelas!
Paling menarik, bateri telefon sebesar 3000mAh memang cukup besar.
Ia ditawarkan pula dengan teknologi khas Rapid Charge yang mampu mengecas telefon dengan pantas dalam tempoh masa pendek.
Secara teorinya, Rapid Charge mampu mengecas 75 peratus bateri dalam masa 30 minit.
Telefon ini dilengkapkan dengan pemprosesan 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 801 Quad Core dan GPU Adreno 330 selain RAM 3GB yang secara tidak langsung menjadikannya pantas dan tidak begitu ‘lag’.
butiran lanjut di sini
Labels:
oppo
,
smartphone
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment