keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
28 March 2014
rupanya pembunuh peristiwa memali berada di kuala lumpur dan bukan di negara china...rakyat malaysia di tipu hidup hidup oleh syaitan yang di kenali ini....!!!
musa hitam tertuduh angkara bapak syaitan ini...!!!
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku,rupanya perdana menteri ketika itu Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Tan Sri Musa Hitam yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Malah "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ekoran pendedahan Musa itu kita semua berasa terkejut kerana media arus perdana pengampu melaporkan Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
Nampaknya titik hitam dalam politik beliau adalah Memali, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
Ketika itu kununnya Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Mahathir sememangnya berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Mahathir selaku perdana menteri CUCI TANGAN kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.
Labels:
syaitan yang di kenali
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment