keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

26 June 2014

untung lama tak pegang piala juara liga super...hari ini JOHOR cuti umum...



Pasukan JDT meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Sarawak dengan 1-0 pada perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Negeri di Kuching, malam tadi.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam tadi.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala."Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya ,di sini.


PASUKAN mewah, Johor Darul Takzim (Johor DT) akhirnya melenyapkan teka-teki mengenai kejuaraan Liga Super 2014 apabila mereka mengesahkan kejuaraan selepas membenam Sarawak 1-0 dalam aksi terakhir liga di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

Skuad Harimau Selatan dipisahkan tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Selangor yang mencatat satu mata setelah seri 2-2 dengan Selangor PKNS di Shah Alam, juga malam tadi.

Penyerang import Johor DT, Jorge Pereyra Diaz muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-66.

Pada separuh masa pertama, perlawanan berlangsung seimbang dengan Johor DT terlebih dahulu mendapat peluang terbaik menghasilkan jaringan pada minit kelima menerusi sepakan percuma yang diambil Diaz.

Bagaimanapun, percubaan yang diambil Diaz mudah dihalang pemain pertahanan Sarawak dan selepas itu deretan percubaan barisan pemain pelawat itu juga mudah dipatahkan benteng skuad Bujang Senang itu.

Kemasukan dua pemain berpengalaman pelawat, Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-60 ternyata merubah corak permainan Johor DT.

Serangan pasukan Harimau Selatan dilihat lebih teratur dan beberapa kali hampir berjaya merobek benteng Bujang Senang yang dikawal Sani Anuar Kamsani.

Pada minit ke-66, gol yang dicari-cari pelawat hadir berpunca daripada hantaran jauh Shakir Shaari yang bijak mencari Diaz dan pemain itu tenang menewaskan dua pertahanan lawan dan Sani untuk gol kemenangan Johor DT.

Sarawak berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan menerusi percubaan Ryan Griffiths, namun penjaga garisan terlebih dahulu mengibarkan bendera kerana ofsaid.

Jurulatih Johor DT, Bojan Hodak menegaskan kejuaraan Liga Super 2014 membuktikan mereka sebuah pasukan yang lengkap dan bukan bergantung pada nasib semata-mata.

Katanya, selepas lebih 20 tahun rakyat Johor menanti kejuaraan liga dan ini hadiah terbaik buat mereka.

"Kejayaan ini adalah usaha keras seluruh pemain serta pengurusan Johor DT. Kami akan berehat selepas ini dan belum memikirkan saingan Liga Malaysia selepas ini," ujarnya kepada Kosmo! sejurus selepas perlawanan malam tadi.

Sementara itu, pengendali Sarawak, Robert Alberts memberitahu, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan itu sepanjang musim ini.

Beliau juga membidas ramalan sebuah akhbar yang meramalkan Sarawak akan dibelasah 0-8 oleh Johor DT pada perlawanan tersebut.

Katanya, bukan sesuatu yang bijak apabila sebuah akhbar berpengaruh meramalkan keputusan sedemikian rupa.

"Perlawanan menentang Johor DT pula sememangnya sukar dan saya tidak menyalahkan mereka atas kekalahan 0-1,'' katanya lagi.

No comments :

Post a Comment