keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

12 April 2014

gara gara UMNO lahanat , orang melayu yang miskin jadi tak siuman bila menyokong GST



propaganda busuk  UMNO  menjadikan  melayu  miskin tak siuman

Orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan di anggap kurang siuman

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

Lagi sukar kita nak  faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.

Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka , melainkan  sememang mereka ini  tidak siuman .

Terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.

Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.

Golongan yang miskin ini menerima bantuan BR1M 300 jika ketua kampong kata ok.Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3, 000 penanda aras layak mendapat BR1M.

Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, bertambah RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1, 000 sebulan..

GST hanya bagus kepada kerajaan yang bangkrap segala segi. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan  bukan  untuk kepentingan rakyat sebenarnya  tetapi untuk sebilangan kroni yang rapat dengan kerajaan.

Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan.

Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka?

Siuman atau tidak?

Jawapan nya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.

Tersembunyi disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu Melayu.

Akan tiba masa nya orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.

No comments :

Post a Comment