keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 May 2014

62% rakyat Malaysia tidak sokong GST





Sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kaji selidik yang  dibuat pada bulan lepas, mendapati  33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.

Kelmarin, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.‎

62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya.

Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.

Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita..

Lebih memburukkan, seramai responden 46% tidak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menangani ekonomi sehingga 2020, sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, kaji selidik mendedahkan responden kaum Cina juga tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya untuk memacu ekonomi negara.

Sebanyak 73% daripada responden kaum Cina dan 45% responden Melayu mempersoalkan cara Putrajaya mengendalikan ekonomi Malaysia.

Walaupun dengan pengenalan GST tahun depan, 51% daripada responden berkata mereka tidak yakin Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit fiskal.

Hanya 38% daripada 1,009 responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan ke atas pentadbiran Najib dapat menangani ekonomi Malaysia dan defisit fiskal.

Di samping itu, 52% daripada responden berasa Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju dalam masa enam tahun, seperti yang disasarkan oleh Putrajaya.

Bagaimanapun, 41% responden berpendapat negara akan mencapai status negara maju menjelang 2020.

No comments :

Post a Comment