keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

18 February 2014

kerajaan mana pulak yang buta kayu ini..?...tak peka nasib pembeli yang rumah dibeli 14 tahun belum siap...!!!



GEORGE TOWN - Sekumpulan pembeli rumah Taman Seri Sayang di Balik Pulau dekat sini meminta kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah rumah mereka yang belum siap sejak 14 tahun lepas. Noordin Ahmad, 53, yang mewakili 63 pembeli berkata, mereka membeli rumah di Jalan Genting, Balik Pulau itu semasa projek itu dalam pembinaan pada 2000 dan pemaju memberi jaminan rumah akan siap pada 2002.

Bagaimanapun sehingga sekarang rumah itu yang dijual pada harga RM94,500 hingga RM275,000 seunit masih belum siap sepenuhnya. "Projek itu melibatkan 38 unit pangsapuri kos sederhana, 14 unit rumah kedai dua tingkat dan 11 rumah teres dua tingkat, kami terpaksa menanggung hutang sejak 14 tahun lepas kerana kediaman tidak siap hingga hari ini. "Bila kami minta penjelasan daripada pemaju, mereka memberi pelbagai alasan.

Pihak pembeli pernah beberapa kali membuat aduan mengenai perkara ini kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang membeli sebuah rumah kedai untuk menjalankan perniagaan buku, terpaksa menanggung hutang RM2,500 setiap bulan dan dalam masa sama terpaksa menyewa kedai lain untuk menjalankan perniagaan.

1 comment :

  1. 14 tahun lama tu....dasar khianat kerajaan kepada rakyat...cari alasan untuk membebankan masaalah ini kepada kerajaan PR...dia berak kemudian suruh orang lain cuci..kalau kerajaan hidup melayu tak khianat kepada orang melayu dah lama isu ini selesai..setiap pemaju perlu tertakluk kepada peraturan yang di tetapkan oleh kerajaan dalam menjual rumah kepada rakyat...bila pemaju dan kerajaan kong kali kong ( mengamal dan melindungi rasuah ) inilah jadinya .hidup melayu...!!!!

    ReplyDelete