keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
22 February 2014
doktor pelatih cuai..?
KUALA LUMPUR - Seorang bapa kecewa apabila anak lelaki tunggalnya berusia 11 bulan yang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor meninggal dunia selepas enam hari terjatuh dari katil hospital berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian.
Menurut bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Fakhrul, 30, anaknya, Adam Faris dimasukkan ke hospital berkenaan pada 12 Februari lalu akibat kekejangan selepas terjatuh di rumah pengasuhnya di Shah Alam pada hari sama.
Katanya, selepas dirawat, anaknya telah sedar dan diberi ubat pelali sebelum proses pengimbasan di bahagian kepalanya dilakukan.
"Selepas selesai proses pengimbasan, doktor memberitahu anak saya tidak mengalami pendarahan serius di kepala dan akan pulih.
"Saya kemudian diarah meninggalkan Adam di atas katil setinggi satu meter yang tidak mempunyai penghalang di dalam bilik rawatan berikutan doktor pelatih mahu mengambil darah," katanya semalam.
Labels:
aduan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
bukan doktor pelatih sahaja ...yang incharge wad pun turut patut di persalahkan...mana dia guideline / sop yang sepatutnya di ikuti..?
ReplyDeletenampaknya dah semakin banyak aduan di terima dari kakitangan kkm yang tidak berdedikasi dalam menjalan tugas...satu tindakan yang yang tegas perlu di lakukan untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berulang kembali dan bukan dengan sekadar banyakkan baca slogan dan ikrar tapi habuk pun tarak...!!!