keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 June 2014

Ibu OKU terbiar perlu dibantu







 Kuala Lumpur : Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Rabai'ah Mohd Salleh menyarankan supaya ada pihak tampil memberi bantuan kepada ibu remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah, 15, termasuk aspek kewangan, tempat tinggal dan pekerjaan yang lebih baik.

Tindakan itu perlu dilakukan bagi meringankan beban ditanggung ibu remaja itu selain kembali dapat menjaga anaknya.

“Kita perlu selidik apakah masalah sebenar dihadapi ibu remaja OKU itu dan kemudian barulah kita boleh ambil alternatif untuk menyatukan mereka kembali," katanya ketika dihubungi harian Metro.

Beliau mengulas kejadian yang menimpa Muhammad Firdaus yang mengundang simpati dan meruntun air mata jutaan rakyat Malaysia apabila gambarnya dalam keadaan kurus kering seperti mayat hidup dan separuh bogel dipapar kan media, semalam.

Remaja itu ditemui terkurung dalam bilik yang kotor serta dipenuhi najis dan air kencing di sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak, Nilai, ketika penguatkuasa imigresen melakukan operasi menahanpen datang tanpa izin, awal pagi Sabtu lalu.

Dr Rabai’ah berkata, memang sukar menjaga remaja yang menghidap penyakit 'cerebral palsy' dan pengalamannya dalam bidang psikiatri lebih hampir 10 tahun mendapati tiada tempat sesuai untuk menempatkan pesakit yang serius.

"Di Malaysia saya tidak tahu di mana tempat khusus untuk menempatkan pesakit 'cerebral palsy' serius. Hospital Bahagia pula hanya menempatkan pesakit mental saja.

"Bantuan yang diterima daripada jabatan tertentu kadangkala tidak mencukupi. Oleh itu, perlu ada bantuan sepenuhnya daripada pihak bertangungjawab diberikan kepada ibu remaja OKU sedemikian bagi memastikan remaja terbabit berada di bawah jagaan ibunya dan bukan dihantar ke pusat penjagaan.

Katanya, kaedah rawatan seperti Tender Loving Care ( TLC) atau pun layanan kasih sayang akan membantu remaja itu menjalani kehidupan seperti orang lain kerana mampu memberi keyakinan bahawa dia masih disayangi.

"Mereka juga beremosi walaupun tidak seperti orang lain dan dengan bantuan TLC ini, Insyaallah dapat membantu remaja terbabit menjalani kehidupan lebih sempurna," katanya.

No comments :

Post a Comment