keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

22 June 2014

kafe bertemakan Nazi jadi bantahan yahudi



SEORANG pengunjung kafe SoldatenKaffee (kanan) memakai lambang Nazi pada lengannya di Bandung semalam.

BANDUNG, Indoensia - Sebuah kafe bertemakan Nazi Jerman di sini dibuka semula semalam selepas ditutup kerana ia mencetuskan kemarahan penduduk dunia.

Seorang ahli perniagaan, Henry Mulyana menutup perniagaannya secara sukarela pada tahun lalu selepas sebuah akhbar melaporkan mengenai kafe tersebut.

Dia turut menerima ancaman bunuh dan tuduhan mencetuskan kebencian kaum berhubung pembukaan kafe tersebut.

Ekoran penutupan itu, peguam Mulyana memberitahu agensi berita AFP, anak guamnya akan membuka semula perniagaannya dengan tema Perang Dunia Kedua manakala lambang Nazi tidak lagi menghiasi dinding kafe tersebut.

Namun, pada pembukaan kafe tersebut Sabtu lalu, tiga ekor helang yang berada di atas lambang Nazi yang turut dikenali sebagai swastika dipamerkan kepada orang ramai.

Sekumpulan lelaki muda menghadiri majlis pembukaan kafe tersebut dengan memakai pakaian ketenteraan yang tertera lambang swastika pada lengan mereka.

Sebahagian mereka berlakon sebagai tahanan perang semasa gambar mereka dirakamkan.

Mulyana cuba untuk mengembangkan tema kafenya termasuk dengan mempamerkan gambar bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan bekas pemimpin Kesatuan Soviet, Josef Stalin pada dinding kafe.

"Sejak mula lagi, saya menyatakan, SoldatenKaffee ini bukannya sebuah kafe Nazi. Kafe itu membawa tema Perang Dunia Kedua," katanya kepada pemberita pada pembukaan kafe tersebut.

"Semua aspek SodatenKaffee adalah sah. Kami mempunyai ramai pelanggan dari Eropah dan mereka tidak mempunyai masalah dengan tema Perang Dunia Kedua kerana ia dilihat daripada perspektif sejarah," tambahnya.

Kafe SoldatenKaffe bermakna kafe askar.

Semasa Perang Dunia Kedua, askar-askar menjadikan kafe tersebut sebagai tempat kunjungan mereka di Jerman dan Paris.

Ia kemudian dibuka di Bandung selama tiga tahun sebelum ditutup selepas sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan liputan berita mengenai kafe tersebut.

Laporan tersebut telah mencetuskan kritikan dan bantahan dari luar negara terutamanya beberapa pertubuhan Yahudi termasuk Pusat Simon Wiesenthal yang berpangkalan di Los Angeles

No comments :

Post a Comment